Q: Sy ada baca buku soal jwb
hadis seorang ust tentang sanad hadis. Ada
bhgian soalan tu, tentang 'kumpulan' tertentu yg dakwa memiliki sanad hingga
Rasulullah saw atau fulan. Sy
beranggapan, mungkin pernah berlaku sesuatu isu hingga timbul soalan tu.
Mungkin ust blh bg pencerahan?
A: Saya belum lagi membaca buku berkenaan, justeru saya tak dpt nak mengulas lebih2
tentang ’isu’nya. Namun yg saya faham drp gaya bahasa ungkapan: “...'kumpulan'
tertentu yg dakwa memiliki sanad hingga Rasulullah saw atau fulan,” seolah2
bertujuan utk meragukan atau membuat tuduhan secara umum trhadap kumpulan
berkenaan. Secara asasnya, selain kita disuruh agar bersangka baik sesama
muslim, kita juga diperintah agar bertabayyun, apatah lagi trhadap alim ulama dan
para solihin. Jika kita ada hujah, kemungkinan pihak yang didakwa juga mmpunyai
hujah. Hujah dgn hujah perlu dilihat secara ilmiah, telus dan tuntas, apakah
kita sampai perlu ‘berperang’ atau cukup dgn berlapang dada.
Saya menyarankan agar kita perlu mempunyai maklumat
yg cukup berkaitan sejarah dan latar belakang pemikiran sesuatu kumpulan
sebelum kita tergesa2 merumuskan sesuatu hukuman ke atasnya. Bahkan bagi pihak
ketiga, ia juga perlu mempunyai maklumat yg cukup berkaitan sejarah dan latar
belakang pemikiran pihak yg membuat dakwaan trhadap kumpulan itu. Apakah ada
perselisihan mazhab/aliran antara kedua2 pihak, dan sebagainya..
***
Q: Apakah spark issue bg pngajian hadis bersanad & ijazah di M’sia ni..
A: Menurut pengamatan saya, antara yg menjadi isu
tentang pngajian hadis bersanad & ijazah di Malaysia ini ialah: ianya sudah
tidak perlu/tidak releven lagi kerana semua hadis sudah pun dibukukan dan sanad
sudah tidak mnjadi tumpuan utama lagi pada zaman skrg. Maka, budaya pngajian
hadis bersanad & ijazah ini hanyalah sekadar utk mengambil berkat sahaja.
Antara isunya juga: sanad mungkin digunakan oleh
sesuatu fahaman utk mengelirukan masyarakat awam tentang ajaran yg dibawa oleh
mrk.
Bagaimanapun, isu2 ini perlu dilihat secara teliti
dan tidak wajar diterima secara bulat2 tanpa soal selidik. Utk membuat sesuatu kesimpulan/hukum,
kita trlebih dahulu perlu mempunyai gambaran dan maklumat yg cukup mengenai permasalahannya
dari segenap aspek, sebagaimana yg telah disebutkan.
Bagi mendalami lebih lanjut ttg isu pngajian hadis
bersanad ini, boleh rujuk beberapa tulisan yg baik, spt tesis PhD oleh Dr. Farhah
Zaidar bertajuk “Faktor2 Dorongan Aplikasi Talaqqi Bersanad dan Keperluannya
dlm Pengajian Hadis di Malaysia” (UKM, 2014).
***
Q: Dan adakah isu tersebut timbul sbb dipengaruhi oleh taasub tarikat @ fahaman mana2?
A: Istilah ‘tarekat’ sering disalah guna oleh pihak
tertentu, sedangkan tarekat yg benar adalah diiktiraf oleh ulama ASWJ. Malah,
ramai ulama besar yg menjadi ahli tarekat yg boleh kita lihat sejarahnya sejak
ratusan tahun lalu di dalam kitab2 biografi para ulama. Saya kira tidak timbul
langsung isu taksub tarekat dalam hal berkaitan sanad kerana sebahagian besar
tarekat berakhir sanad mereka kepada jalur yg sama, iaitu drpd Imam al-Hasan
al-Basri yg mengambil daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA. (Sanad ini turut
menjadi isu bagi pihak yg menentang tarekat, meskipun ia telah dijawab berulang
kali)
Saya juga tidak melihat relevennya mana2 fahaman dalam
kalangan ASWJ perlu dikaitkan dgn isu taksub dlm soal pngajian hadis bersanad.
Ini kerana pngajian hadis bersanad pada hakikatnya adalah antara budaya ilmu
ulama Islam sejak lebih 1300 tahun lalu, sehinggalah ia cuba dihapuskan oleh
sistem pendidikan baru yg diterapkan oleh para penjajah Barat yg menjarah
negara2 umat Islam.
Namun kebelakangan ini, budaya pngajian hadis
bersanad yg hampir pupus ini telah dihidupkan kembali oleh ramai pihak yang
mempunyai kesedaran mengenainya, baik di Timur tengah, Afrika utara, mahu pun
di Nusantara. Manakala di India & Pakistan, sistem ini mungkin tidak
terusik dan terus kekal hingga ke hari ini.
***
Q: Setakat pembacaan sy utk pngjian hadis bersanad ni, dtgnya drp ulama' yg
belajar di India, aliran deobandi. Dan pngajian hadis mggunakan aliran deobandi
ni, mudah katanya diiktiraf. Bgaimana pula bg pengajian yg tak berasas kpd
deobandi tu? Adakah wujud di negara kita khususnya daurah bg pnganugerahan
ijzah bersanad yg x mengikut asas dsiplin ilmu ijazah sanad ni?
Bagaimana pula dgn ijazah serban, tasbih, rida' dan lain-lain?
A: Ya, oleh kerana sistem ini tidak terusik di
India & Pakistan, maka pengaruhnya memang tidak dpt dinafikan. Namun, ia
bukan bermakna hanya ulama yg belajar di India shj yg memberi pengaruh, kerana
sebelum itu, ulama Melayu yg belajar di Makkah terlebih dahulu memainkan
peranan dalam pengajian bersanad ini. Pada masa kini pula, ulama2 dr Timur
Tengah baik dr Mesir, Syria dan Yaman sendiri yang datang ke Malaysia mula
memberi pengaruh secara langsung.
Tradisi pengajian hadis adalah sama sejak dahulu
sehinggalah kini, di mana kaedah2 at-tahammul wal-ada’ (penerimaan &
penyampaian) dipraktikkan. Begitu juga dlm mmpraktikkan adab2 al-muhaddith wa
talib al-hadith (guru & murid). Huraian lanjut mengenai semua ini boleh
dirujuk dalam kitab2 mustalah al-hadith. Maka, pada saya sekarang sudah tidak
timbul soal “aliran deobandi mudah
diiktiraf”.
Setakat pengetahuan saya, tidak wujud daurah bg
pnganugerahan ijazah bersanad di kalangan ulama ASWJ yg tak mengikut asas
dsiplin ilmu ijazah sanad. Ini kerana pengijazahan sanad bukanlah sesuatu yg
sukar dan rumit, malah ia dapat dilakukan secara lisan, ibarat seperti akad juga.
Cuma ia berbeza dari segi kekuatan dan kelemahannya. Perbincangan lanjut tentangnya
juga dpt dirujuk dalam kitab2 mustalah al-hadith.
Berhubung ijazah serban, tasbih, rida' dan
lain-lain, ianya juga telah dibahaskan oleh sebilangan ulama, apakah ada
asalnya daripada Nabi SAW atau pun tidak. Jika benar sekalipun ia tidak
bersambung sampai kepada Nabi SAW, setidak2nya rantaian sanad berkenaan bersambung2
dgn para solihin dan para ulama amilin sampai kepada para salafussoleh yg mana
akhlak dan amalan mrklah yg menjadi ikutan dan tauladan bagi kita semua. Inilah
antara matlamat yg sebenarnya, iaitu sisi tarbiah dan rahsia rohani yg jarang
diberi perhatian oleh ramai orang. Manakala serban, tasbih, rida' dan
seumpamanya itu hanya alat sahaja.
***
Q: Bagaimana pula dgn pengijazahan tanpa pemhaman yg detail? Cth, daurah
kitab hadis 4o secara qira'ah dr pg-ptg. Kmudian dberi ijazah. Apakah tuntutan
ijazah tersebut.
A:
Pengijazahan tanpa pemhaman yg detail, bukanlah mnjadi isu utama dalam
pengajian hadis bersanad. Pemahaman yang detail merupakan masalah pd diri murid,
bukannya masalah pd proses pengajian bersanad. Maksudnya, murid perlu berusaha
lebih lagi pada masa seterusnya utk belajar & memahami kerana pembelajaran
ilmu itu memang suatu proses yang berterusan sepanjang hidup kita semua. Malah
pada masa dahulu, para ilmuwan membawa anak-anak mereka ke majlis2 hadis agar
mereka beroleh ijazah sanad, meskipun mrk masih belum faham sepenuhnya. Kata al-Hafiz
Ibn al-Salah (m. 643H):
ولم
يزالوا قديما وحديثا يحضرون الصبيان مجالس التحديث والسماع ويعتدون بروايتهم لذلك.
“Mereka (para ahli ilmu) sejak
dahulu dan kini, sering membawa anak-anak ke majlis2 penyampaian dan
pendengaran hadis, serta mengiktiraf riwayat mereka (di kemudian hari) dengan
sebab itu”.
Menghidupkan
kembali tradisi pengajian yang menjadikan umat Islam dahulu berjaya mencapai
kecemerlangan ini adalah sesuatu yang wajar dipuji dan digalakkan. Tradisi yang
tlh menjadikan ilmu umat Islam sebagai ilmu yang paling sahih secara umumnya krn
dipindahkan daripada generasi guru kepada generasi murid tanpa terputus sedikit
pun hingga ke hari ini.
Sanad
merupakan keistimewaan khusus bagi umat Nabi SAW. Ia merupakan bukti nyata kpd musuh2
Islam seperti orientalis Barat misalnya, bahawa ilmu Islam adalah ilmu yang
auntentik dan terpelihara tradisinya hingga ke hari ini tanpa terputus. Justeru,
jika seseorg ilmuwan itu tidak mempunyai sanad dan ilmu yang dipelajarinya juga
terputus sanad, apakah ia berani berbangga dengannya trhadap musuh2 Islam itu?
Tuntutan
ijazah sebenarnya bukan sekadar mengambil berkat semata2, bahkan selain
mendapat ilmu kitab yang lengkap (apabila khatam sesebuah kitab misalnya, tanpa
dipilih2 sptmn sukatan pelajaran pd hari ini), ia turut mendidik diri kita dengan
berbagai sifat mahmudah spt sabar, tekun, tawakkal, ikhlas, istiqamah, hormat
dan sebagainya, juga dapat menerapkan banyak adab pd diri kita, spt adab
majlis, adab berguru, adab belajar dan lain2. Selain dapat berzikir dan
berselawat serta meraih doa para malaikat dan rahmat yang turun ketika majlis
ilmu.
Dengan
berkat dan rahmat ini, kita berharap dapat mengikut jejak orang-orang yang
telah berjaya itu, malah berharap dapat bersama-sama dgn mereka atau setidak2nya
memperoleh syafaat mereka di Akhirat kelak. Mereka yg tidak menghargai banyak
hikmah2 trsirat ini sahaja yg tentunya akan memandang sepi kepada majlis2
pengajian hadis bersanad.
Mrk yg berpendapat, ‘nilai sanad pd zmn skrg sudah
tidak relevan & kepentingannya tidak lg signifikan kerana zaman kpntingan
sanad sudah berlalu’, mungkin merujuk kepada kata2 al-Hafiz
Ibn al-Salah (m. 643H):
فآل
الأمر إذا، في معرفة الصحيح والحسن، إلى الاعتماد على ما نص عليه أئمة الحديث في
تصانيفهم المعتمدة المشهورة التي يؤمن فيها – لشهرتها - من التغيير والتحريف. وصار
معظم المقصود، بما يتداول من الأسانيد خارجا عن ذلك، إبقاء سلسلة الإسناد
التي خصت بها هذه الأمة.
“Maka, hal – dalam mengenali sahih & hasan -
ini jika begitu, kembali berpegang kepada apa yg telah dinaskan oleh imam-imam
hadis di dalam karangan2 mrk yg muktamad lg masyhur, yg terpelihara
kandungannya - kerana kemasyhurannya -daripada perubahan dan penyelewengn. Jadinya,
kebanyakan maksud sanad-sanad yang disebarkan (sesudah itu), yg terkeluar
daripada yg demikian ialah bagi mengekalkan rantaian sanad yg telah
dikhususkan bagi umat ini”.
Namun, realitinya al-Hafiz
Ibn al-Salah & semua ulama yg datang selepasnya tidaklah meremehkan tradisi
pengajian bersanad ini sebagaimana yg dapat kita rujuk dlm biografi2 mereka. al-Hafiz
Ibn al-Salah sendiri pernah mengkhatamkan kitab al-Sunan al-Kubra karangan
Imam al-Bayhaqi dlm pengajian bersanad beliau, yang mana jumlah keseluruhan
majlis periwayatan kitab itu shj sebanyak 757 buah majlis! (lihat: Safhah
Musyriqah min Tarikh Sama‘at al-Hadith
‘ind
al-Muhaddithin oleh
al-‘Allamah
Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah)
***
Q: Soal jawab dlm buku tu begini, "terdapat
banyak aliran tarikat dgn bermacam-macam nama & gelaran, ritual &
amalan yg tersendiri dgn maksud ibadah. Masing2 mendakwa memiliki sanad yg
sohih. Apa komentar ust?"
Sy melihat jwpn yg dikemukakan oleh penulis, mengatakan sanad ilmuwan yg
wujud hr ini lbh kpd berbentuk tradisi shja, kepentingan tidak lg signifikan
kerana zaman kpntingan sanad sudah berlalu, individu dlm sanad yg didakwa itu
tiada rekod dr segi 'adalah & dhabt, status sanad yg didakwa tidak dpt
ditentukan kesinambungan drp pihak yg didakwa diambil darinya. Lebih kepada nilai sanad tersebut pd zmn skg,
tidak relevan berdasar kpd hujah yg beliau kemukakan & hanya berbentuk
tradisi shja.
Apa yg sy dpt simpulkan, sanad zmn skg, lbih kpd meneruskan tradisi ilmu
para ulama terdahulu dlm pngjian hadis. Adapun selebihnya dakwaan berkenaan ia
mempengaruhi status hadis dsb, tidak timbul.
A: Ya, semua tarekat yg muktabar memiliki sanad yg
sahih di sisi pandangan mereka. Namun, oleh kerana para sufi & para solihin
ini mempunyai hati yg bersih dan mrk lebih gemar bersangka baik serta terus
beramal secara istiqamah, maka disiplin periwayatan mrk sering dikritik oleh
ahli hadis.
Perlu diketahui bhw sejak zaman awal pembukuan ilmu
Islam lagi, sudah mula ada seperti ‘gap’ (jurang) antara dua pihak ini,
iaitu antara ahli hadis dan ahli sufi. Maka, kemungkinan ada ahli hadis yg tidak
mengenali sebahagian ahli sufi secara dekat utk dinilai sifat ‘adalah dan
dhabt (sifat adil & hafazan) mrk secara tepat. Kebanyakan ahli hadis
juga mengukur dhabt (hafazan) seseorg perawi dengan memeriksa dan
membandingkan riwayat2 mrk dengan riwayat2 perawi thiqah. Mrk turut menitik
beratkan fakta pertemuan antara para perawi. Jika mrk tidak menemukannya atau
meragukannya, mungkin sanad trsebut dianggap terputus. Maka, tidak hairan jika
ada ahli sufi yg dihukum lemah atau daif oleh ahli hadis dgn sebab2 ini.
Jika diamati, hal ini hakikatnya masih bersifat
ijtihadi drpd ahli hadis, bukanlah ianya wahyu pemutus bicara. Namun, bukan
bermaksud kita meremehkan metode mrk. Tidak sekali2. Tetapi maksudnya, penilaian
kredibiliti dan fakta pertemuan antara para perawi daripada satu pihak sahaja bukanlah
satu2nya kaedah penentuan kerana masih ada pertimbangan2 yg perlu kita libatkan,
spt hal antara si perawi dan pengkritiknya, keadaan periwayatan, pandangan
pihak lain, capaian dimensi ilmu serta situasi yg berlegar di sekitarnya. Malah
adakalanya, penilaian kredibiliti perawi masih diperselisihkan dan wujudnya fakta
pertemuan antara perawi yg tidak sampai ke pengetahuan pihak yg mengkritik atau
masih dalam kondisi pro-kontra. Hal2 sbegini yg dimaksudkan masih bersifat
ijtihadi.
Di antara adab ahli sufi ialah ikhlas dan bersangka
baik dgn guru. Justeru, mrk menganggap apa yg disampaikan oleh guru adalah sahih
atau pun sekurang2nya tidak melanggar syarak. Dari sini, mrk turut dikritik
oleh ahli hadis apabila mrk meriwayatkan riwayat2 yg daif atau palsu di sisi
ahli hadis, atau mengamalkan sesuatu yg dihukum bidaah atau tidak harus di sisi
ahli hadis. Kebanyakan penilaian ini hakikatnya bukanlah penilaian yg muktamad
krn banyak antara perkara2 yg dikritik itu didapati masih di dalam medan perbincangan
dan ruang lingkup ijtihad. Apa pun, kedua2 disiplin ahli hadis dan ahli sufi ini
terus berkembang sehingga ke hari ini.
Maka itu, kita lihat ahli tarekat menyatakan mrk
memiliki sanad yg sahih, sedangkan ia dilihat sbg daif oleh kebanyakan atau
sebahagian ahli hadis. Perselisihan ini turut membawa polemik yg berpanjangan
sehingga kini. Pada hemat saya, nilai sahih yg dimaksudkan oleh ahli tarekat
itu tentunya tidak sama taraf dgn nilai sahih yg dikehendaki oleh ahli hadis.
Sebagaimana nilai sahih oleh sebahagian ahli fiqah juga tidak dipersetujui oleh
ahli hadis, sptmn dalam isu hadis mursal contohnya. Apa pun, masing-masing
mempunyai alasan dan hujah. Maka, berlapang dada adalah jalan yg lebih baik.
Sanad-sanad tarekat secara rumusannya adalah sanad
bersuhbah (perdampingan/pertalian antara guru dgn murid) sbg jalan
menuju kepada Allah SWT. Adapun ‘ritual & amalan yg tersendiri dgn maksud
ibadah’ itu bukanlah termasuk dalam periwayatan sanad tarekat. Ia merupakan
ajaran guru2 mursyid (bahkan mujtahid dlm ilmu tasawuf, sptmana mujtahid dlm
ilmu fiqh, ilmu hadis dan sebagainya) yg masih di dalam ruang lingkup ijtihad.
Pernyataan ‘ritual & amalan yg tersendiri dgn
maksud ibadah’ itu juga mungkin kurang tepat kerana membayangkan seolah2 ahli
sufi boleh sesuka hati mereka-cipta apa jua amal ibadah. Sedangkan secara
rumusannya, selain mempraktikkan disiplin ilmu tasawuf, amalan utama tarekat
hanyalah melibatkan bab zikir, wirid, doa, selawat, istighfar & seumpamanya,
iaitu bab yg luas di sisi mereka menerusi dalil2 yg umum dan khusus dalam
syariat Islam. Dlm menguruskannya pula, mungkin melibatkan penentuan bilangan, hari atau
tempoh tertentu.
Perkara2 ijtihadi berkaitan amalan tarekat ini
mungkin tidak dipersetujui oleh sbahagian ulama lain seumpama ahli hadis
misalnya. Namun, perlu kita faham bahawa setiap pihak mempunyai disiplin ilmu
yg mencakupi kaedah2 dan usul2 yg digariskan oleh imam masing-masing. Maka,
sekali lagi berlapang dada itu adalah lebih baik. Malah, integrasi antara ahli
hadis & ahli sufi sebenarnya turut berlaku di sepanjang lembaran sejarah,
yg perlu kita perkasakan lagi kini jalinannya.
Sanad tarekat pada masa sekarang sebenarnya adalah amat
penting bagi membezakan antara tarekat yg sesat dan tarekat yang benar. Ia
bukan semata2 tradisi. Misalnya, pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
amat mengambil berat soal ini, selain drpd memastikan ada guru yg mursyid dan
amalan yang berbentuk syar‘i. Justeru, ada tarekat2 yg tidak diiktiraf oleh
Jabatan Mufti Negeri Sembilan kerana tidak memenuhi syarat2 tersebut. Ini
sepatutnya dicontohi oleh jabatan2 mufti negeri yg lain.
***
Q: Kiranya, pengajian n pengijazahan sanad ni memg tiada kaitan langsung
dgn aliran/tariqat lah, ust? Lbh kepada kefahaman & kesedaran kaedah pngjian hadis scra talaqqi
bersanad & pengijazahan sanad.
A: Sebaiknya dipisahkan perbincangan antara sanad
tarekat dgn pengajian hadis bersanad. Perbincangan tentang sanad tarekat ini perlu
diasingkan sepertimana juga perbincangan ttg sanad qiraat al-Quran. Masing2
mmpunyai disiplin ilmu tersendiri yg bukannya muncul dalam tempoh setahun dua.
Misalnya, jika Imam Hafs dihukum oleh ahli hadis
sbg matruk (tahap sangat daif), maka apakah ilmu qiraatnya juga dihukum
sangat daif? Sedangkan lebih kurang 90% umat Islam kini membaca al-Quran dgn
qiraat Imam Hafs...!?
***
Q: Tapi, tak salah kan
ust, kalau sy kata pengajian hadis ni, agak susah berbanding ilmu lain? Baik dr
segi istilah & muqarrar2 bab hadis ni. Kebanyakan yg libatkan diri dgn
pngjian hdis, byk dr kalangan lelaki. Adapun perempuan, jarang dengar.
A: Saya kurang pasti dgn dakwaan ‘pengajian hadis
agak susah berbanding ilmu lain’. Mungkin ia berdasarkan persepsi individu
sahaja, maka terpulanglah kpd diri masing2. Tetapi memang benar, kebanyakan yg melibatkan
diri dgn pengajian hadis, banyak dr kalangan lelaki dan jarang dr kalangan
perempuan. Namun, bukan bermakna ada sekatan/halangan trhadap mrk, cuma mungkin
‘nature’ semulajadinya begitu. Wallahu a’lam. Sila lihat tulisan
terdahulu saya: http://sawanih.blogspot.my/2012/05/orang-perempuan-kurang-riwayat-hadis.html
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment