Saturday, January 17, 2015

Dr. Zaki Ibrahim رحمه الله

إنا لله وإنا إليه راجعون


Telah tersebar makluman pada malam 13 Januari 2015 bahawa pakar sejarah UM, Dr. Zaki Ibrahim telah kembali ke rahmatullah di sebelah petangnya. Dia meninggal seorang diri di rumahnya di Kg Kota. Adiknya telah pergi ke rumahnya sebelah petang untuk mengambil beliau bagi tujuan mengajar kuliah Maghrib di surau kampung asal ayah Dr. Zaki, namun didapati beliau telah meninggal dunia.

Dikatakan, beliau selalu berjalan kaki masuk dan keluar UM disebabkan tiada lesen memandu kereta/motor... namun, mulutnya sentiasa berkumat kamit berzikir sepanjang beliau berjalan kaki.

Nama lengkap beliau, Dr. Ahmad Zaki bin Hj. Berahim @ Ibrahim. Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM. Berkelulusan BA Syariah & Undang-undang, Yayasan Pelajaran Tinggi Islam, Nilam Puri (1977), BA Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir (1978), Dip. Pendidikan, Universiti Ain Shams, Mesir (1982), MA Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Cairo, Mesir (1985) dan Ph.D Universiti Cairo, Mesir (1994).                        

Antara hasil tulisan beliau:                             
                                   
  1. Mohd Roslan Mohd Nor & Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim (eds). 2010. Pembangunan Modal Insan & Tamadun Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

  1. Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim, Ab. Aziz Mohd Zin & Mohd. Fauzi Hamat. 2005. Sumber Dan Prinsip Tamadun Islam, dalam Buku Teks Pengajian Tinggi Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.              

  1. Ab. Aziz Mohd Zin, Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim & Faisal @Ahmad Faisal Abdul Hamid. 2005. Jihad Dalam Pembinaan Tamadun Islam, dalam Buku Teks Pengajian Tinggi Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.                      

  1. Ahmad Zaki Ibrahim (2007). Pemikiran Ibn Hazm Mengenai Hubungan Antara Agama Dan Dailog. Peradaban Pada Era Pemerintahan Bani Umawiyah di Andalusia. dlm Wan Suhaimi Dan Fauzi Hamat; Konsep Asas Islam Dalam Hubungan Antara Agama. Jabatan Aqidah Dan Pemikiran Islam, APIUM.                 

  1. Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim & Norhayati Hj. Hamzah (2006), Kepimpinan Dalam Tamadun Islam, dlm Buku Teks Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya (Hlmn 171-213).                        

  1. Tarek Ladjal & Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim. 2012. التصوف بين التوظيف السياسي والثابت التاريخي (Sufism Between the Political Utilization and the Historical Facts). Journal of Al-Tamaddun, 7(1): 163-184.

  1. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim. 2010. Imam Abu Hasan Al-Asy'ari: Analisa Berhubung Sumbangan Tajdid dan Islahnya. Journal of Al-Tamaddun, 5: 93-116.

  1. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim & Mohd Roslan Mohd Nor. 2009. Tuan Tabal dan Sumbangannya dalam Persuratan Islam di Alam Melayu. Journal of al- Tamaddun, 4: 129-143.    

  1. Ahmad Zaki Ibrahim (2007). Imam Syafei Sebagai Ulama Mujtahid Dan Mujaddid; Analisa Sumbangan Tajdidnya Dalam Sejarah Tamadun Islam, Journal al Tamaddun. Bil 2 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya (hlmn. 1-20)                      

  1. Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim, 2005. Omar Abdul Aziz Khalifah Pemerintah Bani Umaiyah Yang Bertaraf Mujaddid. Jurnal Al-Tamaddun Bil Pertama  (hlm 91-136)              

  1. Ahmad Zaki Ibrahim (2007). Perbalahan Sunni-Syiah Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu. Dalam Majalah Al-Islam (Bil 36). Terbitan Utusan Malaysia -2 Mac 2007.   

  1. Ahmad Zaki Ibrahim (2007). Keterlaluan Anggap Sambutan Maulidur Rasul Bidaah. Dalam Utusan Malaysia - 2 Mac 2007.             

  1. Ahmad Zaki Berahim@Ibrahim, Salaf dan Khalaf dalam Akidah Ahli Sunnah wa al Jamaah, Suatu Surutan Sejarah, Majalah I, Mac 2006, Keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (hlm 20-33).             

  1. Ahmad Zaki Ibrahim (2008), Syeikh Waliyullah Al Dahlawi: Pemikiran Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Dalam Jurnal Al Tamaddun.  

Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat Allah SWT dan mengganjari beliau di atas segala jihad ilmu yang disumbangkan..



No comments: