Friday, March 18, 2011

Gempa Bumi Menurut Hadis-Hadis Nabi SAW


Banyaknya berlaku gempa bumi adalah antara tanda-tanda kiamat. Berikut adalah antara hadis-hadis Nabi SAW yang menyebut demikian.


Hadis Pertama:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " لا تقوم الساعة حتى تقتتل فئتان عظيمتان، تكون بينهما مقتلة عظيمة، دعوتهما واحدة،.. وتكثر الزلازل..". الحديث بطوله، رواه البخاري، ورواه مسلم أوله [صحيح البخاري: كتاب الفتن : باب خروج النار، وانظر فيه أيضاً كتاب الاستسقاء، باب ما قيل في الزلازل. وصحيح مسلم: كتاب الفتن :باب إذا تواجه المسلمان بسيفيهما رقم (17)].

Terjemahan:

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama (yakni dalam menegak keadilan, dan dikatakan telah terjadi perang tersebut antara Sayidina ‘Ali dan Mu’awiyah),… dan terjadi banyak gempa bumi…”.

(Sahih al-Bukhari dan Muslim)


Hadis Kedua:

عن سلمة بن نُفيل السكّوني رضي الله عنه قال: كنا جلوساً عند رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ قال قائل: يا رسول الله، هل أُتيت بطعام من السماء؟ الحديث بطوله، وفي آخره، فقال صلى الله عليه وسلم: "... وبين يدي الساعة موتان شديد، وبعده سنوات الزلازل". رواه أحمد والدارمي والطبراني والبزار وأبو يعلى، برجال ثقات، وصححه ابن حبان والحاكم وأقره الذهبي [مسند أحمد (4: 104) وسنن الدارمي (1: 32) والمعجم الكبير (7: 59) ومسند الشاميين (1: 396ـ 397) وكشف الأستار (3: 140) ومسند أبي يعلى (12: 270ـ 271) والمستدرك (4: 447) وصحيح ابن حبان (5: 180) ومجمع الزوائد (7: 306)].

Terjemahan:

Dari Salamah bin Nufail al-Sakkuni RA katanya: Kami pernah duduk bersama Rasulullah SAW, lalu seseorang bertanya: Ya Rasulullah, apakah tuan pernah diberi makanan dari langit?... di akhirnya sabda baginda:

“…Dan sebelum kiamat terjadi kematian yang dahsyat dan sesudahnya pula berlaku tahun-tahun gempa bumi”.

(Ahmad, al-Darimi, al-Tabarani, al-Bazzar, Abu Ya’la, Ibn Hibban dan al-Hakim. Hadis sahih)


Hadis Ketiga:

عن عبد الله بن حوالة رضي الله عنه قال: بعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حول المدينة على أقدامنا... الحديث، وفي آخره: ثم وضع يده على رأسي ـ أو على هامتي، ثم قال: "يا ابن حوالة إذا رأيت الخلافة قد نزلت الأرض المقدسة، فقد دنت الزلازل والبلايا والأمور العظام، والساعة يومئذ أقرب إلى الناس من يدي هذه من رأسك". رواه أحمد وأبو داود والبخاري والفسوي في تاريخيهما، والحاكم وصححه وأقره الذهبي [مسند أحمد (5: 288) وسنن أبي داود: كتاب الجهاد: باب في الرجل يغزو يلتمس الأجر والغنيمة، رقم (2535) والتاريخ الكبير (8: 436ـ 437) والمعرفة والتاريخ (1: 266ـ 267) والمستدرك (4: 425) ومسند الشاميين (3: 173ـ 174)].

Terjemahan:

Dari Abdullah ibn Hawalah RA katanya: Rasulullah SAW pernah mengutus kami kepada penduduk sekitar Madinah dengan berjalan kaki,.... di akhirnya kata beliau: Kemudian baginda meletak tangannya di kepalaku, kemudian bersabda:

“Ya Ibnu Hawalah, jika kamu melihat khilafah telah turun di Bumi Suci (yakni, Syam dan telah pun berlaku di zaman Mu’awiyah tahun 40H), maka sesungguhnya telah hampirlah gempa bumi, bala bencana dan perkara-perkara besar, dan kiamat pada hari itu lebih hampir kepada manusia berbanding hampirnya tanganku ini dari kepalamu”.

(Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim. Hadis sahih)


Gempa-Gempa Bumi Paling Dahsyat


Berikut adalah 30 gempa bumi yang paling dahsyat dalam sejarah dunia:


1. 1556: Shaanxi, China - Kekuatan 8.0 skala richter. Korban nyawa 830,000.


2. 1908: Messina, Itali - Kekuatan 7.5 skala richter. Korban nyawa 80,000.


3. 1920: Haiyuan, China - Kekuatan 7.8 skala richter. Korban jiwa 200,000.


4. 1923: Kanto, Yokohama, Jepun - Kekuatan 7.7 @ 8.3 skala richter. Membentuk tsunami setinggi 12 meter. Korban nyawa 143,000.


5. 1935: Quetta, India – Kekuatan 7.5 skala richter. Meragut 50,000 nyawa.


6. 1939: Erzincan, Turki – Kekuatan 7.9 skala richter. Menyebabkan 33,000 orang maut.


7. 1939: Chillan, Chile – Kekuatan 8.3 skala richter. Menyebabkan 28,000 maut.


8. 1948: Ashgabat, Turkmenistan - Kekuatan 7.7 skala richter. Korban jiwa 110,000.


9. 1960: Chile - Kekuatan 9.5 skala richter. Korban nyawa lebih dari 1,600.


10. 1960: Barat daya Maghribi – Kekuatan 5.7 skala richter. Menyebabkan kira-kira 12,000 maut.


11. 1970: Chimbote, Peru - Kekuatan 7.9 skala richter. Korban jiwa 70,000.


12. 1976: Tangshan, Cina - Kekuatan 7.8 skala richter. Korban jiwa 240,000, bahkan dijangka 700,000.


13. 1976: Guatemala – Kekuatan 7.5 skala richter. Menyebabkan 22,778 terbunuh.


14. 1978: Timur Laut Iran – Kekuatan 7.7 skala richter. Menyebabkan 25,000 maut.


15. 1985: Mexico Tengah – Kekuatan 8.1 skala richter. Meragut lebih 9,500 nyawa.


16. 1988: Barat Laut Armenia – Kekuatan 6.9 skala richter. Menyebabkan 25,000 maut.


17. 1990: Barat Laut Iran – Kekuatan 7.3 skala richter. Meragut 50,000 nyawa.


18. 1993: Latur, India - Kekuatan 6.0 skala richter. Korban jiwa lebih 1,000.


19. 1995: Kobe, Jepun – Kekuatan 7.2 skala richter. Meragut 6,000 nyawa.


20. 1998: Utara Afghanistan dan Tajikistan – Kekuatan 6.9 skala richter. Menyebabkan 5,000 orang terbunuh.


21. 1999: Taiwan – Kekuatan 7.6 skala richter. Menyebabkan 2,400 maut.


22. 1999: Turki – Kekuatan 7.4 skala richter. Meragut 17,000 nyawa.


23. 1999: Colombia – Kekuatan 6.0 skala richter. Meragut 1,171 nyawa.


24. 2001: India – Kekuatan 7.9 skala richter. Menyebabkan 2,500 maut, bahkan dijangka 13,000 orang.


25. 2003: Bam, Iran – Kekuatan 6.5 skala richter. Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.


26. 2004: Gempa dan Tsunami Lautan Hindi - Kekuatan 9.2 skala richter, setara 23,000 bom atom. Sebanyak 11 negara terlibat dan korban jiwa 227,898.


27. 2005: Kashmir - Kekuatan 7.6 skala richter. Korban nyawa 79,000.


28. 2006: Yogyakarta, Indonesia - Kekuatan 6.2 skala richter. Meragut lebih dari 6,500 nyawa.


29. 2008: Sichuan, China - Kekuatan 7.0 skala richter. Korban nyawa 87,000.


30. 2011: Sendai, Fukushima, Jepun - Kekuatan 8.9 skala richter. Membentuk tsunami setinggi 10 meter dan letupan loji nuklear. Korban nyawa dijangka puluhan ribu... (sedang dalam bancian)


Sumber:

- Tempo Interaktif

- Rakyat Merdeka

- Wikipedia


No comments: