
Seorang lagi ulama besar meninggal dunia malam tadi (9 Februari 2011). Beliau adalah al-'Allamah al-Mufassir Dr. Fadhl Hasan 'Abbas, merupakan ulama terulung dalam bidang 'Ulum al-Tafsir serta 'Ulum al-Lughah dan al-Balaghah.
Beliau meninggal dunia pada umur mencecah 81 tahun. Dilahirkan pada tahun 1932 di Palestin, menghafaz al-Qur'an ketika berumur 10 tahun dan matan-matan turath seperti al-Rahabiyyah dalam ilmu Fara'id, al-Ghayat wa al-Taqrib dalam Mazhab Syafi'i, Jauharat al-Tauhid dalam ilmu aqidah dan Alfiyah Ibn Malik.
Mendapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar dalam Kuliah Usuluddin pada tahun 1952. Mendapat darjah kedoktoran daripada al-Azhar pada tahun 1972 dengan tesis bertajuk "Ittijahat al-Tafsir fi Misr wa al-Syam".
Ketika di Jordan, penulis sempat dibawa oleh rakan al-Fadhil Us. Norazamuddin berijtima' dengan beliau ketika beliau menyampaikan talaqqi tafsir di rumahnya di Syimisani,
Semoga Allah SWT merahmati beliau dan menempatkannya di sisi para Anbiya', Syuhada' dan Solihin. Amiiin…
0 ulasan:
Post a Comment