[i]
Daripada ‘Uthman bin Affan RA berkata:
Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ
قَالَ: *بِسْمِ
اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي
السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ*،
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ
قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى
يُمْسِيَ.
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
‘Dengan nama Allah yang tidak ada suatu pun yang dapat memberi kemudharatan dengan
nama-Nya, di bumi mahupun di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui’, sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang
secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh
sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara
tiba-tiba sehingga petang.” [HR Abu Dawud (5088) dengan sanad hasan]
[ii]
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ
رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ
اللهِ، مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ
قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: *أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ
مَا خَلَقَ*، لَمْ تَضُرَّكَ.
Maksudnya: Telah datang seorang
lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ada seekor kala jengking
telah menyengatku semalam. Maka Nabi SAW bersabda: “Jika kamu membaca ketika waktu petang itu:
‘Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan
yang Dia ciptakan’, nescaya ia tidak akan dapat memudharatkan kamu.” [HR Muslim
dalam Sahihnya (2709)]
[iii]
Daripada Anas bin Malik RA
berkata:
كَانَ
النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: *اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ*.
Maksudnya: Nabi SAW sentiasa berdoa:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan
penyakit-penyakit yang buruk.” [HR Abu Dawud (1554), al-Nasa'i (5493) dan Ahmad
(13004) dengan sanad sahih]
[iv]
Daripada Qutbah bin Malik RA
berkata:
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: *اَللَّهُمَّ
جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ
وَالْأَدْوَاءِ*.
Maksudnya: “Rasulullah SAW sentiasa berdoa:
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada keburukan akhlak, amalan, hawa nafsu dan segala penyakit.” [HR Ibn
Hibban (960) dan al-Hakim (1949), katanya: Sahih sanadnya. Adapun riwayat al-Tirmizi, tanpa kalimah terakhir]
[v]
Daripada Asma’ binti ‘Umais RA katanya:
Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku:
"ألا أعلِّمُكِ كلماتٍ تقولينَهُنَّ عندَ
الكَربِ:
*اللهُ، اللهُ ربِّي، لا أُشرِكُ بهِ شيئاً*".
Maksudnya: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa
kalimah yang dapat kamu ucapkannya ketika berlaku kesusahan? Iaitu: Allah,
Allah, Tuhanku, aku tidak akan mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun”. [HR Ahmad (27127), Abu Dawud (1525) dan
Ibn Majah (3882) dengan sanad sahih]
[vi]
Daripada Ibn ‘Abbas RA:
كَانَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ
عِنْدَ الْكَرْبِ: *لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لاَ إِلهَ
إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّموَاتِ
وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ*.
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW
sentiasa membaca ketika dalam kesusahan: Tiada tuhan
melainkan Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan
Allah Pemilik ‘Arsy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah Pemilik seluruh langit dan bumi serta
‘Arsy yang mulia”. [HR al-Bukhari dan Muslim]
[vii]
Doa Imam Zarruq al-Fasi yang masyhur:
*تَحَصَّنتُ بِذي العِزَّةِ وَالجَبرُوْت
وَاعْتَصَمْتُ بِرَبّ الملَكُوت وَتوَكَّلتُ عَلىَ الحَيّ الذي لَا يَمُوت، اصْرِفْ
عَنا الأذَى
إنَّكَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قدير*.
Maksudnya: “Aku berlindung dengan Pemilik kemuliaan
dan kekuasaan, dan aku berpegang teguh pada Tuhan sekalian alam ghaib, dan aku
bertawakkal kepada Yang Maha Hidup yang tidak akan pernah mati, jauhkanlah kami
daripada segala perkara yang dapat menyakitkan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke
atas segala sesuatu." (Wazifah Imam Zarruq)
No comments:
Post a Comment