Pages

Saturday, March 20, 2010

Syeikhul-Azhar Baru: Syeikh Ahmad al-Tayyib


Presiden Mesir Hosni Mubarak telah mengeluarkan dekrit yang mengumumkan Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyib sebagai Syeikh Al-Azhar yang baru menggantikan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi, yang telah meninggal dunia. Wakil berita mengatakan bahwa Presiden Mesir, "19/3/2010 - Jumaat lalu, mengeluarkan keputusan presiden no. 62, tahun 2010 perihal pengisytiharan Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyib sebagai Syeikh Al-Azhar."

Syeikh Tayyib merupakan Rektor Universiti Al-Azhar sejak tahun 2003, dan sebelumnya pernah menjadi Mufti Negara Mesir. Beliau adalah antara nama-nama yang disebut sebagai calon Syeikh al-Azhar selain Syeikh 'Ali Jum'ah dan Dr. Zaqzuq. Seorang sahabat memberi mesej kepada saya bahawa beliau ialah khalifah Tariqat Khalwatiyyah, Mesir.

Antara karya-karya beliau ialah:
  1. "مباحث العلة والمعلول من كتاب المواقف" 1407 هجرية / 1982م
  2. ،" أصول نظرية العلم عند الأشعرى - 1407 هجرية/ 1982 م
  3. ،" مفهوم الحركة بين الفلسفة الإسلامية والفلسفة الماركسية" 1982م،
  4. " مباحث الوجود والماهية من كتاب المواقف" 1402 هجرية 1982 م
  5. ،" مدخل لدراسة المنطق القديم" 1407 هجرية /1987 م
  6. ،" بحوث فى الثقافة الإسلامية بالاشتراك مع آخرين "جامعة قطر الدوحة 1414 هجرية -1993 م،
  7. "تعليق على قسم الإلهيات من كتاب تهذيب الكلام للتفتازانى" 1997 م
  8. ،" الجانب النقدى فى فلسفة أبى البركات البغدادى" دار الشروق-القاهرة 1425 هجرية -2004 م.

Rujukan:

- Rayaheen.net

- Masrawy.com

- voa-islam.com



2 comments:

Anonymous said...

lantikan Syeikh Azhar oleh president ye Ustaz? bukan dari Azhar sendiri? tak bestnye

Anonymous said...

Assalamu'alaikum ustaz,

ada seminar hadith :

Dewan Senat UKM pd 01hb.04.2010, seminar hadith.. penceramah : Dr.Asri Zainal Abidin (USM), Dr.Wan Sohor Bani Leman (UIA) & Dr.Azwira Aziz(UKM)

Mungkin ustaz atau yang pakar dalam hadith dapat menghadirinya. Untuk bersoal jawab atau berkongsi ilmu. Terutamanya saya melihat 2 panel yang disebutkan di atas tokoh yang membawa fahaman wahhabi salafi.