Pages

Sunday, March 29, 2020

Kemunculan Wabak Bukan Tanda Kedatangan Dajjal

Kaabah 2020


Menekuni hadis-hadis Nabi SAW berkenaan tanda-tanda hari Kiamat atau akhir zaman merupakan perkara yang harus dilihat sebagai suatu yang amat penting. Tanpa ilmu lengkap mengenainya, kita akan mudah percaya dengan pelbagai dakwaan yang hakikatnya tidak berpijak kepada fakta-fakta yang disebutkan dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Misalnya, akibat kemunculan pandemik Covid-19 di seluruh dunia kini, banyak masjid di negara-negara Islam, termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup bagi mengawal penularan wabak tersebut. Ringkasnya, banyak masjid kosong daripada perlaksanaan solat berjemaah dan solat Jumaat. Lalu ada yang mendakwa kejadian ini sebagai;

-       Dajjal akan muncul sedikit masa lagi.
-       Dajjal akan mula masuk apabila surau masjid dah tiada azan dan solat jemaah.
-       Wabak sedunia ini akan menyebabkan berlaku catuan bekalan makanan dan minuman, lalu Dajjal akan datang tawarkan pertolongan dan membawa syurga di mata, tapi neraka di dalamnya.
-       Dajjal bergerak ke seluruh dunia selama 40 hari dan pada waktu itu kita akan rasa suatu masa yang amat lama. Ramai nanti yang akan mengikut Dajal, hingga Nabi SAW berpesan; ikatlah tangan isteri dan anak perempuan kamu.

Covid-19 Bukan Wabak Dahsyat Pertama

Perlu diketahui, Covid-19 bukanlah wabak dahsyat yang pertama. Sebelumnya sudah ada pelbagai wabak yang melanda umat manusia. Pada tahun 639M (18H), berlaku wabak taun yang bermula di ‘Amwas, Palestin, Syam yang mengorbankan 25,000 – 30,000 nyawa kaum muslimin, termasuk sahabat2 besar Nabi SAW seperti Abu ‘Ubaidah RA, Mu‘az RA, Yazid bin Abi Sufyan RA, Syurahbil bin Hasanah RA, Abu Jandal RA, al-Fadhl bin al-‘Abbas RA dan lain-lain (lihat al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir, (6/202) (7/93)(8/124)).  

Pada tahun 818M (218H) berlaku wabak di Mesir hingga ramai gabenor dan pemimpin negara Mesir turut mati. Pada tahun 1048 M (448 H) tersebar wabak di Andalus, Mesir dan lain-lain sehingga masjid ditutup dan tiada orang yang bersolat di dalamnya (lihat Tarikh al-Islam oleh az-Zahabi). Di Mesir sahaja, seramai 1,000 orang mati setiap hari dan wabak ini terus merebak ke seluruh dunia (lihat al-Muntazam oleh Ibn al-Jawzi). Pada tahun 1049 M (449 H), berlaku wabak dahsyat di Asia Tengah yang mengorbankan 18,000 orang setiap hari dan bilangan seluruh kematian yang direkodkan ialah 1,650,000 orang dan mungkin lebih daripada itu. (lihat al-Muntazam oleh Ibn al-Jawzi)

Pada abad ke-14, sekitar 1347-1351M (749H-753H), pandemik ‘Kematian Hitam’ (Black Death) telah meragut antara 75-200 juta nyawa manusia, iaitu sekitar 20-40% dari jumlah populasi manusia pada masa itu. Azan terhenti di sebilangan daerah dan kebanyakan masjid dan pusat agama ditutup (lihat al-Suluk li Ma‘rifah Duwal al-Muluk oleh al-Maqrizi). Pada tahun 1424 (827H), berlaku wabak di Makkah menyebabkan kematian 40 orang setiap hari, sehingga hanya tinggal seorang imam dan dua makmum saja yang bersolat di Masjidil Haram. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar)

Pada tahun 1433 M (833 H) berlaku wabak taun di Mesir yang meragut banyak jiwa. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar). Pada tahun 1444 (848H), berlaku lagi wabak taun di Mesir yang menjadi bertambah buruk apabila kembalinya para jemaah haji daripada Makkah sehingga meragut nyawa lebih daripada 1,000 orang pada setiap hari. (lihat Inba’ al-Ghumr oleh Ibn Hajar)   

Pada tahun 1918-1920, wabak Demam Sepanyol (Spanish Flu) mengorbankan 50-100 juta nyawa di seluruh dunia. Wabak mutakhir sebelum Covid-19 yang dirasai di seluruh dunia ialah pada tahun 2009, apabila pandemik H1N1 menyebabkan kematian 300,000 – 500,000 orang.   

Jelasnya, Covid-19 adalah salah satu siri wabak yang melanda umat manusia sebagai satu peringatan daripada Allah SWT kepada mereka agar kembali bertaubat kepadaNya. Ya, wabak penyakit juga salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman, tetapi ia bukanlah tanda kedatangan Dajjal. 'Auf bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; - salah satunya ialah - kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati secara tiba-tiba" (HR al-Bukhari no: 3005 dan lain-lain). Ibn Kathir menyatakan, tanda ini sudah berlaku pada tahun 18H dengan tersebarnya wabak taun ‘Amwas di Syam yang mengorbankan puluhan ribu nyawa orang Islam, termasuk sahabat2 Nabi SAW. (lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 6/202)

Tanda-tanda Kedatangan Dajjal

Kemunculan wabak bukanlah salah satu daripada tanda-tanda kedatangan Dajjal. Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, kedatangan Dajal hanya berlaku selepas kemunculan Imam al-Mahdi. Jelasnya, selagi Imam al-Mahdi tidak muncul, maka Dajjal juga tidak akan keluar. Manakala bila Imam al-Mahdi muncul pula, ia menjadi tanda kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia kerana mereka akan menjadi satu kuasa besar yang akan digeruni oleh musuh-musuh Islam. Penyatuan dunia Islam bermakna akan berlakunya perang besar yang dahsyat antara tentera Islam dengan golongan kafir. Lalu, ketika itu barulah Dajjal keluar bagi membantu menghancurkan kekuatan tentera Islam. Penjelasannya secara terperinci adalah sepertimana berikut;  

1. Kemunculan Imam al-Mahdi

Hadis-hadis tentang kemunculan al-Mahdi di akhir zaman merupakan hadis yang boleh dikatakan mencapai tahap mutawatir secara makna. Ini kerana ia telah diriwayatkan oleh 33 orang sahabat Nabi SAW dan sejumlah mursal tabiin (lihat al-Mahdi al-Muntazar oleh Sayyidi ‘Abdullah al-Ghumari). Antara ulama yang awal menyatakan hukum mutawatirnya ialah Abu al-Hasan al-Sijzi. Kemudian diikuti oleh ramai ulama hadis seperti al-Qurtubi, al-Mizzi, Ibn al-Qayyim, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi, al-Suyuti, Ibn Hajar al-Haytami, Mulla ‘Ali al-Qari, Mar‘i ibn Yusuf, al-Zarqani dan lain-lain. Antara hadis-hadis mengenainya:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بن مسعود قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ العَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي. (رواه الترمذي وقال: وفي الباب عن علي وأبي سعيد وأم سلمة وأبي هريرة، وهذا حديث حسن صحيح)
Terjemahan: Daripada Ibnu Mas`ud RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki daripada ahli baitku akan menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku”. (HR at-Tirmizi dan katanya: Dalam bab yang sama daripada ‘Ali RA, Abu Sa‘id RA, Umm Salamah RA dan Abu Hurairah RA, dan ini hadis hasan sahih). Dalam riwayat lain terdapat tambahan: “Maka, dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan keseimbangan, sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman”. (HR Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani dan al-Hakim)

Daripada ‘Ali RA daripada Nabi SAW sabdanya: “Jika tidak berbaki daripada hayat dunia ini kecuali sehari saja, nescaya Allah akan membangkitkan seorang lelaki daripada ahli baitku, dia akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman”. (HR Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Abu Dawud dengan sanad sahih)

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar dalam kalangan umatku al-Mahdi, di mana Allah akan menurunkan hujan kepadanya, bumi akan mengeluarkan tumbuhannya, dia akan mengagihkan harta walaupun kepada orang-orang yang sihat, binatang berkembang biak, umat manusia semakin ramai, dan dia hidup selama tujuh atau lapan musim haji”. (HR al-Hakim dan katanya: Sahih sanadnya, serta dipersetujui oleh az-Zahabi)   

2. Berlaku kemarau dan kebuluran dahsyat

روي عن أبي أمامة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ". قِيلَ: فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِى ذَلِكَ الزَّمَانِ؟ قَالَ: «التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ». (رواه ابن ماجه وابن خزيمة في صحيحه)
Terjemahan:
Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal terdapat tiga tahun yang dahsyat, di mana manusia akan ditimpa kebuluran yang melampau. Allah memerintahkan langit pada tahun pertama agar menahan satu pertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan satu pertiga tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua agar menahan dua pertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan dua pertiga tumbuhannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun ketiga agar menahan semua hujannya sehingga tiada setitik pun yang turun dan memerintahkan bumi agar menahan semua tumbuhannya sehingga tiada satu pokok hijau pun yang tumbuh. Maka, tiada seekor binatang pun yang tinggal melainkan ia akan binasa kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah”. Ada yang bertanya: Lalu bagaimanakah manusia hidup pada zaman itu? Jawab baginda: “(Dengan) tahlil, takbir, tasbih dan tahmid yang berfungsi bagi mereka itu seumpama makanan”. (HR Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan lain-lain)

3. Terjadi peperangan besar antara Islam dan Kristian (al-Malhamah al-Kubra)

عن عَوْف بْن مَالِكٍ قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - فِى غَزْوَةِ تَبُوكَ، وَهْوَ فِى قُبَّةٍ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ: «اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ، مَوْتِي، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ، ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِائَةَ دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا، ثُمَّ فِتْنَةٌ لاَ يَبْقَى بَيْتٌ مِنَ الْعَرَبِ إِلاَّ دَخَلَتْهُ، ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِى الأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ، فَيَأْتُونَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا». وفي رواية: عمران بيت المقدس، وفي رواية: وفِتنةٌ تكُونُ بَيْنكُم لاَ يبقَى بَيْتُ مُسلِمٍ إلاَّ دَخَلَتْهُ. (أخرجه البخاري (رقم 3005) وغيره)
Terjemahan:
Daripada 'Auf bin Malik RA berkata: "Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: "Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; iaitu [i] kematianku, [ii] kemudian pembebasan Baitul Maqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitul Maqdis), [iii] kemudian kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba, [iv] kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun ia masih marah (merasa kurang), [v] kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satupun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya, [vi] kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera". (HR al-Bukhari no: 3005, dan lain-lain)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ، فَإِذَا تَصَافُّوا، قَالَتِ الرُّومُ: خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ، فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ: لَا، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا، فَيُقَاتِلُونَهُمْ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ: إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ، فَيَخْرُجُونَ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَّهُمْ، فَإِذَا رَآهُ عَدُوُّ اللهِ، ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ، فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ، وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللهُ بِيَدِهِ، فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ". (أخرجه مسلم (رقم 2897) والحاكم (رقم 8486) وقال: صحيح على شرط مسلم)
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq (dekat Halab, Syria), lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: 'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami! 'Kaum muslimin menjawab: 'Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.' Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah, dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lalu mereka akan menakluki Konstantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagi-bahagi harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun, tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: 'Sesungguhnya al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian’, maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam sallallahu 'alaihi wasallam, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya.” [HR. Muslim no: 2897 dan al-Hakim no:  8486]


Selepas al-malhamah al-kubra akan berlaku pembukaan Konstantinopel, tanda kemenangan tentera Islam. Kemenangan dan kekuatan tentera Islam ini yang akan membuatkan Dajjal muncul untuk bertindak balas menghancurkan mereka.

روي عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ، وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ، وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ». (أخرجه أبو داود (رقم 4294)، وابن أبي شيبة (رقم 37477)، وأحمد (رقم 22174)، والطبراني (رقم 214))
Terjemahan:
Diriwayatkan daripada Mu‘az ibn Jabal RA Rasulullah SAW bersabda: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Konstantinopel, pembebasan Konstantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal". (HR Abu Dawud no: 4294, Ibn Abi Syaybah no: 37477, Ahmad no: 22174 dan al-Tabarani no: 214)

Kesimpulan

Demikianlah antara tanda2 penting tentang kedatangan Dajjal dan wabak penyakit bukanlah salah satu daripadanya. Ia hanya salah satu daripada pelbagai tanda hari Kiamat yang pasti akan tiba. Namun, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bilakah masa sebenarnya. Adapun baginda Nabi SAW hanya memberitakan kepada kita tentang pelbagai tandanya, sama ada yang kecil mahupun yang besar. Antara tanda-tanda besarnya ialah kemunculan Imam al-Mahdi, tercetusnya Perang Besar, diikuti dengan kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi ‘Isa AS untuk membunuh Dajjal. Tanda-tanda besar ini pasti akan muncul menurut urutannya satu persatu, namun bukanlah tugas kita untuk meramalkan tarikh-tarikhnya kerana kita hanya ditugaskan untuk bersiap sedia dengan memantapkan iman, meningkatkan amal ibadah dan terus mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Wallahu a'lam.


Sunday, March 22, 2020

Pencerahan Hadis Wujud Penyakit Berjangkit


 Image result for men in hazmat suits
SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. Ada ramai tertanya-tanya tentang statement hadis: “Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.”. Boleh ustaz terangkan?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrt.

Matan penuh bagi hadis sahih tersebut yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW:
«لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ، وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنَ المَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنَ الأَسَدِ» (رواه البخاري معلقاً، وهو صحيح بطرقه)
Bagaimanapun, berdasarkan penelitian terdapat dua terjemahan yang berbeza bagi hadis ini:
[i] Pertama, dalam bentuk LARANGAN iaitu: “Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh membuat ramalan buruk, tidak boleh percaya sial burung hantu dan tidak boleh percaya sial bulan Safar, dan larilah daripada pesakit kusta sebagaimana kamu lari daripada singa.”
[ii] Kedua, dalam bentuk PENAFIAN iaitu: “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada ramalan buruk, tidak ada sial burung hantu dan tidak ada sial bulan Safar, dan larilah daripada pesakit kusta sebagaimana kamu lari daripada singa.”

Penjelasan:

1. Terjemahan [i]:
Terjemahan [i] adalah berbentuk LARANGAN dan maksudnya amat jelas tanpa perlu kepada perbahasan lanjut. Antara ulama yang berpandangan demikian ialah Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah di dalam ulasannya terhadap kitab al-Masnu‘ fi Ma‘rifah al-Hadith al-Mawdu‘ (h. 47). Menurutnya, janganlah orang yang sakit berjangkit itu bercampur dengan orang-orang yang sihat kerana khuatir dia akan menjangkitkan mereka dengan takdir Allah Taala. Hadis ini jelas berkait antara awal dengan akhirnya dengan cukup sempurna tanpa terpisah sedikit pun. Maknanya bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ. (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Janganlah pemilik unta yang sakit membawakannya kepada unta yang sihat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW juga bersabda:
 إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطاعون بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْه. (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun di sesuatu tempat, maka jangan kamu pergi kepadanya. Jika ia berlaku di sesuatu tempat pula, sedangkan kamu berada di situ, maka jangan kamu keluar lari daripadanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW juga pernah didatangi sekumpulan orang daripada Bani Thaqif untuk berbaiah dan salah seorang daripada mereka menghidap penyakit kusta. Lantas, Nabi SAW mengutus orang kepadanya seraya berpesan: “Sesungguhnya kami telah membaiah kamu, maka pulanglah” (tanpa bersentuhan dengannya). (HR Muslim)

2. Terjemahan [ii]
Manakala, terjemahan [ii] adalah berbentuk PENAFIAN hingga maksudnya menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama kerana wujudnya penyakit yang berjangkit dan hadis-hadis yang zahirnya menunjukkan demikian.

al-Hafiz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari membahaskan secara panjang lebar mengenai perselisihan pandangan para ulama mengenainya. Manakala secara ringkas, beliau menyebut di dalam kitab Nuzhah al-Nazar -pada bahagian mukhtalif al-hadith- dua pandangan utama berikut (h. 76):

[a] Pertama: “Ibn al-Solah telah memberikan contoh hadis (لا عَدْوَى ولا طِيَرَةَ) dan hadis (فِرَّ مِنَ المَجْذُوم فِرارَكَ مِنَ الأسد) yang kedua-duanya sahih, sedangkan zahir kedua-duanya bercanggah. Kaedah menghimpunkan antara kedua-duanya ialah penyakit ini tidak berjangkit dengan tabiinya sendiri, tetapi Allah SWT telah menjadikan percampuran orang yang sakit dengan orang sihat itu sebagai SEBAB dia menjangkitkan penyakitnya. Kemudian barangkali dia boleh terlepas daripada sebabnya itu, sepertimana pada sebab-sebab yang lain juga. Demikian Ibn al-Solah menyatukan kedua-duanya, mengikut sebagaimana pandangan ulama lain”.   

[b] Kedua (di sisi al-Hafiz Ibn Hajar): “Dan yang lebih utama bagi menghimpunkan kedua-duanya  ialah menyatakan bahawa penafian baginda SAW terhadap jangkitan itu kekal secara umumnya. Kerana telah sah sabdanya SAW: “Sesuatu tidak menjangkiti sesuatu yang lain”, dan sabdanya SAW kepada orang yang berkata bahawa unta yang berpenyakit berada dalam kalangan unta yang sihat serta bercampur gaul dengannya, lalu semuanya pun menjadi sakit, maka baginda SAW membalas kepadanya: “Maka, siapa pula yang menjangkitkan unta yang pertama?” Yakni, Allah SWT yang memulakan penyakit itu pada unta yang kedua, sepertimana Dia memulakannya pada unta yang pertama. Adapun perintah supaya lari daripada pesakit kusta pula, maka ia termasuk bab sadd az-zara’i‘ (menyekat punca berlaku) supaya tidak berbetulan bagi individu yang diuji demikian dengan takdir Allah SWT pada permulaannya, bukannya dengan jangkitan yang telah dinafikan, lalu dia menyangka bahawa itu adalah dengan sebab pergaulannya, lantas dia pun meyakini kebenaran jangkitan penyakit tadi. Maka, mengakibatkan dia terbabit dalam bahaya (dari segi akidahnya). Justeru, baginda SAW memerintahkan supaya menjauhinya bagi mengelakkan situasi tersebut”.    

Pandangan Lebih Kuat
Bagaimanapun, pentahkik kitab Nuzhah al-Nazar, Prof. Dr. Nuruddin 'Itr mengulas bahawa pandangan Ibn as-Solah [a] yang memaknakan hadis sebagai penafian wujudnya penyakit berjangkit dengan tabiinya sendiri, sebenarnya adalah lebih kuat dan lebih sesuai secara saintifik berbanding pandangan kedua [b] yang menafikan sama sekali wujudnya penyakit berjangkit. Dalam menolak pandangan kedua ini, Imam ‘Ali al-Qari mengulas dalam Syarah Nuzhah al-Nazar (h. 373) bahawa jika seseorang menyangka bahawa penyakit kusta itu terjadi dengan sebab percampurannya serta meyakini kebenaran jangkitan penyakit itu dengan SEBAB tersebut, maka tidaklah menjadi masalah.  

Jelasnya, terjemahan [i] dan [ii] -berdasarkan pandangan Ibn as-Solah- bagi hadis yang dipertanyakan di atas hakikatnya dapat difahami secara selaras, tanpa ada pada kedua-duanya sebarang percanggahan mahupun penyimpangan dari aspek akidah.
  
Kata Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: “Menurut jumhur ulama, cara menyatukannya ialah hadis (لَا عَدْوَى) bermaksud untuk menafikan apa yang didakwa dan dipercayai oleh orang Jahiliyyah bahawa suatu penyakit itu berjangkit dengan tabii semula jadinya, bukannya dengan sebab perbuatan Allah Taala. Manakala hadis (لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ) menunjukkan supaya menjauhi perkara yang boleh menyebabkan kemudaratan pada kebiasaannya melalui perbuatan dan takdir Allah Taala jua. Maka, baginda SAW menafikan dalam hadis pertama penyakit yang berjangkit dengan tabiinya sendiri, namun tidak menafikan boleh berlakunya kemudaratan ketika wujudnya penyakit itu dengan takdir dan perbuatan Allah Taala. Manakala dalam hadis kedua, baginda mengajar supaya berhati-hati daripada perkara yang boleh menyebabkan kemudaratan dengan perbuatan, kehendak dan takdir Allah SWT. Maka, apa yang kami sebutkan ini tentang kesahihan kedua-dua hadis serta cara menyatukan antara kedua-duanya merupakan pandangan yang benar, yang dipegang oleh jumhur ulama dan amat patut sekali diikuti”.

Kesimpulan
Secara ringkas bagi maksud hadis berkenaan, sesuatu penyakit itu tidak akan berjangkit dengan sendirinya secara tabii atau semula jadi, tetapi dengan takdir dan izin Allah SWT jua. Jika Allah SWT tidak izinkan, maka ia tidak akan berlaku. Allah SWT turut menjadikan SEBAB penyakit tersebut boleh berjangkit, iaitu melalui percampuran dan pergaulan antara orang yang sakit dengan orang yang sihat. Justeru itu, baginda SAW memerintahkan supaya menjauhinya dengan bersungguh-sungguh sehingga mengumpamakannya seperti orang yang lari daripada singa. Bagaimanakah keadaan seseorang yang lari daripada singa?

Wallahu a‘lam.

Thursday, March 19, 2020

AMALAN PERLINDUNGAN DARIPADA BALA DAN BAHAYA



[i]
Daripada ‘Uthman bin Affan RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
 مَنْ قَالَ: *بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ*، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ.
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca: ‘Dengan nama Allah yang tidak ada suatu pun yang dapat memberi kemudharatan dengan nama-Nya, di bumi mahupun di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’, sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang.” [HR Abu Dawud (5088) dengan sanad hasan]

[ii]
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
 جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: *أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ*، لَمْ تَضُرَّكَ.
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ada seekor kala jengking telah menyengatku semalam. Maka Nabi SAW bersabda: “Jika kamu membaca ketika waktu petang itu: ‘Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Dia ciptakan’, nescaya ia tidak akan dapat memudharatkan kamu.” [HR Muslim dalam Sahihnya (2709)]

[iii]
Daripada Anas bin Malik RA berkata:
 كَانَ النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: *اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ*.
Maksudnya: Nabi SAW sentiasa berdoa: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” [HR Abu Dawud (1554), al-Nasa'i (5493) dan Ahmad (13004) dengan sanad sahih]


[iv]
Daripada Qutbah bin Malik RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: *اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاءِ*.
Maksudnya: “Rasulullah SAW sentiasa berdoa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada keburukan akhlak, amalan, hawa nafsu dan segala penyakit.” [HR Ibn Hibban (960) dan al-Hakim (1949), katanya: Sahih sanadnya. Adapun riwayat al-Tirmizi, tanpa kalimah terakhir]

[v]
Daripada Asma’ binti ‘Umais RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:
"ألا أعلِّمُكِ كلماتٍ تقولينَهُنَّ عندَ الكَربِ: *اللهُ، اللهُ ربِّي، لا أُشرِكُ بهِ شيئاً*".
Maksudnya: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa kalimah yang dapat kamu ucapkannya ketika berlaku kesusahan? Iaitu: Allah, Allah, Tuhanku, aku tidak akan mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun”.  [HR Ahmad (27127), Abu Dawud (1525) dan Ibn Majah (3882) dengan sanad sahih]   

[vi]
Daripada Ibn ‘Abbas RA:
كَانَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ عِنْدَ الْكَرْبِ: *لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّموَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ*.
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa membaca ketika dalam kesusahan: Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pemilik ‘Arsy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah Pemilik seluruh langit dan bumi serta ‘Arsy yang mulia”. [HR al-Bukhari dan Muslim]

[vii]
Doa Imam Zarruq al-Fasi yang masyhur:
*تَحَصَّنتُ بِذي العِزَّةِ وَالجَبرُوْت وَاعْتَصَمْتُ بِرَبّ الملَكُوت وَتوَكَّلتُ عَلىَ الحَيّ الذي لَا يَمُوت، اصْرِفْ عَنا الأذَى إنَّكَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قدير*.
Maksudnya: “Aku berlindung dengan Pemilik kemuliaan dan kekuasaan, dan aku berpegang teguh pada Tuhan sekalian alam ghaib, dan aku bertawakkal kepada Yang Maha Hidup yang tidak akan pernah mati, jauhkanlah kami daripada segala perkara yang dapat menyakitkan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu." (Wazifah Imam Zarruq)


Wednesday, March 18, 2020

Sunat Membalikkan Tangan Ketika Doa Tolak Bala?

 Image result for virus corona 2019



Disunatkan semasa kita berdoa kepada Allah SWT untuk berlindung daripada bala dan seumpamanya agar membalikkan kedua-dua tangan dengan menjadikan belakang kedua telapak tangan ke arah langit. Meskipun, ada sebahagian ulama seperti Syekh Ibn Taimiyyah berpendapat tidak perlu membalikkan tangan sewaktu berdoa sedemikian. Namun, sebahagian ulama lain seperti sebilangan ulama Syafii berpendapat membalikkan tangan semasa demikian adalah termasuk sunnah.

Ini berdasarkan beberapa hadis yang menunjukkan bahawa kita dianjurkan supaya membalikkan tangan semasa berdoa untuk menolak bala. Antaranya:

[i] Hadis doa istisqa’:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ((أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى، فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ)) .رواه مسلم (895)
Terjemahan: Daripada Anas bin Malik RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW pernah berdoa meminta hujan, lalu baginda mengisyaratkan dengan belakang kedua tapak tangannya ke langit”. (HR Muslim)  

Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mengulas:
قال جماعة من أصحابنا وغيرهم: السنة في كل دعاء لرفع بلاء كالقحط ونحوه أن يرفع يديه ويجعل ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا لسؤال شيء وتحصيله جعل بطن كفيه إلى السماء، احتجوا بهذا الحديث. انتهى.
Terjemahan: “Menurut sekumpulan daripada sahabat kami (ulama Syafii) dan lain-lain: Sunnah pada setiap kali berdoa untuk menolak bala seperti kemarau dan sebagainya, ia mengangkat kedua tangannya dan menjadikan belakang kedua telapak tangannya ke langit, namun apabila ia berdoa untuk meminta dan mendapatkan sesuatu (bukan menolak bala) ia menjadikan perut kedua telapak tangannya ke langit. Mereka berhujah dengan hadis ini.”

[ii] Dalam satu hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad beliau, perkara ini jelas disebutkan seperti berikut;
روي عن خلاد بن السائب الأنصاري، ((أن النبي صلي الله عليه وسلم كان إذا سأل جعل باطن كفيه إليه، وإذا استعاذ جعل ظهرهما إليه)). رواه أحمد بسند فيه مقال.
Terjemahan: Diriwayatkan daripada Khallad bin al-Sa’ib al-Ansari RA berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila memohon kepada Allah, baginda menjadikan perut kedua tapak tangannya ke arahnya (menadah tangan) dan apabila memohon perlindungan pula baginda menjadikan belakang kedua tapak tangannya ke arahnya. (HR Ahmad. Kata al-Haithami dalam Majma‘ al-Zawa’id: “Diriwayatkan oleh Ahmad secara mursal dan isnadnya hasan”, meskipun pada sanadnya terdapat Ibn Lahi‘ah, perawi yang masyhur dipertikaikan)

[iii] Dalil secara istinbat daripada hadis berikut;

عَنْ مَالِكِ بْنِ يَسَارٍ السَّكُونِيِّ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((إِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ بِبُطُونِ أَكُفِّكُمْ، وَلَا تَسْأَلُوهُ بِظُهُورِهَا)). رواه أبو داود (1486) بسند صحيح. قلت: فقوله: (وَلَا تَسْأَلُوهُ بِظُهُورِهَا) أي لكون ظهورها للتعوّذ به تعالى، وأما السؤال فيكون ببطونها.  
Terjemahan: Daripada Malik bin Yasar as-Sakuni RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadaNya dengan perut kedua tapak tangan kamu (menadah tangan) dan janganlah kamu mohon kepadaNya dengan belakang kedua tapak tangan kamu”. (HR Abu Dawud dengan sanad yang sahih)

Maknanya, ungkapan: “…janganlah kamu mohon kepadaNya dengan belakang kedua tapak tangan kamu” kerana belakang kedua tapak tangan itu adalah khas untuk memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada bala dan seumpamanya. Adapun untuk meminta sesuatu kepada Allah SWT, maka adalah dengan cara menadahkan kedua tapak tangan.   

Perkara ini adalah sunat sahaja menurut sebahagian ulama. Jika ada yang tidak melakukannya pun tidak menjadi masalah. Kerana dalam kalangan ulama Salaf juga sudah terjadi keragaman pandangan mengenainya. Yang menjadi masalah ialah apabila ada pihak yang mempertikaikan tanpa ilmu orang yang melakukannya.  

Wallahu a‘lam.

*Tambahan:



Sunday, February 16, 2020

Status Hadis Ibadah Haji di Akhir Zaman


Aslmkum Dr...
Mohon tahu status hadis ini. Syukran.

Jawapan:

Waalaikumussalam wrt.
                                            
Hadis:

"يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، يَحُجُّ أَغْنِيَاءُ أُمَّتِي لِلنُّزْهَةِ، وَأَوْسَاطُهُمْ لِلتِّجَارَةِ، وَقُرَّاؤُهُمْ لِلرِّيَاءِ وَالسُّمْعَةِ، وَفُقَرَاؤُهُمْ لِلْمَسْأَلَةِ".

Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dlm Tarikhnya dan al-Dailami dlm Musnad al-Firdaus dgn sanad yg daif. Ibn al-Jawzi dlm kitabnya al-‘Ilal al-Mutanahiyah menyebut statusnya: “Hadis ini tidak sahih drp Rasulullah SAW dan kebanyakan perawinya majhul tidak diketahui (sbg ahli riwayat)”.

Bagaimanapun, di dlm kitabnya Muthir al-Gharam al-Sakin ila Asyraf al-Amakin, Ibn al-Jawzi menjadikan hadis ini sbg sandaran kepada katanya:
وينبغي أَنْ يُصَحِّحَ قَصْدَهُ لِلْحَجِّ، وَإِنْ أَرَادَ التِّجَارَةَ، فلتكن ضِمْنًا وَتَبَعًا، وَلا تَكُونُ هِيَ الْمَقْصُودَ الْأَكْبَرَ.
Maksudnya: “Dan sewajarnya dia memperbetulkan niatnya untuk menunaikan haji, dan sekiranya dia ingin berniaga, maka jadikanlah ia sebagai iringan dan ikutan saja, dan janganlah pula ia menjadi maksud utamanya”.

Nukilan-nukilan drpd al-Hafiz Ibn al-Jawzi ini menunjukkan beberapa perkara;

1.    Hadis daif menurut beliau masih mempunyai peranan dan tidak ditolak secara total, khususnya dlm bab fadha’il amal atau targhib dan tarhib.  
2.     al-Hafiz Ibn al-Jawzi meskipun agak keras di dlm kitab al-Maudhu‘at, namun beliau masih mengikut kaedah jumhur ulama dlm masalah penggunaan hadis daif.  
3.  Ungkapan hadis ini 'tidak sahih’ (لا يَصِحُّ)  di dlm kitab al-‘Ilal al-Mutanahiyah tidak semestinya menunjukkan hadis itu palsu. Berbeza dlm kitab al-Maudhu‘at, krn ungkapan tersebut di sisi beliau adalah bermaksud hadis palsu.    


Wallahu a‘lam.


Tuesday, February 11, 2020

Kemuktabaran Ilmu Kalam, Nazar dan Ra’yi



Disiplin pengajian Islam berkembang drpd disiplin yg bersifat taklim scara terpimpin kepada disiplin yg bersifat sistematik dan bertakhassus tanpa menghilangkan aspek konsistensi dan autentik padanya. Kesepaduan ilmu dalam kalangan sarjana Islam yg awal kemudian tercurah kpd generasi seterusnya dalam bentuk disiplin-disiplin yg mula tersusun.  

Namun, dalam proses penyusunan tersebut, pelbagai pertentangan pendapat berlaku antara para ilmuwan Islam peringkat awal. Antara yg terbesar ialah pertentangan antara Ahli al-Hadith dan Ahl al-Ra’yi dalam bidang fiqah, dan seterusnya Ahli al-Hadith dan Ahli Kalam dlm bidang akidah. [Selain Ahli Kalam mereka juga disebut Ahli al-Nazar أهل النظر]

Bagaimanapun, perselisihan akhirnya dapat diterima sebagai perbezaan pandangan yg muktabar dari aspek perbezaan metodologi yg digunakan dengan pensyaratan tidak menyimpang dari landasan usul syarak yg disepakati. Integrasi antara disiplin ilmu juga kemudian kembali dalam kalangan para sarjana Islam sehingga melahirkan tenaga pakar yg multi-disiplin.

Penguasaan dalam sesuatu bidang juga menjadi pilihan bagi sebahagian sarjana sehingga menjadikannya rujukan utama di dalam bidangnya dan tidak mampu untuk ditandingi oleh para sarjana bidang lain. Kesepaduan disiplin pengajian Islam pada hari ini hakikatnya telah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman berharga yg patut dijadikan pedoman.

Adapun pergesaran-pergeseran sengit yg masih terus berlaku hingga ke hari ini dalam disiplin pengajian muktabar, kelazimannya adalah disebabkan oleh salah satu drpd tiga faktor berikut; iaitu sama ada: [i] KETAKSUBAN, [ii] KEUJUBAN atau [iii] KEJAHILAN.

Sama ada ketaksuban dalam kalangan ahli ilmu, keujuban dalam kalangan penuntut ilmu atau kejahilan dalam kalangan awam, kesemuanya menatijahkan hasil yg sama, iaitu situasi keruh dan keliru dalam masyarakat. Sedangkan perkara ini tidak sewajarnya berlaku jika kefahaman terhadap perbezaan manhaj dan penguasaan terhadap disiplin ilmu itu adalah mantap dan bersepadu.

Jelasnya, mereka yg masih gemar menimbulkan situasi keruh dan keliru dalam masyarakat hakikatnya merupakan sama ada golongan yg taksub, ujub ataupun jahil. Ini berlaku antaranya disebabkan sengaja memaksakan tafsiran tunggal dalam keluasan medan syarak, penggunaan istilah yg sama bagi kandungan makna-makna yg berbeza, pengabaian kanun akal dan balaghah, serta tidak peduli ttg perubahan situasi dan peredaran masa dalam isu yg diperkatakan.

Golongan seperti ini hakikatnya ibarat ‘rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi’. Justeru, tuan rumah adalah berhak untuk mendiamkan pahat yang sedang berbunyi itu…       



Sunday, February 9, 2020

Hadis Mawquf Ttg Kelawar

  Image result for bat


Ada dua hadis mawquf (kata2 sahabat) berkaitan dgn kelawar:

1. Hadis ‘Abdullah bin ‘Amru RA kata beliau:

"لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ، وَلَا تَقْتُلُوا الْخُفَّاشَ، فَإِنَّهُ لَمَّا خَرِبَ بَيْتُ الْمَقْدِسِ قَالَ: يَا رَبِّ سَلِّطْنِي عَلَى الْبَحْرِ حَتَّى أُغْرِقَهُمْ"
Maksudnya: “Janganlah kamu sekalian membunuh katak, krn sesungguhnya bunyi suaranya adalah tasbih. Dan janganlah kamu sekalian membunuh kelawar, kerana sesungguhnya ketika Baitul Maqdis diruntuhkan, ia berkata: “Wahai Tuhanku, berikanlah aku kuasa ke atas lautan sehingga aku mampu menenggelamkan mereka.” (HR al-Baihaqi dlm as-Sunan al-Kubra)

2. Hadis ‘Aisyah RA kata beliau:

 كَانَتِ الْأَوْزَاغُ يَوْمَ أُحْرِقَتْ بَيْتُ الْمَقْدِسِ جَعَلَتْ تَنْفُخُ النَّارَ بِأَفْوَاهِهَا، وَالْوَطْوَاطُ تُطْفِئُهَا بِأَجْنِحَتِهَا.
Maksudnya: “Pada hari Baitul Maqdis dibakar, cicak berusaha meniup api (supaya marak) dengan mulutnya, sedangkan kelawar berusaha memadamkannya dengan sayap-sayapnya.” (HR al-Baihaqi dlm as-Sunan al-Kubra)

Kata al-Baihaqi selepas meriwayatkan kedua2 hadis di atas: “Kedua-duanya adalah khabar mawquf (kata2 sahabat) mengenai kelawar, namun sanad kedua2nya sahih”. Imam an-Nawawi turut menukilkan hadis ‘Abdullah bin ‘Amru RA dalam kitab al-Majmu‘nya serta menyetujui penilaian al-Baihaqi.

Hukum Marfu‘

Meskipun, kedua2nya khabar mawquf (kata2 sahabat), namun zahirnya ia mempunyai hukum marfu‘ (yakni drpd Nabi SAW juga) krn ia berkaitan perkara ghaib yg tidak mungkin diucapkan melalui ijtihad para sahabat sendiri. Kata al-Hafiz Ibn Hajar mengenai hadis ‘Aisyah RA dlm kitab al-Talkhis al-Habir: “Hukumnya marfu‘ krn ia tidak mungkin diucapkan tanpa adanya wahyu dan ‘Aisyah pula bukanlah dari kalangan mrk yg mengambil drpd Ahli Kitab”.

Namun, kata al-Hafiz Ibn Hajar mengenai hadis ‘Abdullah bin ‘Amru RA: “Walaupun sanadnya sahih, tetapi ‘Abdullah bin ‘Amru pernah mengambil drpd riwayat2 isra’iliyyat”. Maka, kebarangkalian ttg sumber yg mana ‘Abdullah bin ‘Amru RA ambil ucapannya, sama ada drpd Nabi SAW atau drpd riwayat2 isra’iliyyat, tidaklah dapat dipastikan. Namun, yg jelasnya ia adalah kata2 atau fatwa beliau ttg haramnya membunuh katak dan kelawar.

Wallahu a‘lam.

Saturday, February 8, 2020

Kekeliruan Musuh Islam Ttg Kewafatan Nabi SAW


Disebut oleh Imam al-Bukhari secara mu‘allaq (yakni tidak bersambung sanad):
وَقَالَ يُونُسُ عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ عُرْوَةُ: قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: «يَا عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ، فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ»
Kata 'Aisyah RA bhw Nabi SAW tlh bersabda semasa sakit yg membawa kpd kewafatannya: “Wahai 'Aisyah, aku masih mendapati rasa sakit akibat makanan yg aku makan di Khaibar. Maka, sekarang ini masanya aku rasakan saat terputusnya salur urat jantungku disebabkan oleh racun itu”. (HR al-Bukhari no. 4428)

Hadis ini dikaitkan oleh musuh2 Islam dgn ayat Surah al-Haqqah 44-46:

وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ 
“Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta)”.

Bagi menjawab kekeliruan mrk, maka penjelasannya adalah melalui aspek2 berikut;

1. Hadis tsb disebutkan oleh Imam al-Bukhari dlm Sahihnya secara mu‘allaq (yakni tidak bersambung sanad). Perbuatan al-Bukhari ini antaranya disebabkan kualiti hadis tsb tidak mencapai tahap piawaian tinggi yg ditetapkan olehnya. al-Hafiz Ibn Hajar dlm Fath al-Bari menyatakan, hadis tsb diriwayatkan secara bersambung sanad oleh al-Bazzar, al-Hakim dan al-Isma‘ili. Kisah tersebut juga mempunyai beberapa jalan riwayat lain yg menguatkannya.   

2. al-Bukhari meletakkan hadis tsb di dalam tajuk: Bab sakit dan kewafatan Nabi SAW, dan dibawakan juga sebelumnya ayat al-Quran (az-Zumar: 30-31):

إِنَّكَ مَيِّتٞ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ عِندَ رَبِّكُمۡ تَخۡتَصِمُونَ 
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu”. Melalui ayat ini, seolah-olahnya Imam al-Bukhari ingin menjelaskan bhw Nabi SAW adalah seorg manusia yg tetap akan wafat juga, walau apa jua sebabnya sekalipun.

3. Dalam ayat al-Haqqah tsb dinyatakan jika Nabi SAW mengada-adakan perkara dusta ke atas Allah SWT, maka Allah SWT akan memutuskan tali jantungnya dengan serta-merta. Namun, sebaliknya kewafatan Nabi SAW tidak berlaku dgn serta merta krn ayat tersebut merupakan ayat Makkiyyah, iaitu diturunkan semasa Nabi SAW berada di Makkah sebelum hijrah. Ini menunjukkan bhw Nabi SAW sentiasa dlm pemeliharaan Allah SWT dlm membawa risalah tauhid sehingga baginda dpt berhijrah ke Madinah dan membina kekuatan yg lebih besar di sana dalam menyebarkan dakwah Islam.

4. Kewafatan Nabi SAW adalah sesudah sempurnanya agama Islam dan tamatnya penurunan wahyu dlm usia yg munasabah, iaitu 63 tahun. Jika Nabi SAW mngada-adakan sesuatu yg tidak benar, nescaya baginda akan diwafatkan sebelum drpd itu lagi oleh Allah SWT sebagaimana yg disebutkan dlm ayat berkenaan.

5. Jarak antara kewafatan Nabi SAW dgn peristiwa baginda memakan makanan yg diracun di Khaibar itu ialah lebih kurang 3 tahun. Dlm tempoh tsb, bertambah banyak lagi kejayaan-kejayaan yg diraih oleh dakwah baginda SAW menunjukkan bahawa Allah SWT sentiasa memelihara baginda sehinggalah tiba saat ajal baginda yg dikehendaki olehNya. Jika Nabi SAW mngada-adakan sesuatu yg tidak benar, nescaya baginda akan diwafatkan oleh Allah SWT selepas saja baginda menjamah makanan tsb.

6. Oleh krn ayat al-Haqqah tsb diturunkan di Makkah, maka amat sesuai ditafsirkan turunnya itu sebagai jawapan balas kpd tuduhan2 kaum Musyrikin di Makkah ketika itu terhadap wahyu yg dibawa oleh Nabi SAW. Antaranya, firman Allah SWT:

وَعَجِبُوٓاْ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٞ مِّنۡهُمۡۖ وَقَالَ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا سَٰحِرٞ كَذَّابٌ أَجَعَلَ ٱلۡأٓلِهَةَ إِلَٰهٗا وَٰحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٌ عُجَابٞ 
“Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Sad: 4-5)
وَٱنطَلَقَ ٱلۡمَلَأُ مِنۡهُمۡ أَنِ ٱمۡشُواْ وَٱصۡبِرُواْ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمۡۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٞ يُرَادُ مَا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِي ٱلۡمِلَّةِ ٱلۡأٓخِرَةِ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا ٱخۡتِلَٰقٌ 
“Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (Sad: 6-7)
وَقَالُواْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِي نُزِّلَ عَلَيۡهِ ٱلذِّكۡرُ إِنَّكَ لَمَجۡنُونٞ 
“Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila". (al-Hijr: 6)

7. Ayat al-Haqqah tsb juga menyebut secara zahir sekiranya Nabi SAW mengada-adakan perkara dusta, maka Allah SWT akan memutuskan tali jantungnya. Namun, kewafatan Nabi SAW tidak berlaku secara langsung drpd Allah SWT tanpa perlukan apa-apa sebab. Sebaliknya, ia berlaku disebabkan komplot jahat orang Yahudi yg ingin membunuh Nabi SAW dgn meletakkan racun pd makanan yg dihidangkan. Bahkan, kewafatan Nabi SAW kesan drpd racun tsb mmbuktikan bhw baginda juga memperolehi pahala mati syahid yg banyak disebutkan ganjaran kelebihannya oleh baginda SAW sendiri. Sehingga baginda pernah bersabda:
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللهِ فَأُقْتَلُ، ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ، ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ. (رواه مسلم)
“Demi jiwa Muhammad dlm kekuasaanNya, nescaya aku suka untuk aku berperang di jalan Allah, lalu aku dibunuh, kemudian aku berperang lagi, lalu aku dibunuh, kemudian aku berperang lagi, lalu aku dibunuh”. (HR Muslim dlm Sahihnya)

8. Secara rumusan, kefahaman para musuh Islam dlm cubaan mrk utk mentafsirkan ayat al-Quran dgn hadis tersebut adalah tidak tepat sama sekali dan amat menyimpang dari realiti sejarah. Tidak ragu lagi, baginda Nabi SAW di sepanjang dakwah baginda menghadapi pelbagai kesusahan, cabaran dan cubaan bunuh drpd musuh-musuh baginda. Ia jelasnya merupakan suatu tugas dan amanah yg cukup berat dlm usaha menyeru manusia utk membesar dan mentauhidkan Allah SWT.
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً؟ قَالَ: "الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ". (رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح. وفي الباب عن أبي هريرة، وأخت حذيفة بن اليمان)
Drpd Mus‘ab bin Sa‘d drpd bapanya Sa‘d RA katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah, siapakah manusia yg paling berat dugaannya? Jawab baginda: “Para anbiya’, kemudian org yg seumpama mereka, dan seterusnya org yg seumpama mereka”. (HR al-Tirmizi, katanya: Hadis hasan sahih. Dalam bab yg sama juga drpd Abu Hurairah RA dan saudara perempuan Huzaifah bin al-Yaman)  

Wassalam.


Friday, February 7, 2020

Status Hadis Doa Makan



1. Kata Imam an-Nawawi (w. 676H) dlm kitab al-Azkar:
(بابُ ما يقولُ إذا قُرِّب إليه طعامُه)
روينا في كتاب ابن السني عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في الطعام إذا قُرِّبَ إليه: " اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا فِيما رَزَقْتَنا، وَقِنا عَذَابَ النَّارِ، بسم الله ".
Bab apa yg perlu diucapkan apabila dihidangkan kepadanya makanan:
Telah kami riwayatkan dlm kitab Ibn as-Sunni drpd ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA drpd Nabi SAW bhw baginda SAW mengucapkan pd makanan apabila dihidangkan kepadanya: Ya Allah, berkatilah kami pd apa yg Engkau rezekikan kepada kami dan lindungilah kami drpd azab api neraka. Dengan nama Allah”.

Jelasnya, doa ini dianjurkan oleh Imam an-Nawawi dan ramai ulama lain yg mengajarkan kitab beliau ini kpd masyarakat Islam. Bagaimanapun, al-Hafiz Ibn Hajar mengulas statusnya begini: “Hadis ini gharib. Dikeluarkan oleh Ibn as-Sunni, sedangkan pd sanadnya ada Ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah (ابن أبي الرعيرعة) [atau az-Zu‘aizi‘ah (ابن أبي الزُعَيْزِعَة)]. Kata al-Bukhari: ‘Amat munkar hadisnya’. Ibn ‘Adi menyebutkan hadis ini di antara hadis-hadis yang diingkari orang terhadapnya, kata beliau: ‘Tiada yg menyokong hadis-hadisnya’. Ibn Hibban merekodkannya dlm kitab ad-Dhu‘afa’ dan menilainya sbg amat lemah. Kemudian Ibn Hibban menyebutkan sesudahnya nama lain yg sama, Muhammad ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah drpd Abu al-Malih, dan menisbahkannya kpd pemalsuan hadis. Jadi seolah-olah di sisi Ibn Hibban ada dua org yg berbeza. Dan aku tidak melihat demikian pd rujukan yg lain. Dan pengetahuan yg sebenarnya hanya di sisi Allah” (Demikian dlm al-Futuhat ar-Rabbaniyyah oleh Ibn ‘Allan al-Makki w. 1057H). Walaupun Ibn Hibban sebenarnya ada melabel salah satunya sbg ‘Dajjal’, namun al-Hafiz Ibn Hajar spt melihat ianya sbg berlebihan atau tidak jelas, dan hanya merumuskan kedudukan hadis sbg gharib shj, bukan palsu.  

2. Bagaimanapun, doa makan ini ada disokong oleh athar Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA sptmn diriwayatkan dalam kitab Zawa’id al-Musnad oleh ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, iaitu:
عن ابن أعبد، قال: قال لي علي بن أبي طالب: «يا ابن أعبد هل تدري ما حق الطعام؟» قال: قلت: وما حقه، يا ابن أبي طالب؟ قال: «تقول: بسم الله، اللهم بارك لنا فيما رزقتنا» ، قال: وتدري ما شكره إذا فرغت؟ قال: قلت: وما شكره؟ قال: «تقول: الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا»
Drp Ibn A‘bud katanya: ‘Ali bin Abi Talib RA pernah bertanya kpdku: “Wahai Ibn A‘bud, adakah kamu tahu apakah dia hak makanan itu?” Jawabku: Apakah haknya, wahai Ibn Abi Talib? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Dengan nama Allah. Ya Allah, berkatilah kami pada apa yg Engkau rezekikan kepada kami”. Tanya beliau lagi: “Kamu tahu apakah dia syukurnya apabila kamu tlh selesai?” Jawabku: Apakah dia syukurnya? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Segala puji bagi Allah yg tlh memberi kami makan dan minum”.

Kata al-Haythami dlm Majma‘ az-Zawa’id: “Ibn A‘bud menurut Ibn al-Madini: ‘Tidak begitu dikenali (dlm hal periwayatan)’, dan baki para perawinya adalah thiqah (dipercayai)”. Syekh Syu‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sbg daif. Ini krn perawi drp Saidina ‘Ali RA, iaitu Ibn A‘bud tidak diketahui kedudukannya dari segi jarh dan taadil. Namun begitu, Syekh Ahmad Syakir tetap menilai sanadnya sbg hasan. Ini krn dialog dlm riwayat tsb menunjukkan beliau merupakan org yg dekat dan dikenali oleh Saidina ‘Ali RA.


3. Ungkapan doa ini juga merupakan antara doa yg dibaca oleh salah seorang al-Fuqaha’ as-Sab‘ah (7 pakar rujuk ilmu fiqah) yg terkenal di Madinah, iaitu ‘Urwah bin Zubair (w. 93H), apabila dihidangkan kpdnya makanan, minuman ataupun ubat, sptmn yang diriwayatkan Imam Malik dalam kitab al-Muwatta’nya:
عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ كَانَ لَا يُؤْتَى أَبَدًا بِطَعَامٍ، وَلَا شَرَابٍ حَتَّى الدَّوَاءُ فَيَطْعَمَهُ أَوْ يَشْرَبَهُ، إِلَّا قَالَ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا، وَأَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَنَعَّمَنَا، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَلْفَتْنَا نِعْمَتُكَ بِكُلِّ شَرٍّ، فَأَصْبَحْنَا مِنْهَا وَأَمْسَيْنَا بِكُلِّ خَيْرٍ، نَسْأَلُكَ تَمَامَهَا، وَشُكْرَهَا لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ، إِلَهَ الصَّالِحِينَ، وَرَبَّ الْعَالَمِينَ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ»

4. Kesimpulannya, walaupun hadis doa tsb diriwayatkan oleh perawi yg sangat daif, namun menurut kaedah Imam an-Nawawi dan lain-lain, hadis daif baginya boleh diamalkan selama mana ia tidak diyakini sbg palsu. Justeru itu, beliau memuatkannya di dlm kitab al-Azkarnya. Ia juga disokong oleh athar Saidina ‘Ali RA, meskipun sanadnya ada sedikit pertikaian. Bahkan, ungkapan doa ini turut diamalkan oleh sebahagian ulama Salaf dan zahirnya mrk tiada masalah dalam soal penyusunan doa sendiri, khususnya menurut amalan Ahli al-Madinah. Oleh krn ia hanya suatu doa, maka data2 ini sudah cukup utk membolehkan kita mengamalkan doa tsb tanpa perlu meyakini hadisnya sbg sahih. Dan boleh juga diutamakan atau digabungkan dgn doa makan yg lbh sahih, iaitu: (اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ). Matan lengkapnya:

عن ابنِ عباس، قال: قال رسولُ الله - صلَّى الله عليه وسلم -: "إذا أكل أحدُكم طعاماً، فليقل: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ، وإذا سُقي لبناً، فليقل: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ، فإنه ليسَ شيء يُجزئ من الطعامِ والشرابِ غير اللبنُ". [رواه أحمد (1978) وأبو داود (3730)، والترمذي (3758)، وقال: حديث حسن، والنسائي في الكبرى (10045) وابن ماجه (3322) بسند حسن]
Drpd Ibn ‘Abbas RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan berilah kami makanan yang lebih baik lagi drpdnya’. Dan apabila dia diberi susu, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan tambahkanlah lagi bagi kami drpdnya’, krn sesungguhnya tidak ada suatupun yg dapat menyamai makan dan minum selain drpd susu”. (HR Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, katanya: Hadis hasan, al-Nasa’i dan Ibn Majah dgn sanad hasan)

Wallahu a‘lam.