Pages

Monday, June 23, 2014

DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK رحمه الله



Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi.

Pada masa ini, jenazah bekas Exco Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS.

Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kereta yang dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Yahaya Ali berkata, kereta dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang berhenti di tepi jalan di LPT berhampiran Bukit Besi menuju Ajil. Sebaik sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi Hasan dibawa keluar, kereta yang dinaikinya itu terbakar.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.


Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan selepas solat Asar hari ini. – 23 Jun, 2014.
------------------------------

Biodata DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK

Merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan.

Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).

Pengalaman Kerja

1977 – 1981   : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu

1982 – 1986   : Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu

1997 – 1999   : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
                         Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)

1999 – 2004   : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu

2000 – 2004   : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu

2004 – Kini     : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)

2008 – Kini     : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
                         Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan

Politik

1981              : Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)

1984 – 1986  : Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting

1989 – 1999  : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13

1999 – 2011  : Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

2000 – Kini    : Ahli Jawatankuas PAS Pusat

2000 – 2007  : Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat

2007 – Kini    : Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat

2008 – Kini    : Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Kegiatan Pelajar & Belia

1968 – 1970  : Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu

1975 – 1977  : Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM

1976 – 1977  : Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM

1977 – 1981 : Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.         


Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan

1979              : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM

1983              : Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu

1987              : Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu

1989 – 1999  : Pengerusi PASTI Malaysia

2006 – 2008  : Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia

2009 – Kini : Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)

2013              : Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)


Kegiatan Antarabangsa

1989               : Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan

1989 & 1993  : Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2

1994 - 1996    : Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki

1997 & 1998  : Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.

2003               : Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan

2005 – 2013   : Presiden AFMY

2007               : Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)


Penulisan Buku

1987               : Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd

1998               : Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd

1999               : Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan

2007               : Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.

2011               : PAS 60 Tahun – Pustaka Damai, MTT.

2013            : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb  – Pustaka Damai, MTT


Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh

2002              : Setia Mahkota Terengganu (SMT)

2003              : Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)

2003              : Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas
                        Dewan Pemuda PAS Trg

2003              : Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas
                        Dewan Pemuda PAS Pusat

2009              : Tokoh PASTI Malaysia

2 comments:

Zulhusni Mat Resat said...

Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta ustaz tolong takhrij hadis ni:

ما فرقوا بين المسلم والمنافق الا بترك الصلاة فان ترلها جاحدا لوجوبها كان كافرا

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

وعليكم السلام ورحمة الله

Rasanya itu kalam ulama..

Hadis2 ttg hukum meninggal solat adalah spt berikut:
عن جابرٍ - رضي الله عنه - ، قال : سمعت رَسُول اللهِ - صلى الله عليه وسلم - ، يقول : (( إنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ والكفر ، تَرْكَ الصَّلاَةِ )) رواه مُسلِم .

وعن بُرَيْدَة - رضي الله عنه - ، عن النبيِّ - صلى الله عليه وسلم - ، قَالَ : (( العَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ )) رواه التِّرمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح )) .

عن شقِيق بن عبدِ الله التَّابِعيِّ المتفق عَلَى جَلاَلَتِهِ رَحِمهُ اللهُ ، قَالَ : كَانَ أصْحَابُ محَمَّدٍ - صلى الله عليه وسلم - لا يَرَوْنَ شَيْئاً مِنَ الأعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ . رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ في كِتابِ الإيمان بإسنادٍ صحيحٍ .