Pages

Wednesday, May 14, 2014

Syeikh Muhammad Nazim Haqqani


Syeikh Muhammad Nazim Adil al-Qubrusi al-Haqqani atau biasa disebut Syeikh Nazim Haqqani telah meninggal dunia pada Rabu 7 Mei 2014 bersamaan 7 Rajab 1435 H di Cyprus pada usia 92 tahun. Jenazah beliau disembahyangi di Masjid Salamiya di Lefkosa dan dikebumikan di Lefke, Turkish-Cyprus. Beliau adalah syeikh Tariqat Naqsyabandiyyah ‘Aliyyah, selepas guru beliau Syeikh Abdullah Fa’iz al-Daghistani. Syeikh Nazim terkenal dengan usaha dakwahnya hingga dapat mengislamkan lebih puluhan ribu orang. Beliau dilahirkan pada 21 April 1922 di Larnaca, Cyprus.

Antara karyanya:
  1. Mercy Oceans: The Teachings of Maulana Abdullah al-Faizi ad-Daghestani. 1980.
  2. Mercy Oceans: Emeralds of Eden. 1991.
  3. The Divine Kingdom. 1993.
  4. Rubies of Resplendence. 2001.
  5. Defending Truth, about "Circle of devils around every saint".
  6. Mystical Secrets of the Last Days.
  7. Pink Pearls.
  8. Divine Lovestreams.
  9. When Will Peace Come to Earth?
  10. Endless Horizons.
  11. Unity Oceans.
  12. Gold and Silver.
Ramai ilmuwan yang mengucapkan takziah atas pemergian beliau, antaranya Syeikh Muhammad Abul Huda al-Yaqoubi, Syeikh Sayyid Muhammad bin Yahya al-Ninowi, Syeikh Sayyid Afeefuddin al-Gaylani, Syeikh Sayyid Hashimuddin al-Gaylani, Syeikh Muhammad Zahid Sultani Kashmir, pemikir terkenal Harun Yahya (Adnan Oktar) dan lain-lain.



Syeikh Nazim merupakan tokoh ke-42 daripada 50 orang tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia. (rujuk: http://themuslim500.com/2013-2/the-top-50)

Beliau juga merupakan tokoh sufi kontroversi yang mengundang banyak kritikan ulama terhadapnya, hinggakan di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 Apr 2000 telah memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Malah diseru pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

 Habib 'Ali bertemu dengan Syeikh Nazim

Mudah-mudahan ada penjelasan lebih telus dan toleran berdasarkan segenap aspek daripada yang benar-benar ahli (berdasarkan sumber sahih+fiqh+usul+tasawuf+dakwah). Bukan hanya berdasarkan nukilan, cakap lawan dan ustaz youtube

Wallahu a‘lam.

رحمه الله وغفر له


No comments: