Pages

Wednesday, July 24, 2013

HADIS-HADIS YANG MENYEBUT SYURGA DAN NERAKA

من الأحاديث الواردة في ذكر الجنة والنار
جمع وترجمة
الفقير
محمد حافظ سوروني

HADIS-HADIS YANG MENYEBUT
SYURGA DAN NERAKA


1. Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ، فُتِحَتْ أبْوَاب الجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ، وَصفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)). [متفقٌ عَلَيْهِ، وفي رواية لمسلم: فتحت أبواب الرحمة وغلقت أبواب جهنم وسلسلت الشياطين]
Terjemahan:
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka, serta syaitan-syaitan dibelenggu”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

2. Dekatnya syurga dan neraka kepada kita:

عن ابن مسعود - رضي الله عنه -، قَالَ: قَالَ النَّبيّ - صلى الله عليه وسلم -: ((الجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثلُ ذلِكَ)) [رواه البخاري]
Terjemahan:
Dari Ibn Mas‘ud radhiallahu 'anhu berkata: Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa salam: “Syurga itu lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu sekalian berbanding dari tali capalnya, dan neraka juga seumpama itu”. (HR al-Bukhari)

* Ertinya, kaki seseorang itu sangat mudah untuk melangkah ke syurga atau tergelincir ke neraka disebabkan amalan-amalan baik atau buruk yang dilakukan setiap masa dan ketika.

3. Perkara-perkara yang melingkungi syurga dan neraka:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ». (أخرجه مسلم وأبو داود والترمذى وقال: حسن غريب، وأحمد وأبو يعلى وابن حبان عن أنس. وأخرجه مسلم وأحمد وابن حبان عن أبي هريرة)
Terjemahan:
Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu berkata: sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam: “Syurga itu dilingkungi oleh perkara-perkara yang dibenci (nafsu) dan neraka pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang digemari (nafsu) syahwat”. (HR Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi dll.)

* Ertinya, amalan-amalan untuk ke syurga dirasakan berat oleh hawa nafsu manusia seperti menunaikan solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain, manakala amalan-amalan untuk ke neraka pula mudah diikuti oleh hawa nafsu manusia seperti meninggalkan perintah-perintah tersebut, minum arak, berzina, rasuah, riba, membuat fitnah, riak dan sebagainya.

4. Nama-nama ahli syurga dan neraka:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي يَدِهِ كِتَابَانِ فَقَالَ: أَتَدْرُونَ مَا هَذَانِ الْكِتَابَانِ؟ فَقُلْنَا: لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا أَنْ تُخْبِرَنَا. فَقَالَ لِلَّذِي فِي يَدِهِ الْيُمْنَى: هَذَا كِتَابٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ فِيهِ أَسْمَاءُ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَسْمَاءُ آبَائِهِمْ وَقَبَائِلِهِمْ، ثُمَّ أُجْمِلَ عَلَى آخِرِهِمْ فَلَا يُزَادُ فِيهِمْ وَلَا يُنْقَصُ مِنْهُمْ أَبَدًا، ثُمَّ قَالَ لِلَّذِي فِي شِمَالِهِ: هَذَا كِتَابٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ فِيهِ أَسْمَاءُ أَهْلِ النَّارِ وَأَسْمَاءُ آبَائِهِمْ وَقَبَائِلِهِمْ، ثُمَّ أُجْمِلَ عَلَى آخِرِهِمْ فَلَا يُزَادُ فِيهِمْ وَلَا يُنْقَصُ مِنْهُمْ أَبَدًا، فَقَالَ أَصْحَابُهُ: فَفِيمَ الْعَمَلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ كَانَ أَمْرٌ قَدْ فُرِغَ مِنْهُ؟ فَقَالَ: سَدِّدُوا وَقَارِبُوا فَإِنَّ صَاحِبَ الْجَنَّةِ يُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ عَمِلَ أَيَّ عَمَلٍ، وَإِنَّ صَاحِبَ النَّارِ يُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَإِنْ عَمِلَ أَيَّ عَمَلٍ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدَيْهِ فَنَبَذَهُمَا، ثُمَّ قَالَ: فَرَغَ رَبُّكُمْ مِنْ الْعِبَادِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ. (أخرجه الترمذي وقَالَ: وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ، وأحمد في مسنده، والنسائي في الكبرى، وغيرهم. قال الذهبي في الميزان: هو حديث منكر جداً، ويقضى أن يكون زنة الكتابين عدة قناطير.اهـ قلت: في كلامه نظر، فقد تعقبه الحافظ ابن حجر في لسان الميزان وقال: وليس ما قاله من زنة الكتابين بلازم، بل هو معجزة عظيمة، وقد أخرج الترمذي لهذا المتن شاهداً – أي من حديث ابن عمر -.اهـ والظاهر من إنكار الذهبي له نشأ من استغرابه لمتن الحديث، ولم يصب، وله شواهد أخرى منها ما أخرجه ابن جرير الطبري في تفسيره عن رجل من الصحابة، ومنها ما ذكرها الشيخ عبيد الله المباركفوري في مرعاة المفاتيح: وفي الباب عن عمر عند البزار وابن جرير، وابن عباس عند ابن جرير والدارقطني في الأفراد، وعلي عند الطبراني في الأوسط.اهـ)
Terjemahan:
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As radhiallahu 'anhu katanya: Pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam keluar kepada kami sedang di tangan baginda ada dua buah kitab. Lantas baginda bersabda: “Adakah kamu sekalian tahu apakah dua buah kitab ini?” Maka jawab kami: Tidak ya Rasulullah, melainkan tuan sendiri yang mengkhabarkannya pada kami. Lalu sabda baginda kepada kitab yang di tangan kanannya: “Ini sebuah kitab dari Tuhan semesta alam, di dalamnya ada nama-nama ahli syurga dan nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka. Kemudian jumlahnya telah ditutup dengan nama orang yang terakhir daripada mereka. Maka tidak akan ditambah atau dikurangi daripada bilangan mereka itu selama-lamanya”. Kemudian baginda bersabda kepada kitab yang di tangan kirinya pula: “Ini sebuah kitab dari Tuhan semesta alam, di dalamnya ada nama-nama ahli neraka dan nama bapa-bapa mereka serta kabilah-kabilah mereka. Kemudian jumlahnya telah ditutup dengan nama orang yang terakhir daripada mereka. Maka tidak akan ditambah atau dikurangi daripada bilangan mereka itu selama-lamanya”. Lalu para sahabat baginda bertanya: Maka untuk apa amalan itu ya Rasulullah, jika ianya suatu perkara yang telah diselesaikan? Lantas jawab baginda: “Luruskanlah (amalan) dan bersederhanalah kamu sekalian. Sesungguhnya ahli syurga itu akan ditutupkan dengan amalan ahli syurga, walau ia melakukan apa jua amalan pun (sebelumnya). Dan sesungguhnya ahli neraka itu akan ditutupkan dengan amalan ahli neraka, walau ia melakukan apa jua amalan pun (sebelumnya)”. Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam mencampakkan kedua-dua kitab tersebut (lalu ghaib). Setelah itu, baginda bersabda: “Tuhan kalian telah pun selesai daripada urusan (takdir) hamba-hamba-Nya, satu kumpulan di dalam syurga dan satu kumpulan lagi di dalam neraka”. (HR at-Tirmizi, an-Nasa’i, Ahmad dll.)

5. Ahli syurga dan ahli neraka paling ramai:

عن ابن عباس وعِمْرَانَ بن الحُصَيْنِ - رضي الله عنهم -، عن النبي - صلى الله عليه وسلم -، قَالَ: ((اطَّلَعْتُ في الجَنَّةِ فَرَأيْتُ أكْثَرَ أهْلِهَا الفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ في النَّارِ فَرَأيْتُ أكْثَرَ أهْلِهَا النِّسَاءَ)) (أخرجه مسلم والترمذي والطيالسي وأحمد عن ابن عباس، زاد الطيالسى: والمساكين. وأخرجه البخاري والترمذي وأحمد والطبراني وابن حبان عن عمران بن حصين، زاد الطبراني: والضعفاء) 
Terjemahan:
Dari Ibn ‘Abbas dan 'Imran bin Husain radhiallahu 'anhum dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda: "Aku pernah menjenguk ke syurga, maka aku lihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir miskin, dan aku juga pernah menjenguk ke neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita." (HR al-Bukhari, Muslim dll.)

* Ertinya, orang-orang fakir miskin yang soleh dan taat kepada ajaran agama sahaja sama ada lelaki ataupun wanita yang ramai masuk ke syurga. Manakala kaum wanita ramai masuk ke neraka pula disebabkan oleh sifat riak, takbur, degil, tidak peduli hukum-hakam agama dan mudah derhaka kepada suami atau ibu bapa.

6. Sifat-sifat ahli syurga dan ahli neraka:

عن حارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مَتَضَعِّفٍ، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ. [أخرجه البخاري ومسلم]
Terjemahan:
Daripada Harithah bin Wahb al-Khuza’i radhiallahu 'anhu katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Mahukah aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli syurga? Iaitu setiap orang yang lemah, lagi dipandang lemah (rendah diri dan tiada menyimpan harta dunia), yang jika dia bersumpah atas nama Allah (berdoa kepada-Nya), nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya. Mahukah pula aku khabarkan kepada kamu semua tentang (sifat-sifat) ahli neraka? Iaitu setiap orang yang bersifat keras, kasar, sombong lagi takbur” (HR al-Bukhari dan Muslim).

7. Memohon syurga dan berlindung dari neraka:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-: «مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ. وَمَنِ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ». [أخرجه الترمذي والنسائي والحاكم وقال: صحيح الإسناد، وابن حبان والضياء في المختارة]
Terjemahan:
Dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barangsiapa meminta syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga akan berkata: Ya Allah, masukkanlah ia ke syurga. Dan barangsiapa meminta perlindungan dari neraka sebanyak tiga kali, neraka akan berkata: Ya Allah, lindungilah ia dari neraka." (HR at-Tirmizi, an-Nasa’i, al-Hakim dll)

* Doa-doa sebegini yang tidak ditentukan bila waktunya dan berapa kali perlu dilakukan seumur hidupnya menunjukkan keluasan tunjuk ajar yang dibawa oleh baginda Nabi sallallahu 'alaihi wa salam. Maka, harus sama ada seseorang itu mahu mengkhususkannya dengan masa tertentu dan dilakukan setiap hari, ataupun tidak. Namun, orang yang memperbanyak doa itu sudah tentu lebih baik dari orang yang malas berdoa.

8. Ditunjukkan tempat sama ada di syurga atau neraka kepada ahli kubur:

عن عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إِنَّ أَحَدَكمْ، إِذَا مَاتَ، عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ؛ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ؛ فَيُقَالُ: هذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أخرجه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي وابن ماجه ومالك وأحمد وغيرهم)
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya seseorang kamu apabila telah mati akan dibentangkan kepadanya tempat duduknya (di syurga atau neraka) pada sebelah pagi dan petang. Jika ia dari kalangan ahli syurga, maka ia dari kalangan ahli syurga. Jika ia dari kalangan ahli neraka, maka ia dari kalangan ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: Inilah tempat dudukmu sehinggalah Allah akan membangkitkanmu pada hari kiamat kelak”. (HR al-Bukhari, Muslim  dll)

* Kebahagiaan atau kesengsaraan akan bertambah kepada ahli kubur setelah ia mengetahui ke manakah ia akan menuju dan di manakah ia akan ditempatkan di hari akhirat nanti.


Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga dan jauhkanlah kami dari api neraka dengan berkat bulan yang mulia ini. Amin…”