Pages

Tuesday, May 18, 2010

Kesan Negatif Fahaman Wahhabi Terhadap Akal

Kesan fahaman Wahhabi yang tidak dicerakin dengan baik mampu menjadikan orang yang menganutinya bersifat melampau, ekstrem dan keras, serta berbahaya terutama kepada akidah umat Islam. Perkara ini sudah sedia dimaklumi oleh ramai orang yang telah mempunyai peristiwa dan pengalaman yang pahit dengan mereka. Petikan entri yang dilampirkan di bawah hanyalah satu contoh sahaja daripada sekian banyak tragedi-tragedi yang mengguris hati...

Sebaik sahaja saya membaca entri tersebut yang saya petik daripada blog Tahu, Faham & Amal, saya tidak dapat menahan diri untuk menyebarkannya dalam blog saya, terutama apabila si malaun tersebut mendoakan Tokoh Pendakwah Islam Internasional yang Tersohor Syeikh kami yang dihormati al-'Allamah al-Habib 'Ali al-Jufri (semoga Allah memelihara dan meninggikan darjatnya) agar masuk ke dalam neraka!! Malah saya berpendapat tuan blog Tahu, Faham & Amal bersetuju jika saya katakan ianya wajib disebarkan seberapa luas yang boleh. Inilah bahaya fahaman WAHHABI! (geram betul aku...)

----------------------------------

Apabila Ulamak Islam DiLaknat Dan Didoakan Masuk Ke Neraka Jahannam
Dipetik daripada blog: Tahu, Faham & Amal.


Assalamu 'alaikum warahmatuLlah.


Apabila sudah diberi nasihat berkali-kali oleh ramai ahli dalam Facebook. Namun malangnya nasihat sudah tidak diendahkan. Malahan dengan sikap sombong dia tetap membuat pelbagai tuduhan sesat ke atas ulamak dan umat Islam yang tidak sependapat dengannya. Maka terpaksalah didedahkan tulisan tuduhan individu ini.

Dan antara pengikut yang pro kepada Wahhabi dan membuat beberapa groupfans di FACEBOOK. Antaranya KIAMAT SUDAH HAMPIR, AHLI SUNNAH dan MENJAWAB SALAH FAHAM TERHADAP WAHABI. Jangan terkejut, walaupun dia mengaku mengikut al Quran dan Sunnah. Namun dia berani melaknat seorang ulamak Islam dan mendoakannya masuk ke neraka.


Bukti dia melaknat seorang ulamak Islam dan mendoakan agar Habib Ali Al-Jufri ditempatkan di dalam neraka Jahannam :


Bahkan juga berani menuduh Profesor Dr. Haron Din sebagai ULAMAK SIHIR ! Buktinya :


Perhatikanlah baik-baik. Di masa ini sudah pun ada manusia sebegini yang berani melaknat ulamak Islam, serta menghukum ulamak sebagai ulamak sihir. Alangkah bahayanya ajaran Wahhabi. Sudah wajarlah ia perlu dibanteras di Malaysia.


* p/s: Sila baca komen di bawah...

4 comments:

Admin said...

Assalamu'alaikum ustaz,

terima kasih kerana turut sama menyebarkan bahayanya fahaman wahhabi ini.

Nasri Azhar said...

Salam, saya selaku Nasri Azhar ingin mengatakan gambar itu adalah fitnah yang dilakukan oleh seorang user FB bernama Clueless Mind (Faizal)yang ingin memburukkan nama saya. Amat malang beliau kelmarin mati digilis kereta api dengan membunuh diri. Sebelum itu saya tidak tahan dgn fitnahnya dan mendoakan bala untuknya. Sila rujuk:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Notadalamtanganmayatkenagilis/Article/index_html

Saya menyeru admin web ini utk remove fitnah ini. Doa orang teraniaya amatlah makbul.

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Saya akan padam nama tuan, namun tulisan ditujukan kepada mereka yang bertangungjawab sahaja..

Terima kasih.

Aisyah M.Yusuf said...

sebarkan terus bahaya faham wahabi..