1. Kata Imam an-Nawawi (w. 676H) dlm kitab al-Azkar:
(بابُ ما يقولُ إذا قُرِّب إليه طعامُه)
روينا في كتاب ابن السني عن
عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان
يقول في الطعام إذا قُرِّبَ إليه: " اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا فِيما
رَزَقْتَنا، وَقِنا عَذَابَ النَّارِ، بسم الله ".
Bab apa yg perlu
diucapkan apabila dihidangkan kepadanya makanan:
Telah kami
riwayatkan dlm kitab Ibn as-Sunni drpd ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA drpd
Nabi SAW bhw baginda SAW mengucapkan pd makanan apabila dihidangkan kepadanya:
Ya Allah, berkatilah kami pd apa yg Engkau rezekikan kepada kami dan lindungilah
kami drpd azab api neraka. Dengan nama Allah”.
Jelasnya, doa ini
dianjurkan oleh Imam an-Nawawi dan ramai ulama lain yg mengajarkan kitab beliau
ini kpd masyarakat Islam. Bagaimanapun, al-Hafiz Ibn Hajar mengulas statusnya
begini: “Hadis ini gharib. Dikeluarkan oleh Ibn as-Sunni, sedangkan pd
sanadnya ada Ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah (ابن أبي الرعيرعة) [atau az-Zu‘aizi‘ah (ابن أبي الزُعَيْزِعَة)]. Kata al-Bukhari: ‘Amat munkar hadisnya’.
Ibn ‘Adi menyebutkan hadis ini di antara hadis-hadis yang diingkari orang
terhadapnya, kata beliau: ‘Tiada yg menyokong hadis-hadisnya’. Ibn Hibban merekodkannya
dlm kitab ad-Dhu‘afa’ dan menilainya sbg amat lemah. Kemudian Ibn Hibban
menyebutkan sesudahnya nama lain yg sama, Muhammad ibn Abi ar-Ru‘airi‘ah drpd
Abu al-Malih, dan menisbahkannya kpd pemalsuan hadis. Jadi seolah-olah di sisi Ibn
Hibban ada dua org yg berbeza. Dan aku tidak melihat demikian pd rujukan yg
lain. Dan pengetahuan yg sebenarnya hanya di sisi Allah” (Demikian dlm al-Futuhat ar-Rabbaniyyah
oleh Ibn ‘Allan al-Makki w. 1057H). Walaupun Ibn Hibban sebenarnya ada melabel salah
satunya sbg ‘Dajjal’, namun al-Hafiz Ibn Hajar spt melihat ianya sbg berlebihan
atau tidak jelas, dan hanya merumuskan kedudukan hadis sbg gharib shj, bukan
palsu.
2. Bagaimanapun,
doa makan ini ada disokong oleh athar Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA sptmn diriwayatkan
dalam kitab Zawa’id al-Musnad oleh ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, iaitu:
عن ابن أعبد، قال: قال لي
علي بن أبي طالب: «يا ابن أعبد هل تدري ما حق الطعام؟» قال: قلت: وما حقه، يا ابن
أبي طالب؟ قال: «تقول: بسم الله، اللهم بارك لنا فيما رزقتنا» ، قال:
وتدري ما شكره إذا فرغت؟ قال: قلت: وما شكره؟ قال: «تقول: الحمد لله الذي أطعمنا
وسقانا»
Drp Ibn A‘bud katanya: ‘Ali bin Abi Talib RA pernah bertanya
kpdku: “Wahai Ibn A‘bud, adakah kamu tahu apakah dia hak makanan itu?” Jawabku:
Apakah haknya, wahai Ibn Abi Talib? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Dengan nama
Allah. Ya Allah, berkatilah kami pada apa yg Engkau rezekikan kepada kami”. Tanya
beliau lagi: “Kamu tahu apakah dia syukurnya apabila kamu tlh selesai?” Jawabku:
Apakah dia syukurnya? Kata beliau: “Kamu ucapkan: Segala puji bagi Allah yg tlh
memberi kami makan dan minum”.
Kata al-Haythami
dlm Majma‘ az-Zawa’id: “Ibn A‘bud menurut Ibn al-Madini: ‘Tidak begitu
dikenali (dlm hal periwayatan)’, dan baki para perawinya adalah thiqah (dipercayai)”.
Syekh Syu‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sbg daif. Ini krn perawi drp Saidina ‘Ali
RA, iaitu Ibn A‘bud tidak diketahui kedudukannya dari segi jarh dan taadil. Namun
begitu, Syekh Ahmad Syakir tetap menilai sanadnya sbg hasan. Ini krn dialog dlm
riwayat tsb menunjukkan beliau merupakan org yg dekat dan dikenali oleh Saidina
‘Ali RA.
3.
Ungkapan doa ini juga merupakan antara doa yg dibaca oleh salah seorang
al-Fuqaha’ as-Sab‘ah (7 pakar rujuk ilmu fiqah) yg terkenal di Madinah, iaitu ‘Urwah
bin Zubair (w. 93H), apabila dihidangkan kpdnya makanan, minuman ataupun ubat, sptmn
yang diriwayatkan Imam Malik dalam kitab al-Muwatta’nya:
عَنْ
هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ كَانَ لَا يُؤْتَى أَبَدًا
بِطَعَامٍ، وَلَا شَرَابٍ حَتَّى الدَّوَاءُ فَيَطْعَمَهُ أَوْ يَشْرَبَهُ، إِلَّا
قَالَ: «الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا، وَأَطْعَمَنَا وَسَقَانَا،
وَنَعَّمَنَا، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَلْفَتْنَا نِعْمَتُكَ بِكُلِّ
شَرٍّ، فَأَصْبَحْنَا مِنْهَا وَأَمْسَيْنَا بِكُلِّ خَيْرٍ، نَسْأَلُكَ
تَمَامَهَا، وَشُكْرَهَا لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ،
إِلَهَ الصَّالِحِينَ، وَرَبَّ الْعَالَمِينَ، الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ، مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ»
4. Kesimpulannya, walaupun
hadis doa tsb diriwayatkan oleh perawi yg sangat daif, namun menurut kaedah
Imam an-Nawawi dan lain-lain, hadis daif baginya boleh diamalkan selama mana ia
tidak diyakini sbg palsu. Justeru itu, beliau memuatkannya di dlm kitab al-Azkarnya.
Ia juga disokong oleh athar Saidina ‘Ali RA, meskipun sanadnya ada sedikit pertikaian.
Bahkan, ungkapan doa ini turut diamalkan oleh sebahagian ulama Salaf dan zahirnya
mrk tiada masalah dalam soal penyusunan doa sendiri, khususnya menurut amalan
Ahli al-Madinah. Oleh krn ia hanya suatu doa, maka data2 ini sudah cukup utk
membolehkan kita mengamalkan doa tsb tanpa perlu meyakini hadisnya sbg sahih. Dan
boleh juga diutamakan atau digabungkan dgn doa makan yg lbh sahih, iaitu: (اللَّهُمَّ بَارِكْ
لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ). Matan lengkapnya:
عن ابنِ عباس، قال: قال
رسولُ الله - صلَّى الله عليه وسلم -: "إذا أكل أحدُكم طعاماً، فليقل: اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ، وإذا سُقي لبناً، فليقل: اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ، فإنه ليسَ شيء يُجزئ من الطعامِ والشرابِ غير
اللبنُ". [رواه أحمد (1978) وأبو داود (3730)، والترمذي (3758)، وقال: حديث حسن، والنسائي في الكبرى (10045) وابن ماجه (3322) بسند
حسن]
Drpd Ibn
‘Abbas RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang kamu makan suatu
makanan, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan
berilah kami makanan yang lebih baik lagi drpdnya’. Dan apabila dia diberi
susu, maka hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah bagi kami padanya dan tambahkanlah
lagi bagi kami drpdnya’, krn sesungguhnya tidak ada suatupun yg dapat menyamai
makan dan minum selain drpd susu”. (HR Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi, katanya:
Hadis hasan, al-Nasa’i dan Ibn Majah dgn sanad hasan)
Wallahu a‘lam.
No comments:
Post a Comment