Monday, February 7, 2011

Dr. Muhammad Rajb al-Bayyumi رحمه الله


Hari Ahad, 3 Rabi' al-Awwal 1432H, bersamaan 6 Februari 2011, dalam masa krisis rakyat Mesir menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan, telah kembali ke rahmatullah Syeikh Dr. Muhammad Rajb al-Bayyumi, seorang tokoh ulama al-Azhar yang tidak asing lagi dalam bidang kesusasteraan Arab dan pemikiran Islam. Beliau meninggal dunia dalam usia sekitar 90 tahun. Dilahirkan dalam bulan Oktober tahun 1923 di kampung el-Kafr el-Gadid, daerah el-Daqahliyyah, Mesir.

Antara karya terkenal yang ditulisnya ialah (النهضة الإسلامية في سير أعلامها المعاصرين) (download link: jld. 1, jld. 2) dalam 6 juzuk. Berikut adalah senarai buku-buku karangan beliau;

– من التأليف الخاص بالدراسات الأدبية والعلمية:

1 – البيان القرآني، أصدره مجمع البحوث الإسلامية بالأزهر.

2 – خطوات التفسير البياني، أصدره مجمع البحوث الإسلامية بالأزهر.

3 – البيان النبوي، أصدرته دار الوفاء للنشر.

4 – أدب السيرة النبوية عند الرواد المعاصرين، أصدرته اللجنة العليا للدفاع عن الإسلام بالأزهر.

5 – الأدب الأندلسي بين التأثر والتأثير، أصدره المجلس العلمي لجامعة الإمام محمد بن مسعود بالرياض.

6 – النقد الأدبي للشعر الجاهلي، أصدره المجلس العلمي لجامعة الإمام محمد بن سعود بالرياض.

7 – أحمد حسن الزيات بين البلاغة والنقد، أصدرته دار الأصالة، بالرياض.

8 – دراسات أدبية، أصدرته دار السعادة، بمصر.

9 – نظرات أدبية (4 أجزاء)، أصدرته دار زهران، بمصر.

10 – حديث القلم، أصدره النادي الأدبي، بجدة.

11 – قطرات المداد، أصدره النادي الأدبي، بجدة.

12 – التفسير القرآني، أصدرته المؤسسة العربية الحديثة.


– من الإبداع الأدبي:

1 – ديوان صدى الأيام (شعر) مطبعة السعادة.

2 – ديوان حنين الليالي (شعر) مطبعة السعادة.

3 – حصاد الدمع (شعر) دار الأصالة، بالرياض.

4 – من نبع القرآن (شعر) دار الأصالة، بالرياض.

5 – فاتنة الخورنق (قصة أدبية) دار الأصالة، بالرياض.

6 – مسرحية (انتصار).

7 – مسرحية (فوق الأبوة) (في كتاب واحد، مطبعة السعادة).

8 – ملك غسان (مسرحية شعرية) مكتب الجامعات للنشر.

9 – في قصور الأمويين (مشاهدة تاريخية) مطبعة السعادة.


- من الكتب التاريخية:

1 – الأزهر بين السياسة وحرية الفكر، دار الهلال.

2 – مواقف خالدة لعلماء الإسلام، دار الهلال.

3 – النهضة الإسلامية في سير أعلامها المعاصرين (5 أجزاء)، دار القلم في دمشق، والدار الشامية في بيروت.

4 – ابن حنبل، عن مجمع البحوث بالأزهر.

5 – مع الأبطال، دار القلم، بيروت.

6 – صفحات هادفة من التاريخ الإسلامي، المؤسسة العربية الحديثة.

7 – من القصص الإسلامي (جزءان)، المؤسسة العربية الحديثة.


– من سلسلة إسلاميات:

1 – في ميزان الإسلام (جزءان).

2 – من منطلق إسلامي (جزءان).

3 – مجالس العلم في حرم المسجد.

4 – المثل الإسلامية.

5 – في ظلال السيرة.

6 – من شرفات التاريخ.

7 – قضايا إسلامية (جزءان)، دار الوفاء، بالمنصورة.


– مجموعة قصص الأطفال، في أجزاء متوالية:

أصدرتها دار الأصالة، ودار القاسم بالرياض:

1 – المغامر الشجاع

2 – المهمة العالية

3 – مؤامرة فاشلة

4 – الفارس الوفي

5 – يوم المجد

6 – دجال القرية

7 – الحبل الأسود

8 – الفتاة المثالية

9 – إلى الأندلس

10 – رحلة الخير

11 – الله معي

12 – بطل شيبان

13 – إلى الإسلام

14 – لست وحدي

15 – حكمة الله

16 – الأصل الطيب... (وغيرها).


– مجلات أدبية وعلمية يكتب فيها من نصف قرن:

1 – الرسالة

2 – الثقافة

3 – الكتاب

4 – الهلال

5 - الأديب

6 – الفيصل

7 – الأزهر

8 – المجلة العربية

9 – الأقلام

10 – منار الإسلام

11 – الحج

12 – الضياء

13 – المنهل

14 – رابطة العالم الإسلامي

15 – علامات

16 – الأدب الإسلامي... وغيرها


رحمه الله تعالى رحمة واسعة ، وأسكنه فسيح جناته، وعوض الأمة عن مصابها بعلمائها خيرا .

Rujukan:


----------------------------------

* Sebuah entri blog Ustaz Muhammad Husni Ginting al-Langkati ketika menziarahi Dr. Ragab el-Bayyumi di akhir-akhir hayatnya pada bulan Mei 2010 yang lalu.

Berziarah ke Rumah Dr. Muhammad Rajab Bayumi



Al-Hamdulillah kali ini pertualangan kami melacak seorang ulama sasterawan yang ulung dan handal, memiliki sya`ir - sya`ir pujangga yang indah, beliau adalah Doktor Rajab Bayumi. Sebenarnya nama Doktor ini tidak asing lagi di telinga saya, tetapi tidak pernah bertemu dan bersua, setiap bulannya membeli majalah al-Azhar, saya melihat makalah tulisan Doktor Rajab di halaman pertama, makalah-makalah beliau banyak dimuat di majalah al-Azhar, tetapi sayang seorang ulama besar seperti beliau tidak ada yang ambil perhatian dengannya, banyak yang tidak kenal dengan beliau, betapa sayangnya jika kita tidak dapat mengambil manfaat dari beliau.

Beliau dilahirkan pada tahun 1923 M, di Propinsi Daqahlia, Mesir. Masa kecilnya telah dihabiskan dengan belajar ilmu agama sehingga masa remaja, beliau menduduki bangku sekolah di Madrasah al-Azhar dari mulai sekolah dasar ( sekolah rendah ) sampai jenjang 'aliyah, kemudian beliau melanjutkan studinya ke Kuliah Bahasa Arab. Di kuliah ini seolah-olah semua bakatnya yang terpendam timbul dan berkembang, kemampuannya dalam menguasai bahasa Arab, sya`ir, dan sastera dapat menyaingi kawan-kawannya, sebab itulah beliau mampu meraih gelar Doktor dengan Predikat Istimewa Tingkat Pertama. Kemudian beliau diangkat menjadi tenaga pendidik di Kuliah Bahasa Arab, setelah itu diangkat pula menjadi Dekan Kuliah Bahasa Arab.

Hidupnya penuh dengan berbagai macam kegiatan, berapa banyak penghargaan al-Azhar dan pemerintah Mesir yang beliau sandang, berapa banyak negara yang telah beliau kunjungi, kehebatannya di dalam sastera bahasa Arab tidak dapat diragukan, sebab itulah makalah yang beliau tulis selalu terdapat di majalah al-Azhar.

Beliau pernah berguru dengan Syeikh Zahid al-Kautsari, dan beliau juga sempat membaca sebahagian kitab kepadanya, di antara teman-teman beliau adalah Syeikh 'Abdul Fatah Abu Ghuddah.

Di antara pesanan beliau adalah membaca dan meneliti keindahan Qasidah Burdah karangan Imam al-Bushiri.

No comments: