Monday, June 2, 2014

Dr. Munir al-Ghadhban


Pada hari Ahad, 1-06-2014 bersamaan 3hb. Syaaban 1435H, Dr. Munir Muhammad al-Ghadhban, pemikir dan pendakwah Syria terkenal telah meninggal dunia di Makkah dalam lingkungan usia 72 tahun. Beliau merupakan bekas al-muraqib al-‘am Jemaah al-Ikhwan al-Muslimin Syria. Dilahirkan di at-Tal, Dimasyq pada tahun 1942.

Pendidikannya meliputi ijazah sarjana muda syariah daripada Universiti Dimasyq (1967), diploma am pendidikan daripada Universiti Dimasyq (1968), master bahasa Arab daripada Maahad al-Buhuth wad-Dirasat al-‘Arabiyyah, Kaherah, Mesir (1972) dan Ph.D bahasa Arab daripada Universiti al-Quran al-Karim, Sudan (1997).

Beliau telah menghasilkan sejumlah karya penting dalam bidang dakwah, sirah dan sejarah, antaranya:
1. (المنهج التربوي للسيرة النبوية) dalam 11 jilid.
2. (التربية الجهادية)
3. (التربية القيادية)
4. (التربية الجماعية)
5. (التربية السياسية)
6. (المنهج الإعلامي للسيرة النبوية (الشعر في عهد النبوة) )
7. (فقه السيرة النبوية)
8. (التراتيب الإدارية في نظام الحكومة النبوية للكتاني، تقريب وتهذيب)
9. (التربية السياسية للطفل المسلم)
10. (فقه التمكين في السيرة النبوية)
11. (أخلاقيات الحرب في السيرة النبوية)
12. (الأخوات المؤمنات)
13. (محمد صلى الله عليه وسلم (بالاشتراك مع آخرين)
14. (معاوية بن أبي سفيان)
15. (أبو ذر الغفاري)
16. (المسيرة الإسلامية للتاريخ)
17. (عمرو بن العاص ( الأمير المجاهد))
18. (هند بنت عتبة)
19. (المسيرة الإسلامية لجيل الخلافة الراشدة)
20. (عهد الصديق)
21. (تحرير العراق والشام والجزيرة)
22. (جولات نقدية في كتاب الخلافات السياسية بين الصحابة)
23. (الحركات القومية في ميزان الإسلام)
24. (سورية في قرن)
25. (سيد قطب ضد العنف)
26. (إليك أيها الفتى المسلم)
27. (إليك أيتها الفتاة المسلمة)
28. (أفكاري التي أحيا من أجلها)
29. (التحالف السياسي في الإسلام)
30. (نحن والغرب على ضوء السنن الربانية (العراق وأمريكا نموذجًا)
31. (من معين التربية الإسلامية)
32. (طرق تدريس المواد الدينية (للصف الثاني بدار المعلمات)(بالاشتراك مع آخرين))
33. (طرق تدريس المواد الدينية واللغة العربية (للصف الثالث بدار المعلمات) (بالاشتراك مع آخرين)
34. (الحقوق المائة للمرأة المسلمة)
35. (الحوار: فكرا وثقافة)
36. (المغيرة بن شعبة (الوالي المجاهد))
37. (قضايا إسلامية معاصرة)
38. (شباب في العهد النبوي)
39. (شباب في العهد الراشدي)
40. (التل في ذاكرتي وفي قلبي ( الوجه الإسلامي))
41. (الاتجاه الإسلامي عند الرصافي)
42. (المسلسلات التاريخية السورية (نماذج) دراسة)
43. (مدخل إلى السيرة المنهجية)
44. (المنهج السياسي في السيرة النبوية)
45. (في ظلال الظلال)
46. (السيرة النبوية عند السحار عرض ورأي)
47. (كتاب الأربعين في سيرة سيد المرسلين )

Beliau pernah meraih Anugerah Sultan Brunei dalam bidang as-Sirah an-Nabawiyyah pada tahun 2000. Perjuangannya dalam medan dakwah berterusan sehinggalah hembusan nafasnya yang terakhir.

رحمه الله تعالى
Rujukan: ikhwanonline.


2 comments:

Farid ahmad ibrahim said...

assalamualaikum ustaz.sy nk minta ustaz klu blh tolong buatkan post tentang syeikh ali as sobuni sbb tadi saya ada baca dlm fb seorang yg bergelar habib ag$$ ben y$$% as $$$
beitu keras menghantam syeikh ali.antara kecemannya klu tk slh sy
ialah bodo dan penolong dajjal.blh ustaz terangkan siapa syeikh ali sobuni yg sebenarnya..wassala,

Farid ahmad ibrahim said...

wassalam