Pages

Tuesday, September 1, 2009

Arak: Hukum Had Atau Ta'zir?


Entri ini bukanlah nak membincangkan isu di atas secara panjang lebar, sekadar nak menge'link'kan dengan sebuah artikel (format PDF) yang saya kira detil tentang perselisihan ulama mengenai hukuman orang yang minum arak, sama ada ianya hukuman had ataupun ta'zir, (عقوبة شرب الخمر بين الحد والتعزير) oleh Ahmad Yusuf 'Ali Samadi, dari Universiti Al al-Bait, Jordan. (klik pada judul)

Bukan apa, kadang-kadang kalau tak disimpan tak ingat kat mana pernah jumpa atau terbaca. Bagaimanapun, penyelidik tersebut mentarjihkan bahawa hukuman yang dikenakan adalah ta'zir, bukan had. Justeru, hukuman sebat yang bakal dikenakan ke atas Kartika oleh mahkamah di Malaysia ini bolehlah kita katakan masih bersesuaian dengan pendapat golongan ulama yang mengatakannya sebagai hukuman ta'zir. Tetapi bagaimana pula cara sebatan tersebut akan dilaksanakan, adakah ianya mengikut kehendak syarak? Kalaulah sebatan 6 kali lebih dahsyat kemudaratannya berbanding sebatan 40 kali ... maka rasanya perlu disemak semula. Namun, bagaimana pula jika 6 kali sebatan itu betul menurut kaedah syarak, sepertimana yang disiar di akhbar; "Kes Kartika: Tukang sebat syariah dicari"..? Bukankah ini dapat menyebabkan 'penggemar-penggemar' najis arak yang beragama Islam tidak berasa begitu gerun?! [* Kata Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam kitabnya al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi'ie: “Tidaklah dibenarkan kepada tukang pukul untuk mengangkat tinggi rotan tersebut sehingga seolah-olah terbuka ketiaknya dan tidaklah juga terlalu rendah sehingga langsung tidak dirasakan sakit kepada peminum arak tersebut. Bahkan apa yang perlu ialah diangkat dengan sederhana tinggi.” - dipinjam dari sini]

Jelasnya walaupun pendapat masing-masing ada kekuatannya sendiri-sendiri, cuma orang yang mengatakannya ta'zir masih belum selesai perbincangannya dari segi penggubalan undang-undang yang lebih mantap. Manakala orang yang mengatakannya had, perbincangannya sudah selesai lama kerana berpegang dengan nas-nas yang sedia ada. Mm.. sekadar nak berkongsi fikiran, terpanjang sikit pula entri ni. Namun, apa yang jelas sama ada hukum had atau ta'zir, masih ramai orang-orang Islam yang tidak takut dengan ALLAH SWT kerana hati-hati mereka sudah mati... لا حول ولا قوة إلا بالله.

Apa pun,... sesudah 52 tahun kita MERDEKA baru ada seorang yang berani tampil mengakui kesalahannya dan bersedia untuk menerima hukuman tersebut. Tahniah dan syabas le.. moga ada ramai lagi orang macam beliau. Kalau boleh tak payah tangkap.. datang sendiri menyerah diri untuk dihukum macam zaman Nabi SAW dulu.

No comments: