Saturday, May 14, 2011

Adios FT...


Syukur, alhamdulillah.. Sekian lama saya memantau blog Faisal Tehrani (FT), akhirnya beliau menulis penutup entri terakhirnya begini:

Entri ini akan menjadi entri terakhir blog ini. Saya secara rasmi meninggalkan dunia blog. Terima kasih kerana mengunjungi laman kecil ini selama ini.”

Bukan dunia blog sahaja, mudah-mudahan beliau meninggalkan terus dunia internet jika masih dengan doktrin lamanya. Tetapi tetap dialu-alukan jika ia sudah meninggalkannya nanti.

FT adalah nama yang bukan kecil di Malaysia. Kebanyakan khalayak mengenalinya. Malah ada orang yang ketagih dengan blog beliau. Followersnya pula lebih 4000 orang. Satu bilangan yang bukan sedikit bagi seorang blogger. Boleh dikira sebagai top blogs di Malaysia ni dalam kategori sains sosial...

Dalam banyak entri-entrinya, FT selalu mengambil peluang menonjolkan kelebihan Iran dan mempromosikan mazhab Syiahnya. Semua yang ditonjolkan baik-baik belaka, termasuklah soal kezuhudan Presiden Ahmedinijad. Tulisannya agak mudah mempengaruhi orang yang tidak mempunyai background pengetahuan agama yang kukuh. Mereka akan menyangka penganut Syiah adalah sama seperti penganut-penganut mazhab-mazhab yang lain, tidak lebih dari itu.

Perkara ini mampu mendorong orang lain terpengaruh dengan doktrin Syiah. Paling tidak pun menerima dan menganggap Syiah sebagai satu mazhab yang sah dan betul di sisi Islam. Ini amat bahaya kerana beliau mampu menarik orang kepada satu mazhab yang penuh dengan misteri.

Kenapa tidak misteri? Kita dakwa mereka mengkafirkan ramai para sahabat Nabi s.a.w., mereka nafikan. Kita dakwa mereka melaknat dan menghukum Sayiduna Abu Bakar r.a. dan Sayiduna Umar r.a. sebagai fasiq/murtad, mereka nafikan. Kita dakwa mereka menyeksa diri dalam ritual agama tertentu, mereka nafikan. Kita dakwa mereka menyelewengkan al-Quran dan mentafsirkannya secara batini, mereka nafikan. Kita dakwa mereka..., mereka tetap nafikan. Sedang dalam masa yang sama banyak bukti dan hujah yang menunjuk kepada kebenaran dakwaan-dakwaan tersebut.

Anda boleh merujuk sendiri dalam laman-lama web Syiah yang jumlahnya sudah beratus-ratus dalam pelbagai bahasa dan tidak lagi menjadi suatu rahsia.

Banyak bukti tentang kesesatan Khomeini melalui tulisan-tulisannya sendiri, malah kekufurannya, namun mereka tetap mengagungkannya dan menggantung gambarnya di mana-mana.

Saya mencabar penganut Syiah untuk menunjukkan satu tempat di mana ada ulama Syiah yang menulis di awal mukadimah tulisannya semasa berselawat ke atas Nabi s.a.w., ia berselawat ke atas para sahabat Nabi s.a.w. sekali, bukan berhenti setakat al (ahli keluarga) sahaja.

Jika ianya tidak haram di sisi mereka, maka buktikanlah walau satu tempat sahaja... Tetapi hakikat sebenarnya, saya belum pernah melihat seorangpun ulama Syiah yang berselawat ke atas para sahabat Nabi s.a.w. Hingga lama-kelamaan saya menjadikannya sebagai kayu ukur yang paling mudah untuk menentukan sama ada ulama Syiah tersebut Syiah pure yang melampau ataupun bukan.

Dalam soal pengharaman Syiah, FT banyak mengeksploitasi keadaan. Pihak berkuasa agama mewartakan Syiah sebagai sesat sahaja, tetapi FT bertindak memanipulasikan kenyataan untuk menarik hati para pengikutnya bahawa pihak berkuasa seolah-olah mewartakan Syiah sebagai KAFIR! Banyak komen-komen yang menyokongnya. Nampaknya, banyak pengikut Syiah tidak dapat membezakan antara sesat dan kafir.

Kafir adalah suatu istilah yang sangat berat. Para ulama Ahlus Sunnah secara umum tidak mengkafirkan penganut-penganut mazhab yang sesat seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah dan lain-lain. Kecuali jika jelas bukti-buktinya dalam perkara-perkara pokok agama. Sesat dan kafir adalah dua istilah berbeza. Menghukum sesat bererti mereka masih lagi muslim,... masih Islam, cuma tersesat dari jalan yang benar. Menghukum kafir pula bererti menghukum mereka terkeluar dari agama Islam.

Sebab itu, semasa Persidangan Islam Antarabangsa di ibu negara Jordan, Amman pada bulan Julai 2005 yang dianjurkan Raja Jordan, Raja Abdullah II yang melibatkan 200 orang tokoh, antaranya ulama terkemuka daripada 50 buah negara, mereka sebulat suara mengeluarkan keputusan pada tiga isu dasar yang akhirnya dikenali sebagai Three Points of Amman Message. Antara persetujuan sebulat suara para ulama terkemuka dalam persidangan tersebut ialah:

Sesiapa sahaja yang menganuti SATU daripada empat mazhab sunni (Syafi’i, Maliki, Hanafi, Hanbali), dua mazhab Syi’ah (Ja’fari dan Zaidi), mazhab Ibadhi dan mazhab Zahiri, adalah MUSLIM.

Maksud sebenarnya, mereka masih muslim dari segi penyaksian terhadap keesaan Allah s.w.t. dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., walaupun sebahagiannya dianggap sesat oleh para ulama Ahlus Sunnah. Tetapi ada pula penganut Syiah buat kenyataan yang menyindir katanya: "Syi’ah bukan ajaran sesat kecuali di Malaysia”... ??!

Mereka mempersendakan pihak berkuasa JAKIM menyenaraikan Syiah antara 10 ajaran sesat masih aktif di Malaysia. Mereka menyangka Syiah dihukum sebagai mazhab kafir, maka kalau begitu layanlah seperti orang kafir musyrik di Malaysia ini. Jangan ditindas?!

Tidak dinafikan, penganut Syiah secara umum adalah muslim, tetapi sesat menurut ulama Ahlus Sunnah, kecuali mereka yang jelas kekufurannya. Walaupun kononnya mereka memegang Fiqh Ja’fari, namun disiplin ilmu dalam mazhab Syiah adalah suatu misteri. Mereka yang mengambil fiqh tersebut dari Imam Ja’far r.a. dari kalangan Syiah banyak diselubungi misteri dan ramai yang dihukum majhul (tidak dikenali), bukan sahaja oleh ulama Ahlus Sunnah, malah ulama Syiah sendiri. Ringkasnya, Fiqh Ja’fari yang dipegang oleh mereka itu tidak jelas sanadnya dan juga kebolehpercayaannya. Ini sangat berbeza dengan disiplin ilmu dalam mazhab Ahlus Sunnah yang mementingkan sanad dan keautentikan fakta.

Jika Ahlus Sunnah berbangga dengan al-Kutub al-Sittah (kitab imam yang enam, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah) sebagai contoh, tetapi itu bukan sebagai rujukan hadis mulia di sisi ulama Syiah, kecuali sekadar untuk memanipulasikan hujah. Mereka berbangga dengan al-Kutub al-Arba’ah (kitab Syiah yang empat, al-Istibsar, al-Tahzib, Man La Yahduruhu al-Faqih dan al-Kafi), sedang kitab-kitab ini langsung tidak dikenali oleh ulama Ahlus Sunnah sebagai rujukan hadis yang muktamad kerana kebatilannya yang begitu banyak.

Saya bersyukur FT meninggalkan dunia blog kerana pengaruh dan kesan bidaah yang disebabkan olehnya dapat dikurangkan. Agak bimbang juga saya bila ada yang mengatakan bahawa penganut Syiah di Malaysia ini ada sekitar 40,000 orang. Satu jumlah yang bukan sedikit. Jika ramai antara mereka yang mampu mempengaruh orang seperti FT, tentunya pihak berkuasa agama perlu bekerja lebih.

Buat akhirnya, dikongsikan di bawah gambar-gambar sebahagian penganut Syiah Iran memuja dan memakmurkan makam (barangkali memorial, bukan kubur sebenar) pembunuh Sayiduna 'Umar bin al-Khattab r.a. iaitu Abu Lu'lu'...





2 comments:

ManaratulHuda said...

terima kasih kerana memberi penjelasan yg betul tentang bahaya aliran syiah..

Ena said...

Ow...begitu... ^_^