Pages

Showing posts with label Diari/Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Diari/Nostalgia. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Dairi Daura..




Alhamdulillah, majlis daurah kitab Sunan al-Tirmizi pimpinan Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqusy - hafizahullah - pada hari ini, hari keempat, berakhir sampai hadis yang ke-1,719, iaitu di akhir kitab al-jihad. Jika ikut kitab cetakan lain, mungkin lain pula nombor hadisnya.

Beberapa orang ustaz dilantik untuk membacanya secara bergilir-gilir, di mana syeikh hanya mendengar dan sekali-sekala memberi ulasan dan syarah (tiada terjemahan Melayu). Kaedah yang digunakan ialah membaca secara laju sebagaimana tradisi yang biasa diamalkan oleh ramai ulama terdahulu. Yang menjadi ‘juara’nya ialah Ustaz Adlan Abdul Aziz kerana tiada siapa yang dapat menandingi kecepatan dan kelajuan beliau membaca. Memang ‘terangkat’... J


Kitab yang saya guna adalah kitab cetakan Mesir, siap dengan hukum Syeikh al-Albani pada setiap hadisnya dengan warna merah. Ada yang tidak gemar dengan cetakan sebegitu. Namun, bagi saya ia bagus untuk membuat perbandingan.

Banyak hadis yang disahih atau dihasankan oleh al-Tirmizi, didaifkan oleh al-Albani. Dan begitu juga sebaliknya, ada hadis yang dilemahkan oleh al-Tirmizi, tetapi disahih atau dihasankan oleh al-Albani. Bagaimanapun, ternampak jelaslah perbezaan yang sangat ketara antara Imam al-Tirmizi dengan Syeikh al-Albani, ibarat umpama bumi dengan langit.

Menurut pandangan saya, banyak hukum al-Albani yang didapati tidak tepat dan tersasar daripada maksud Imam al-Tirmizi. Misalnya, al-Albani mendaifkan sesuatu hadis, sedangkan Imam al-Tirmizi telah merekodkan bersama hadis tersebut isyarat kepada jalan-jalan riwayatnya yang lain yang berfungsi sebagai penyokong kepadanya dengan kata beliau: “Wa fil-bab...”. Darjat hadis tersebut kemungkinan dapat meningkat kepada darjat hasan atau sahih dan tidak dapat ditolak begitu saja. Apatah lagi jika al-Tirmizi menambah; itulah yang diamalkan oleh kebanyakan ahli ilmu, dan makna ‘ahli ilmu’ menurut al-Tirmizi ialah para imam salaf yang mujtahid. Ini dapat menguatkan lagi kedudukan hadis berkenaan.

Hal yang seumpama ini banyak saya temukan sepanjang pembacaan di dalam daurah.

Sebagaimana maklum, al-Albani telah memecahkan kitab Sunan al-Tirmizi kepada dua bahagian; Sahih Sunan al-Tirmizi dan Da‘if Sunan al-Tirmizi. Bagaimana sekiranya orang hanya berpegang dengan penilaian al-Albani dalam kitab Sahih Sunan al-Tirmizi, lalu mendakwa semua hadis di dalam kitab Da‘if Sunan al-Tirmizi perlu ditolak dan tidak boleh diamalkan? Hal sebegini, tentunya akan menimbulkan musibah...

Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kelapangan kepada semua untuk meneruskan daurah sehingga khatam. Amin...

P/S: Mari bersama-sama mengambil keberkatan dan memeriahkan majlis khatam Sunan al-Tirmizi nanti...

Monday, February 20, 2012

TUAN GURU HJ. ABDUL RAHIM MENGGANTI TUAN GURU HJ. ISMAIL SEPANJANG..

Dari Blog Majlis Ilmu:

TERKINI: PEMBATALAN MAJLIS BERSAMA TUAN GURU BABA HAJI ISMAIL SEPANJANG

OLEH KERANA KEUZURAN TUAN GURU BABA HJ ISMAIL SEPANJANG AL-FATHANI, MAKA SEMUA MAJLIS DIBATALKAN.

MANAKALA PROGRAM DAURAH DI KUIS, INSYA-ALLAH AKAN DITERUSKAN BERSAMA DENGAN TUAN GURU HAJI ABDUL RAHIM, SUNGAI JAGUNG, PENDANG, KEDAH.*


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI USTAZ NAZRI: 019-3881581

MAAF DI ATAS PEMBATALAN INI.

-----------------------

* Tuan Guru Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman pernah berguru di Makkah dengan alim ulama terkemuka seperti Sayyid 'Alawi bin Sayyid 'Abbas al-Maliki, Syeikh Hasan Masysyat, Syeikh Amin Kutubi, Syeikh Ismail Zain, Syeikh Abdullah al-Lahji dan ramai lagi.


Thursday, February 16, 2012

Thursday, December 8, 2011

Hebahan Umum...


Majalah sulong Q&A sudah di pasaran...

Syabas kepada pihak penerbit!

Harganya: RM10.00 dengan ketebalan 120 halaman serta grafik yang menarik.

Ia adalah majalah ilmiah agama yang punya konsep tersendiri dan ditunggu-tunggu...

Nantikan juga siri-siri seterusnya... insya Allah.


Monday, August 1, 2011

Sunday, November 21, 2010

Siri Ceramah Syeikh al-Buti حفظه الله

Sebelum ini ada beberapa kali Syeikh al-Buti tidak jadi datang ke Malaysia kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk bermusafir jauh. Beliau hanya menghantar anaknya, Dr. Tawfiq sahaja yang datang mewakilinya. Tetapi mudah-mudahan kali ini beliau diberikan kesihatan oleh Allah SWT dan dapat meluangkan masa buat sekian kalinya untuk datang ke sini. Amin.

I
29hb. Nov. 2010
(Masjid Shah Alam)

II
30hb. Nov. 2010
(Masjid KUIS)

Thursday, November 18, 2010

Wacana Ilmu di Masjid al-Azhar KUIS

Penyampai: al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki
Tajuk: Adab Serta Akhlak Menuntut dan Menyampaikan Ilmu
Tarikh: 26hb. November 2010 (Jumaat malam Sabtu)


SEMUA DIJEMPUT HADIR.


p/s: Terima kasih kepada Blog Jom Talaqqi.
-------------------------------

Peta lokasi KUIS & Masjid al-Azhar: