Wednesday, January 29, 2014

Kiyai Haji Muhammad Ahmad Sahal رحمه الله

Oleh: Ustaz Abu Muhammad (Bahrus shofa)

Hari ini (Jumaat, 24 Januari 2014) telah berpulang seorang lagi ulama iaitu al-Mukarram Kiyai Haji Muhammad Ahmad Sahal bin Abu Hasyim Muhammad Mahfudh Salam rahimahullah. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mbah Sahal adalah seorang adalah Rois Aam Syuriah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), pemimpin Pondok Pesantren Maslakul Huda dan pernah menjadi ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI). Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1937 di Kajen, Kabupaten Pati, Jawa Tengah. Beliau terkenal alim dalam ilmu-ilmu Islam terutama sekali fiqh dan usul fiqh. Dalam bidang penulisan, beliau giat menulis karya - karya samada berbahasa `Arab maupun Indonesia, antaranya:-
  1. Faidlul Hajaa ‘alaa Nayl al-Rajaa Mandhumah Safinah al-Najaa.
  2. Thariqah al-Hushul ila Ghayah al-Ushul;
  3. al-Bayan al-Mulamma`;
  4. ats-Tsamah al-Hajainiyah;
  5.  Luma` al-Hikmah ila Musalsalat al-Muhimmat;
  6. al-Faraid al-`Ajibah;
  7. Nuansa Fiqh Sosial;
  8. Pesantren Mencari Makna;
  9. Telaah Fikih Sosial;
  10. Ensiklopedi Ijma`;
  11. Dialog Problematika Umat.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya yang berkekalan ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama para shalihin..... al-Fatihah.

No comments: