Telah pergi seorang ulama besar dan syeikh mursyid Tariqat ar-Rabbaniyyah al-Mujaddidiyyah al-Islamiyyah al-'Alamiyyah, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin
Muhammad Soleh Al-Farfour, inna lillahi wainna ilayhi raji'un.
Dimaklumkan telah kembali ke rahmatullah jam 5.25 petang semalam (11 Jun
2014) di Melaka. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para
anbiya', awliya' dan para solihin.
اللهم اغفر لهم وارحمهم , وعافهم واعف عنهم , وأكرم نزلهم
ووسع مدخلهم , واغسلهم بالماء والثلج والبرد ونقهم من الذنوب والخطايا كما ينقى
الثوب الأبيض من الدنس.
Biografi Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif bin
Muhammad Soleh Al-Furfour
Oleh: Ustaz Muhammad Kamal Sulaiman
Al-Fadhil Al-‘Alim Al-‘Arif billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru Syeikh
Prof. Dr. Muhammad ‘Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Furfour Al-Hasaniyy
Al-Dimasyqiyy
Tuan guru dilahirkan pada tahun
1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan
penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga
yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak
ratusan tahun.
Tuan guru menerima didikan ilmu
agama secara talaqqi daripada ulamak-ulamak tempatan yang mulia-mulia. Ulamak
yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya
sendiri, iaitu Sohibus Samahah Murabbi Agung al-‘Allaamah Syeikh Muhammad Soleh
Al-Furfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim feqah),
usuliyy (alim ilmu usul feqah), mutakallim (alim ilmu tauhid) dan nazzor (alim
ilmu munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya – . Hasilnya, tuan guru
mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya
itu. Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia bapanya, Ijazah
daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘Allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri
‘Abidiin, Ijazah daripada Sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan
Ulamak al-Marhum as-Syed asy-Syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, – moga
Allah merahmatinya –, dan Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh
‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy – moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas
mereka dan selain mereka.
Mendapat pengajian awal di
sekolah rasmi dengan cemerlang sehingga berjaya menyambung ke peringkat
universiti dan menamatkan pengajian dalam bidang syari’ah melalui penulisan
tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria , Damsyik. Seterusnya, tuan
guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar yang ulung, dan
berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana
(MA) Feqah Perbandingan dengan Undang-undang (1972M) melalui satu tesis kajian
ilmiah yang dibentang dan dibahasnya dibawah tajuk “Teori Istihsan dalam
Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah” dengan keputusan
Kepujian Kelas Pertama.
Pada tahun 1978M, tuan guru telah
membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk “Ibn ‘Aabidiin dan
Kesannya Terhadap Feqah Islami – Satu Kajian Perbandingan dengan
Undang-undang”. Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh
barisan panel yang diketuai oleh al-‘Allaamah Agung, al-Marhum Syeikh Profesor
Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq – moga Allah merahmatinya –. Panel itu
dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya
merupakan ulamak agung Syari’ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang.
Senat Universiti pada 26hb. Julai 1978 telah menanugerahkan Ijazah Doktor
Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar
dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universiti untuk
dijadikan tesis tukaran di antara universiti-universiti dunia) oleh Fakulti
Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.
Tuan guru sentiasa mengajar dalam
kelas-kelas ilmu dan kelas-kelas umum, dan menyampaikan kuliah ilmu tentang
syari’ah, Bahasa Arab dan Usuluddin. Tuan guru telah mengasaskan satu
pergerakan ilmu yang telah melahirkan barisan pekerja yang terpilih dan
membuahkan hasil yang cukup baik. Tuan guru mempunyai kelas-kelas ilmu untuk
orang awam di beberapa buah masjid, antaranya Masjid Jami’ Al-Saadaat Aqsob,
Damsyik dan Masjid Jami’ Al-Darwisyiyyah, Damsyik .
Kegiatan tuan guru amat banyak,
antaranya ialah:-
1. Gerakan ilmu seperti
pengasasan Mujamma‘, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami.
2. Majma‘ Ilmiyy ‘Aali telah
diwujudkan di bawah Mujamma‘ ini pada tahun 1410H / 1990M, di mana sekitar 80
orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota
majlis tertingginya.
3. Pembentukan sebuah akademi ilmu
peringkat pengkhususan dengan nama “Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam”
telah dilahirkan di bawah Mujamma‘ ini.
4. Maahad al-Quran dan Pusat
Qiraat dengan nama “Pusat Qiraat Al-Quran Al-‘Allaamah Syeikh Muhammad Soleh
Al-Farfour Al-Hasaniyy”.
5. Akademi Peradaban Pengajian
Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau
Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran
(Ph.D).
6. Menulis tesis dan artikel
dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah
diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:-
Majalah Majma‘ Al-Lughah Al-‘Arabi,
Damsyik.
Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-‘Arabiyyah, Saudi Arabia.
Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria.
Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan).
Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria.
Majalah Tisyriin (Mingguan).
Majalah Tisyriin Timur Tengah.
7. Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan
Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-
Persidangan Penubuhan Akademi Feqah Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah
pada bulan Jun, 1983M. Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas
daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua
kementerian negara menghadiri persidangan ini.
Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah). Tuan guru merupakan salah seorang
anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil
Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya
sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi.
Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang
dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri.
Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke
Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria.
Tuan guru juga – atas jemputan rasmi – telah melawat negara Mesir, Jordan,
Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan,
Marocco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti
mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai,
dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab.
Tuan guru juga – beberapa kali – telah menghadiri beberapa siri persidangan
ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara
lain, antaranya negara Malaysia.
Memandangkan ketinggian Sanad dan Ijazah Ilmu yang ada pada tuan guru yang
telah diijazahkan oleh guru-guru agungnya, ramai alim-ulamak agung sezaman
dengannya telah memohon agar diturunkan Sanad dan Ijazah tersebut kepada
mereka. Justeru, tuan guru telah menurunkan Ijazah Ilmiah, yang telah dibukukan
oleh beliau dan diberi nama : (بغَيةُ المستجيز
في الثبت العلمي الوجيز)
kepada mereka, antaranya:-
1. Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy / Mufti Kesultanan Oman.
2. Syeikh Muhammad Saalem bin
Abdul Waduud / Mantan Menteri dan Presiden Majlis Ulamak Besar di Mauritania.
3. Syeikh Profesor Dr. Bakar bin
Abdulullah Abu Zaid / Presiden Akademi Feqah Islam Antarabangsa di Jeddah dan
Timbalan Menteri Kehakiman Saudi.
4. Syeikh Syed Yusof Syed Hasyim
Ar-Rifa‘ie / Mantan Menteri, bekas Ahli Dewan Rakyat Negara Kuwait dan
Dekan Ma’ahad Syariah di Kuwait.
5. Syeikh Profesor Dr. Muhammad
Al-Habib bin Al-Khaujah / Ketua Setiausaha Akademi Feqah Islami Antarabangsa di
Jeddah.
6. Profesor Dr. ‘Abdul Karim Al-Yaafi.
7. Syeikh Profesor Dr. Muhammad Sa‘id Ramadhan Al-Bouti.
8. Syeikh Muhammad Adib Al-Kallas.
9. Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih / Syeikh Qiraat di Syam.
10. Syeikh Ahmad Al-Qasimi – rahimahullah.
11. Syeikh Profesor Dr. Muhammad Al-Amiin As-Samaa‘iilie / Profesor di
Universiti Rabat.
12. Prof. Dr. Hassan Muhammad Safar / Pensyarah Pengajian Sarjana di
Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah.
13. Al-Muqri’ Al-Jami‘ Al-Mutqin, Syeikh Muhammad Sukkar Ad-Dimasyqi.
14. Syeikh Prof. Dr. Musa‘id bin Sulaiman Al-Hamid Al-Madani / Ulamak besar
Madinah Al-Munawwarah.
15. Syeikh Prof. Dr. Muhammad bin Jum‘ah As-Salim / Timbalan Menteri 1 Hal
Ehwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriah Arab.
16. Syeikh Ahmad Al-Musi, seorang ulamak Aleppo.
17. Syeikh Dr. Muhammad Suleiman Faraj Arab Mesir.
18. Prof. Dr. Wasim Muhammad ‘Ali (Aliyyif) / Dekan Fakulti Syariah
Universiti Baku.
19. Syeikh ‘Abdul Hamid
bin Bakil / Kadi Besar Brunei.
20. Syeikh Muhammad Wa‘idt Zaadah Al-Khurasani / Setiausaha Agung Akedemi
Islam Merapatkan Jurang di antara Mazhab, Tehran.
21. Al-Muqri’ Al-Jami‘ Al-Mutqin, Syeikh Khalil Al-Hiba Ad-Dimasyqiy /
Syeikh Qiraat Damsyik.
22. Syeikh Prof. Dr. Mahmud ‘Ukkam Al-Halabi (dilahirkan dan membesar di
Aleppo) / Presiden Ensiklopedia Islam Mudah, dan Pensyarah di Universiti
Aleppo.
23. Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr / Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan
Universiti Paris.
24. Syeikh Jalul Buzaidi / Khatib Masjid Paris.
25. Ulamak agung dan juga seorang peguam, Dr. Muhammad Al-Qaisiy.
26. Syeikh Muhammad Ali Al-Kattani Al-Idrisiyy.
27. Mursyid Syeikh Muhammad Sa‘id Al-Kuhail Al-Humsi (dilahirkan dan
membesar di Hums).
28. Syed Syeikh Dr. Muhammad ‘Abdul Sattar Syed / Penolong Menteri Wakaf
Syria.
29. Syed Prof. Dr. ‘Abdul Qadir Al-Kattani Al-Idriisi.
30. Dr. ‘Abdul Kaafi Al-Mur‘ib Al-Humsi (dilahirkan dan membesar di Hums).
31. Syeikh Dr. Ihsan bin Taufiq Ba darani / seorang guru Damsyik dan khatib
Masjid Al-Marabit.
32. Ahli sejarah dan sasterawan, Prof. Akram Hasan Al-Alabi Ad-Dimasyqi
(dilahirkan dan membesar di Damsyik).
33. Prof. Dr. Syauqi Abu Khalil Ad-Dimasyqi (dilahirkan dan membesar di
Damsyik).
34. Prof. Dr. Hassan At-Tayyan Ad-Dimasyqi (dilahirkan dan membesar di
Damsyik), seorang alim sasterawan dan pakar bahasa.
35. Prof. Syeikh Muhammad Adnan Al-Majd Ad-Dimasyqi (dilahirkan dan
membesar di Damsyik).
36. Prof. Dr. Badi‘ Syed Al-Lahham.
37. Syeikh Dr. Muhammad Muti‘ Al-Hafiz yang dikenali dengan Dabs wazet (دبس وزيت
).
38. Syeikh Ahmad Ramadhan.
39. Prof. Dr. Hafiz Abdullah.
40. Syeikh Dr. ‘Abdul Karim Al-Kayyal.
41. Syeikh Dr. Husamuddin Al-Farfour.
42. Syeikh Dr. Ahmad Syihabuddin Al-Farfour.
43. Syeikh ‘Abdul Majid Asy-Syarif / imam Masjid Baris.
44. Syeikh Hassan ‘Abdul Fattah At-Tohhan / guru Damsyik.
Tuan guru juga banyak mengarang dan menulis kitab / buku, antaranya:
1. (ابن
عابدين وأثره في الفقه الإسلامي ) “Ibn ‘Abidin dan kesannya terhadap Feqah
Islam : Satu kajian perbandingan dengan undang-undang.”
2. ( الوجيز
في أصول استباط الأحكام في الشريعة الإسلامية ) “Ringkasan tentang
usul istinbat hukum dalam syariat Islam.”
3. (نظرية
الاستحسان في التشريع الإسلامي وصلته بالمصالح المرسلة ) “Teori Istihsan
dalam perundangan Islam, dan hubung-kaitnya dengan Masolih Mursalah.”
4. (معايير
الفكر) “(Mekanisme pemikiran) dalam ilmu mantik.”
5. (مشاعل
عن الطريق ) “Rintangan api sepanjang jalan.”
6. (خصائص
الفكرالإسلامي ) “Ciri-ciri pemikiran Islami.”
7. (حقائق
عن الفكر الإسلامي ) “Fakta-fakta tentang pemikiran Islami.”
8. ( الزاد
من أصول الفقه الإسلامي ) “Bekalan daripada Usul Feqah Islam.”
9. (مصادر
الفقه الإسلامي ) “Sumber-sumber Feqah Islam.”
10. (تاريخ
الفقه الإسلامي ) “Sejarah Feqah Islami.”
11. (أبحاث
في الاقتصاد المعاصر ) “Penyelidikan berkaitan ekonomi moden.”
12. (نقد
الفكر المادي الجدلي وقضايا معاصرة ) “Kritik pemikiran materialis dialektik
dan Isu-isu komtemporari.”
13. ( الزنابق ديوان شعر) “(Az-Zanabiq) Koleksi syair.”
14. (المدخل
إلى الفقه الجنائي ) “Pintu masuk ke dalam Feqah Jenayah
Semasa.”
15. (الوسطية
في الإسلام ) “Kesederhanaan dalam Islam.”
16. (المدخل
إلى الفقه الحضاري في الإسلام) “Pengetahuan tentang feqah hadhori dalam
Islam”
17. (المدرسة
الربانية ورجالها الربانيىن في الإسلام ) “Madrasah Rabbaniyyah, dan
pejuang-pejuangnya dalam Islam.”
Dan karangan beliau yang lain-lain masih sangat banyak.
Rujuk juga:
-
http://www.pmkt.com.my/v2/index.php/komuniti-pmkt/anggota-penasihat/2-uncategorised/92-profail-penuh
No comments:
Post a Comment