Disebut oleh Imam al-Bukhari secara mu‘allaq
(yakni tidak bersambung sanad):
وَقَالَ يُونُسُ عَنِ الزُّهْرِيِّ،
قَالَ عُرْوَةُ: قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ: «يَا
عَائِشَةُ مَا أَزَالُ أَجِدُ أَلَمَ الطَّعَامِ الَّذِي أَكَلْتُ بِخَيْبَرَ،
فَهَذَا أَوَانُ وَجَدْتُ انْقِطَاعَ أَبْهَرِي مِنْ ذَلِكَ السُّمِّ»
Kata 'Aisyah RA bhw Nabi SAW tlh bersabda semasa sakit yg membawa kpd kewafatannya: “Wahai 'Aisyah, aku masih mendapati rasa sakit
akibat makanan yg aku makan di Khaibar. Maka, sekarang ini masanya aku rasakan
saat terputusnya salur urat jantungku disebabkan oleh racun itu”. (HR
al-Bukhari no. 4428)
Hadis ini dikaitkan oleh musuh2 Islam dgn ayat Surah
al-Haqqah 44-46:
وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ
لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ
“Dan
kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al-Quran itu) mengatakan atas nama
Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami akan menyentapnya
dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali
jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta)”.
Bagi menjawab
kekeliruan mrk, maka penjelasannya adalah melalui aspek2 berikut;
1. Hadis tsb disebutkan oleh Imam al-Bukhari
dlm Sahihnya secara mu‘allaq (yakni tidak bersambung sanad). Perbuatan al-Bukhari
ini antaranya disebabkan kualiti hadis tsb tidak mencapai tahap piawaian tinggi yg
ditetapkan olehnya. al-Hafiz Ibn Hajar dlm Fath al-Bari menyatakan, hadis
tsb diriwayatkan secara bersambung sanad oleh al-Bazzar, al-Hakim dan al-Isma‘ili.
Kisah tersebut juga mempunyai beberapa jalan riwayat lain yg menguatkannya.
2. al-Bukhari meletakkan hadis tsb di dalam tajuk: Bab sakit dan
kewafatan Nabi SAW, dan dibawakan juga sebelumnya ayat al-Quran (az-Zumar: 30-31):
إِنَّكَ مَيِّتٞ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ ثُمَّ
إِنَّكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ عِندَ رَبِّكُمۡ تَخۡتَصِمُونَ
“Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. Kemudian,
sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan
Tuhan kamu”. Melalui ayat ini, seolah-olahnya
Imam al-Bukhari ingin menjelaskan bhw Nabi SAW adalah seorg manusia yg tetap
akan wafat juga, walau apa jua sebabnya sekalipun.
3. Dalam ayat al-Haqqah tsb dinyatakan jika Nabi SAW mengada-adakan
perkara dusta ke atas Allah SWT, maka Allah SWT akan memutuskan tali jantungnya
dengan serta-merta. Namun, sebaliknya kewafatan Nabi SAW tidak berlaku dgn serta
merta krn ayat tersebut merupakan ayat Makkiyyah, iaitu diturunkan semasa Nabi
SAW berada di Makkah sebelum hijrah. Ini menunjukkan bhw Nabi SAW sentiasa dlm pemeliharaan
Allah SWT dlm membawa risalah tauhid sehingga baginda dpt berhijrah ke Madinah
dan membina kekuatan yg lebih besar di sana dalam menyebarkan dakwah Islam.
4. Kewafatan Nabi
SAW adalah sesudah sempurnanya agama Islam dan tamatnya penurunan wahyu dlm
usia yg munasabah, iaitu 63 tahun. Jika Nabi SAW mngada-adakan sesuatu yg tidak
benar, nescaya baginda akan diwafatkan sebelum drpd itu lagi oleh Allah SWT
sebagaimana yg disebutkan dlm ayat berkenaan.
5. Jarak antara
kewafatan Nabi SAW dgn peristiwa baginda memakan makanan yg diracun di Khaibar
itu ialah lebih kurang 3 tahun. Dlm tempoh tsb, bertambah banyak lagi
kejayaan-kejayaan yg diraih oleh dakwah baginda SAW menunjukkan bahawa Allah
SWT sentiasa memelihara baginda sehinggalah tiba saat ajal baginda yg
dikehendaki olehNya. Jika Nabi SAW mngada-adakan sesuatu yg tidak benar,
nescaya baginda akan diwafatkan oleh Allah SWT selepas saja baginda menjamah
makanan tsb.
6. Oleh krn ayat
al-Haqqah tsb diturunkan di Makkah, maka amat sesuai ditafsirkan turunnya itu
sebagai jawapan balas kpd tuduhan2 kaum Musyrikin di Makkah ketika itu terhadap
wahyu yg dibawa oleh Nabi SAW. Antaranya, firman Allah SWT:
وَعَجِبُوٓاْ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٞ مِّنۡهُمۡۖ
وَقَالَ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا سَٰحِرٞ كَذَّابٌ أَجَعَلَ ٱلۡأٓلِهَةَ إِلَٰهٗا
وَٰحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٌ عُجَابٞ
“Dan mereka
(yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka
didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan
mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi
pendusta. Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan:
Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Sad:
4-5)
وَٱنطَلَقَ ٱلۡمَلَأُ مِنۡهُمۡ أَنِ ٱمۡشُواْ
وَٱصۡبِرُواْ عَلَىٰٓ ءَالِهَتِكُمۡۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيۡءٞ يُرَادُ مَا سَمِعۡنَا
بِهَٰذَا فِي ٱلۡمِلَّةِ ٱلۡأٓخِرَةِ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا ٱخۡتِلَٰقٌ
“Dan (ketika
itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan
berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan
tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu
perkara yang amat dikehendaki. Kami tidak pernah mendengar tentang (soal
mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain
hanyalah rekaan dan dusta semata-mata". (Sad: 6-7)
وَقَالُواْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِي نُزِّلَ عَلَيۡهِ
ٱلذِّكۡرُ إِنَّكَ لَمَجۡنُونٞ
“Dan mereka
yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya
diturunkan al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila". (al-Hijr: 6)
7. Ayat
al-Haqqah tsb juga menyebut secara zahir sekiranya Nabi SAW mengada-adakan
perkara dusta, maka Allah SWT akan memutuskan tali jantungnya. Namun, kewafatan
Nabi SAW tidak berlaku secara langsung drpd Allah SWT tanpa perlukan apa-apa
sebab. Sebaliknya, ia berlaku disebabkan komplot jahat orang Yahudi yg ingin
membunuh Nabi SAW dgn meletakkan racun pd makanan yg dihidangkan. Bahkan, kewafatan
Nabi SAW kesan drpd racun tsb mmbuktikan bhw baginda juga memperolehi pahala
mati syahid yg banyak disebutkan ganjaran kelebihannya oleh baginda SAW
sendiri. Sehingga baginda pernah bersabda:
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوَدِدْتُ
أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللهِ فَأُقْتَلُ، ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ، ثُمَّ
أَغْزُو فَأُقْتَلُ. (رواه مسلم)
“Demi jiwa
Muhammad dlm kekuasaanNya, nescaya aku suka untuk aku berperang di jalan Allah,
lalu aku dibunuh, kemudian aku berperang lagi, lalu aku dibunuh, kemudian aku
berperang lagi, lalu aku dibunuh”. (HR Muslim dlm Sahihnya)
8. Secara
rumusan, kefahaman para musuh Islam dlm cubaan mrk utk mentafsirkan ayat
al-Quran dgn hadis tersebut adalah tidak tepat sama sekali dan amat menyimpang
dari realiti sejarah. Tidak ragu lagi, baginda Nabi SAW di sepanjang dakwah baginda
menghadapi pelbagai kesusahan, cabaran dan cubaan bunuh drpd musuh-musuh
baginda. Ia jelasnya merupakan suatu tugas dan amanah yg cukup berat dlm usaha menyeru
manusia utk membesar dan mentauhidkan Allah SWT.
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ،
عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً؟
قَالَ: "الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ". (رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح. وفي الباب عن أبي هريرة،
وأخت حذيفة بن اليمان)
Drpd Mus‘ab bin
Sa‘d drpd bapanya Sa‘d RA katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah, siapakah manusia
yg paling berat dugaannya? Jawab baginda: “Para anbiya’, kemudian org yg
seumpama mereka, dan seterusnya org yg seumpama mereka”. (HR al-Tirmizi, katanya:
Hadis hasan sahih. Dalam bab yg sama juga drpd Abu Hurairah RA dan saudara perempuan
Huzaifah bin al-Yaman)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment