Al-‘Allamah
al-Faqih Syeikh Hisyam al-Burhani telah meninggal dunia dalam usia 82 tahun
pada waktu fajar hari Ahad selepas berwuduk sebelum solat subuh tanggal 27-04-2014 bersamaan 27
Jumadal Akhir 1435H.
Nama
lengkapnya Syeikh Muhammad Hisyam bin Syeikh Muhammad Sa‘id bin ‘Abdur Rahman
bin Muhammad Sa‘id al-Burhani ad-Daghistani al-Hanafi. Beliau dilahirkan di Dimasyq , Syria
pada tahun 1932.
Bapanya, al-‘Arif
billah Syeikh Muhammad Sa‘id al-Burhani adalah seorang ulama terkenal di
Dimasyq, mursyid Tariqat Syaziliyyah selepas guru beliau al-‘Arif billah Syeikh
Muhammad al-Hasyimi. Beliau banyak menimba ilmu daripada bapanya, selain
mengaji dengan guru-guru yang lain seperti Syeikh ‘Abdul Wahhab Dibs Wazait
al-Hafiz, Dr. Mustafa as-Siba‘i, Syeikh Muhammad al-Mubarak, Dr. Ahmad Fahmi
Abu Sinnah, Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kattani, Syeikh Mustafa az-Zarqa,
Syeikh Abu al-Yusr ‘Abidin dan lain-lain.
Pada
tahun 1961, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mesir ke peringkat Master di Fakulti
Darul Ulum, Kaherah di bawah seliaan Dr. Mustafa Zaid dan judul tesisnya: (سد
الذرائع في الشريعة الإسلامية) dan tamat dengan keputusan mumtaz.
Sekembalinya
ke Dimasyq tahun 1968, beliau mengajar di Fakulti Syariah, Dimasyq. Kemudian
dari tahun 1975 hingga tahun 1993, beliau dipinjamkan ke Imarat sebagai
penyelidik dan pembimbing di Kementerian Keadilan, Hal Ehwal Islam dan Wakaf.
Setelah pulang, beliau terus mengajar di Fakulti Syariah Dimasyq sehingga tahun
2004.
Antara
karya-karya beliau:
1- (علم
تجويد القرآن الكريم)
2- (المختصر
في علم التجويد)
3- (الأدب
المفرد – تحقيق)
4- (سلسلة
رسائل في العبادات: الصلاة / الصيام / الزكاة / الحج)
5- (فقه
الصيام على المذاهب الأربعة (بالاشتراك))
6- (فهرس
أبجدي عام لموسوعة الفقه الظاهري "المحلى لابن حزم" (بالاشتراك))
7- (مذكرة
الفقه الحنفي لطلاب السنة الأولى)
8- (مناسك
الحج على المذاهب الأربعة)
Beliau adalah
antara ulama Syria
yang terpaksa mendiamkan diri di bawah tekanan Rejim Asad, namun beliau terus
memberikan khidmatnya mengajar, berkhutbah, berdakwah, membantu dan membela
golongan yang susah. Beliau sangat benci dengan ulama yang suka membodek
pemerintah yang zalim.
رحمه الله
تعالى
No comments:
Post a Comment