Pages

Wednesday, March 10, 2010

Belasungkawa: Syeikh Tantawi


Hari ini, Rabu 10hb. Mac 2010, telah kembali ke rahmatullah Syeikhul Azhar Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Tantawi dalam usia 81 tahun disebabkan oleh serangan jantung. Beliau meninggal dunia di Riyadh, Saudi ketika lawatannya menyertai Majlis Penyampaian Anugerah al-Malik Faisal Antarabangsa bagi bidang perkembangan Bahasa Arab.


Beliau adalah anak kelahiran Wilayah Suhag, Sa'id, Mesir pada tahun 1928. Memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan keputusan mumtaz. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin, al-Azhar, pensyarah di Libya selama 4 tahun, Dekan Fakulti Pengajian Islam Tinggi di Universiti Islam al-Madinah al-Munawwarah dan sebagai mufti Negara Mesir pada tahun 1986. Beliau kemudian memegang jawatan Syeikhul Azhar semenjak tahun 1996.


Meskipun beberapa pandangan beliau banyak mengundang kontroversi, namun sumbangannya terhadap Islam, dakwah, pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak sewajarnya dipandang remeh. Beliau telah meninggalkan beberapa karangan ilmiah, antaranya:

1. Banu Isra'il fi al-Quran wa al-Sunnah, 1969.
2. al-Tafsir al-Wasit, 1972.
3. al-Qissah fi al-Quran, 1990
4. Mu'amalat al-Bunuk wa Ahkamuha al-Syar'iyyah, 1991.

رحمه الله تعالى رحمة واسعة


* Siapa agaknya pengganti beliau sebagai Syeikhul Azhar nanti..? Kita tunggu dan lihat.


ٌRujukan:

2 comments:

Anonymous said...

kerajaan wahabi saudi menghargai jasa al marhum dan mengebuminya di perkuburan baqi' madinah sesuatu yang tidak diberi hatta syeikh2 saudi seperti uthaimin dab bin baz yang bersemadi di perkuburan biasa di pinggir mekah.. dulu perkara sama dilakukan wahabi kepada jenazah al marhum muhammad al ghazali ..

Anonymous said...

* mengikut peraturan imarah madinah, perkuburan baqi' hanya untuk mereka yang meninggal dalam 100km dalam area madinah.