Monday, October 19, 2009

Cerita Sebenar Isu Tantawi


Seringkali kita dengar kata-kata yang merendahkan dan melemahkan kedudukan ulama dengan sebab bekerja dengan kerajaan. Mentajrihkan ulama dengan sebab bekerja dengan kerajaan bukanlah termasuk sebab-sebab pentajrihan yang disepakati oleh ahli ilmu, bahkan ditolak dalam bab ilmiah. Jika tidak, amat ramai ulama-ulama dan sarjana-sarjana besar yang layak untuk ditajrihkan dan tidak boleh diterima ilmu daripada mereka. Sudah tentu ini bukanlah satu pertimbangan dan ukuran yang dianggap sebagai ilmiah. (Mungkin jika ada masa saya akan bahaskan masalah ini)


Dalam isu niqab/purdah yang 'ditimbulkan' oleh Syeikhul Azhar Muhammad Sayyid Tantawi, setengah orang yang kurang usul periksa mengenai isu sebenar yang berlaku mengecam beliau dengan berbagai tohmahan terutama gelaran sebagai 'ulama kerajaan'. Bagi mengetahui duduk sebenar perkara yang terjadi saya nukilkan di bawah kronologi peristiwa yang saya petik sepenuhnya daripada blog Ustaz Hairul Nizam Mat Husain.


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali. Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah). Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.

**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Ala' ( آلاء ) memakai purdah. Ala' berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Ala' pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Ala' dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif.
• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.
• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan. Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:
1. Surat Khabar al-Liwa’ al-Islami, bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1.
2. Majalah al-Musowwar, bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.

7 comments:

Anonymous said...

"Ala' pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.
3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Ala' dengan nada suara yang kasar."
he he point ni mcm marah je syeikh tu.
analogi : u.heri nampak sorang budak rambut serabai g majlis yang ada mb. dia mintak budak tu sikat rambut la biar segak sket tapi budak buat tak tau je. apalagi esok KUIS kasi arahan semua budak laki kena pakai songkok masa dalam majlis. boleh tak?

Anonymous said...

Isu yang sebenar ialah soal kefahaman agama. Kalau dalam sekolah yang semuanya perempuan (maahad lil-banat), gurunya pun perempuan, maka tak perlu untuk mengenakan purdah/niqab.

Anonymous said...

"Isu yang sebenar ialah soal kefahaman agama."
eh takkan la isu sekecil ni sampai kena azhar buat qarar. bagi pemahaman kat lect, pastu mintak lec pahamkan budak2. buka susah. sampai buat qarar kan seolah2 menampakkan ada isu lebih besar disebaliknye

Anonymous said...

Nampaknya ada yang jadi mangsa media. Memang selalu macam tu. Kalau tak ada media, mungkin aman sikit dunia.

Anonymous said...

Peristiwa tu berlaku di maahad, sekolah menengah.. bukan universiti. yang mengajar cikgu bukan lecturer. Kalau pernah jumpa cikgu di Mesir jangan pulak sangka sama tarafnya dengan ulama di universiti. Jauh sangat levelnya.. Biasalah dalam isu mcm ni, yang melibatkan ulama besar, takkan nanti kalau ada isu pasal solat, puasa, khatan, kahwin etc...kita kata, alah bukan susah nak ajar sampai kena buat qarar. Ini mesti ada something... mesti ada something... (?????) padahal mereka hanya menangani isu yang diputarbelitkan media dan memperbaharui pendirian.

Kesemua ulama dunia sekarang telah berpuashati dengan pendirian dan penjelasan Tantawi. Anda bagaimana?..

Anonymous said...

Persoalannya.... siapa disebalik media dan apa matlamatnya.... banyak media di seluruh dunia dipunyai golongan tertentu yang keikhlasannya ???

MADU said...

salam...harap sahabat2 semua khasnya yang memahami arab dapat mendengar penjelasan isu niqab ini dalam blog ust abu anas,,,,semoga mendapat manfaat;

http://yeopmadiny.blogspot.com/2010/01/menjawab-kepeningan-sayyid-tontowi.html