Thursday, December 8, 2011

Iklan Buku Baru...


Alhamdulillah... buku "Tokoh-tokoh Ulama Selangor" ini akhirnya berjaya diterbitkan di bawah penyelenggaraan Ustazah Ayu Nor Azilah.

Harganya dalam RM20.00 dengan ketebalan 320 halaman. Turut diselitkan dengan sedikit foto-foto klasik para ulama yang diketengahkan di dalamnya.

Buku ini adalah susulan daripada Seminar Tokoh-tokoh Ulama Selangor tahun 2008. Bagaimanapun, ada 10 tokoh yang terdapat dalam prosiding seminar tersebut tidak dapat dimuatkan dalam buku yang terbaru ini kerana sebab-sebab tertentu. Namun, 10 tokoh tersebut telah digantikan dengan 10 tokoh yang lain, dan 6 daripadanya adalah sumbangan Unit Penyelidikan Yayasan al-Jenderami.

Maka bagi para peminat dan pengkaji, supaya lengkap-melengkapi, perlu memiliki kedua-dua sekali prosiding dan buku di atas. (Prosiding sudah tidak lagi dicetak)

Jumlah kesemua artikel dalam buku ini ialah 19 buah artikel. Buku ini dapat dianggap sebagai buku pertama yang merekodkan sejarah ulama-ulama di negeri Selangor. Bagaimanapun, masih ramai yang belum tersenarai di dalamnya, terutama yang telah kembali ke rahmatullah. Barangkali nanti akan disusuli dengan jilid kedua... insya Allah.


2 comments:

al-fagir abu zahrah said...

Assalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Ustaz, boleh terangkan b'mana untuk al-faqir membeli buku ini?

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Nanti saya tanyakan kepada Ustazah Ayu apakah telah diedarkan di toko-toko buku..

Atau boleh datang ke KUIS. Atau berikan alamat tuan untuk diposkan dengan harga termasuk kos penghantaran. Boleh emel alamat ke: mohdkhafidz@kuis.edu.my

Saya akan membantu.. insya' Allah