Pages

Friday, December 31, 2010

Selawat Mutlaqah - Sayyidi Muhammad Khalil al-Khatib رحمه الله




Biografi Sayyidi Muhammad Khalil al-Khatib رحمه الله dapat dirujuk pada entri-entri yang ditulis oleh;

3 comments:

Danial Farhan @ Humair said...

Maulana,

Dalam selawat ini ada kalimah yg menimbulkan persoalan iaitu "kesempuranaan yg mutlak' seakan-akan Baginda adalah kesempurnaan mutlak seperti Allah Ta'ala. Pada pandangan Maulana, bagaimana kita boleh menjawab persoalan sebegini?

Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala said...

Dalam terjemahan saya sengaja tidak terjemahkan dengan "kesempurnaan yang mutlak", tetapi "yang sempurna lagi mutlak" kerana ta'bir bahasa Melayu kurang berupaya mengungkapkan makna dalam bahasa Arab yang pelbagai dan baligh. Maka terjemahan bahasa Melayu perlu tidak mendatangkan kekeliruan yang mana asalnya memang tidak mendatangkan kekeliruan dalam bahasa Arab.

Terjemahan bahasa Melayu yang betul patut demikian, tidak wujud kekeliruan. Misalnya kalimah 'Aziz, untuk manusia kita terjemah; yang mulia, pembesar dsb, tapi untuk Allah kita kata Maha Mulia, Maha Gagah. Ada kalimah Maha dengan M huruf besar. Sedang dalam bahasa Arab sama sahaja tiada beza bentuknya. Lihat juga kalimah mawla, sayyid, rabb dsb. Ada perkongsian ungkapan dengan perbezaan maksud. Semuanya dapat dibezakan oleh orang Arab secara spontan melalui ta'bir yang betul dalam bahasa Arab itu sendiri. Dalam kata lain, melihat kepada konteks dan situasi ungkapan.

Dalam selawat tersebut, konteks dan situasi ungkapan adalah merujuk kepada makhluk, bukan lain. Ini kerana ia dimulai dengan permohonan doa kepada Allah dengan kata-kata; Ya Rabb, Allahumma dsb. meminta selawat dan rahmat ke atas Nabi saw. makhluk terbaik lagi terpilih. Tidak mungkin pernohonan doa kepada Tuhan tersebut untuk tuhan yang lain pula?? sebagaimana yang juga telah saya terangkan mengenai Selawat Syifa'.

Justeru, bagaimanapun kita sifatkan Nabi saw dengan ungkapan-ungkapan yang mirip kepada 'ketuhanan' ia tetap merujuk kepada makhluk, bukan tuhan. Namun perkara ini mempunyai batasan syaraknya yang diketahui oleh ulama-ulama yang mahir bahasa Arab. Kerana ungkapan yang di luar batasan syaraknya dalam menyifatkan Nabi saw dengan sifat-sifat 'ketuhanan' adalah dilarang. Keyakinan kita dan sangka baik kita dengan ulama-ulama yang tersohor dan diiktiraf ilmunya, juga ahli-ahli tasauf yang zahir lagi terang makrifatnya, mereka tidak akan menyesat dan menyeleweng dari petunjuk Nabi saw dan sentiasa dalam batasan syarak. Ini kerana dari bagindalah mereka meneguk titisan hikmah dan makrifah.

Perlu diketahui bahawa perkara ini adalah amat luas ruang lingkupnya dan dalam dasar lantainya di sisi ahli-ahli makrifah dan mahabbah. Bukannya sempit, terhad, atau kecil ruang sebagaimana fahaman orang-orang yang jauh dari maqam ihsan.

اللهم سدد خطانا

Wallahu a'lam.

Danial Farhan @ Humair said...

Subhanallah! Syukran Maulana atas jawapan yang diberikan. Jazakumullahu khairal jazak.

Hakikatnya persoalan sebegini telah lama berlegar dalam pemikiran saya sejak 8 tahun lalu apabila saya mula mengamalkan selawat ini. Baru kini saya bertemu jawapannya. Masya-Allah..