بسم الله الرحمن الرحيم
Tulisan ini merupakan jawapan ringkas kepada kemusykilan yang ditujukan
kepada al-faqir tentang isu yaqazah (bertemu dengan Nabi SAW secara jaga).
Saya telah membaca apa yang ditulis oleh Firanda
dalam tulisannya: “Ternyata
Ada Sahabat Nabi dari Indonesia !!! (Fenomena Guru Ijai Al-Banjari dan Habib Munzir)”
*http://firanda.com/index.php/artikel/bantahan/532-ternyata-ada-sahabat-nabi-dari-indonesia -Diterbitkan pada 02 October 2013.
Antara
isi pentingnya & jawapan saya:
-
Mula-mula sekali beliau membicarakan tentang “definisi sahabat iaitu
–sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hajar al-'Asqolaani (seorang ulama besar
madzhab Syafi'i) adalah : Orang yang bertemu dengan Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dalam keadaan beriman kepadanya dan meninggal dalam keadaan beriman
kepadanya pula”.
Jawapan:
Secara mudah, definisi al-Hafiz Ibn Hajar itu dapat kita
fahami bahawa ia bagi mereka yang hidup di zaman Nabi SAW sahaja. Buktinya al-Hafiz
Ibn Hajar menyebut dalam kitabnya Nuzhah an-Nazar (hlm. 70):
يُعْرَفُ كَوْنُه صحابياً:
1- بالتواتر.
2- أو الاستفاضة
أو الشهرة.
3- أو بإخبارِ بعضِ الصحابةِ.
4- أو بعضِ ثقاتِ التابعين.
5- أو بإِخباره عن نفسه بأنه صحابي، إذا كانت دعواه ذلك تدخل تحت الإمكان.اهـ
Maksudnya: “Diketahui seseorang itu sahabat dengan cara tawatur
(riwayat ramai orang), atau istifadhah (maklum secara meluas) atau
masyhur, atau dengan pemberitahuan sebahagian sahabat yang lain, atau
sebahagian tabiin yang thiqah atau dengan pemberitahuan daripada dirinya
sendiri bahawa dia adalah sahabat, jika dakwaannya itu termasuk di bawah
kemungkinan”.
Jelas bahawa tidak disebut termasuk sahabat itu orang
yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga selepas wafatnya. Malah, tiada siapa
pun ahli sufi yang hak yang mendakwa dakwaan karut sebagai sahabat Nabi SAW.
-
Menyebut beberapa tokoh yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga iaitu Guru
Ijai Al-Banjari, Habib Munzir, Ahmad At-Tijaani, Ahmad Ar-Rifaa'i dan Dr. Ali
Jum'ah.
Jawapan:
Ukuran untuk menerima atau menolak dakwaan sebegini ialah
sejauhmana kepercayaan dan keyakinan kita kepada orang yang mendakwa. Jika kita mengatakan mereka
berbohong, maka kita turut meyakini mereka sebagai pendusta. Begitu sebaliknya,
jika kita mengatakan mereka benar, maka kita turut meyakini apa yang mereka
dakwa. Syeikh Ahmad At-Tijaani, Ahmad Ar-Rifaa'i, Habib Munzir dan
Dr. Ali Jum'ah adalah tokoh-tokoh alim sufi yang benar, soleh dan warak menurut
orang yang menerima ketokohan mereka. Namun, saya tidak pernah mendengar seblum
ini tentang Guru Ijai Al-Banjari, justeru saya tidak dapat mengulas lanjut
mengenai beliau.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna apa sahaja yang mereka
dakwa diterima atau didengar daripada Nabi SAW itu tidak perlu ditimbang dengan
neraca syarak. Para ulama sufi menegaskan bahawa apa yang mereka dakwa daripada
Nabi SAW itu mesti ditimbang dengan neraca syarak, ia boleh diterima jika
bertepatan dengan syarak dan wajib ditakwil atau ditolak jika tidak bertepatan
dengannya, yang sebenarnya disebabkan oleh ketidak-sempurnaan pada sifat orang
yang mendakwa dan bukannya kekurangan pada sifat Nabi SAW. Amatilah hal ini secara
cermat.. janganlah cepat menuduh-nuduh orang lain, apatah lagi orang soleh dan
orang alim sebagai pendusta, pembohong dan sebagainya. (Tidak dinafikan bahawa memang ada orang
yang SUFI PURA-PURA yang mendakwa dengan pelbagai dakwaan palsu yang luar
biasa. Orang seperti ini yang sering mencemarkan imej golongan sufi yang hak.. والله المستعان)
-
Membawa Pengingkaran Ulama Syafi'iyah Terhadap Khurofat Ini iaitu: Al-Hafiz
Ibnu Hajar al-'Asqolani (yg memetik kata-kata Abu Bakr bin al-'Arobi dan
Al-Qurthubi), Adz-Dzahabi (dalam menyentuh biografi Ar-Robii' bin Mahmud
Al-Mardini), Al-Hafiz Ibnu Katsir (menukilkan kata-kata Ibnul Jauzi tentang Abul
Fath At-Thuusy Ahmad bin Muhammad bin Muhammad), As-Sakhoowi (tetapi memetik
kata-kata Al-Qostholaani).
Jawapan:
Jika semua ulama bersepakat dalam isu ini dan tiada berlaku
sebarang perselisihan mengenainya, maka sudah tentu hal seperti ini disebut
ijmak atau kesepakatan ulama. Padahal sejak dari awal lagi isu bertemu dengan
Nabi SAW secara jaga ini kita tahu merupakan khilaf ulama. Secara mudah, orang
yang tidak pernah mengalami situasi berkenaan cuba untuk menafikan dakwaan
orang yg mengalami situasi berkenaan. Sudah tentu kondisi kedua-duanya berbeza
dan tidak sama. Ibarat
orang yang hendak menafikan kemanisan madu sedangkan ia belum pernah
merasainya..
Penulis tidak amanah dan tidak cermat apabila menyebut
‘Pengingkaran Ulama Syafi'iyah Terhadap Khurofat Ini’. Ini kerana ada ulama
Syafi’iyah yang menafikan dan ada juga ulama Syafi’iyah yang mengatakan atau
mengiktiraf kemungkinan boleh bertemu dengan Rasulullah s.a.w. secara jaga, antara
mereka ialah;
- al-Hafiz
Ibn Hajar dalam Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari (ini
pendirian beliau yang sebenarnya).
- al-Hafiz
as-Suyuti dalam Tanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa
al-Malak.
- Imam
an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.
- Imam
al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
- Imam ‘Afif
al-Din al-Yafi‘i dalam Raudh ar-Rayyahin.
- Imam
Tajuddin as-Subki.
- Imam ‘Izz
al-Din ibn ‘Abd al-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.
- Imam Ibn
Daqiq al-‘Id.
- Imam
‘Abd al-Wahhab as-Sya‘rani.
- Imam
Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Fatawa al-Hadithiyyah.
- Al-‘Allamah
‘Abd al-Ra’uf al-Munawi dalam Faydh al-Qadir.
- Syeikh
‘Abdul Qadir al-‘Idrus dalam al-Nurus Safir ‘an Akhbaril Qarnil
‘Asyir.
- Imam
al-Qastallani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah.
- Al-‘Allamah
Syeikh Ibn ‘Allan as-Siddiqi.
- Syeikh
Yusuf al-Nabhani dalam Sa‘adah al-Darayn dan lain-lain.
- Syeikh
Ibrahim al-Bajuri dalam Syarh al-Syama’il.
- Dan ramai
lagi.
-
Menyenaraikan 10 bantahan iaitu: (1) Ruh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
bisa berjumlah ganda, (2) Meyakini ruh Nabi masih bisa berjalan-jalan diatas
muka bumi melazimkan kita masih bisa berkomunikasi dengan Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam, meminta Nabi untuk memberi solusi tentang
permasalahan-permasalahan yang dihadapi, (3) jika ruh Nabi hanya muncul di
acara maulid, tentunya para sahabat akan sangat bersemangat untuk mengadakan
acara maulidan, (4) melazimkan orang yang bertemu tersebut adalah para sahabat,
(5) buku-buku hadits yang ada sekarang ternyata masih jauh dari kelengkapan, (6)
mengumpulkan hadits-hadits Nabi merupakan pekerjaan yang tolol dan
membuang-buang waktu dan energi serta biaya, (7) kalau hadits-hadits ‘sahabat
baru' ini dikumpulkan maka lebih shahih daripada kitab Shahih Al-Bukhari, (8) buat
apa para sahabat menangis dan bersedih tatkala meninggalnya Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam, (9) kenapa Umar bin Al-Khottob tidak langsung saja ketemu
ruh Nabi dan meminta Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk berdoa agar Allah
menurunkan hujan, (10) orang-orang yang menziarahi kuburan Nabi dan memberi
salam kepada Nabi ternyata hanyalah menziarahi jasad Nabi yang kosong dari
ruhnya.
Jawapan:
Penulis hanya membuat andaian dan sangkaan secara akli sahaja
tentang ruh dan alam ruh tanpa sebarang dalil naqli, padahal Allah Taala
berfirman;
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ
رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا.
Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari
perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan
sedikit sahaja". Al-Isra’: 85.
Dia juga mengkhayalkan ahli sufi mudah mendakwa bertemu
dengan Nabi SAW, terutama dalam acara maulid tanpa perlu sebarang mujahadah-mujahadah
yang berat. Juga mengandaikan kitab-kitab hadis belum lengkap dan ada hadis-hadis
sahih yang baru muncul dan berbagai lagi khayalan dan andaian yang dibuat-buat
atau sengaja difaham secara salah dan tidak berpaksi di bumi nyata serta
andaian-andaian kosong yang tidak pun disebut atau didakwa oleh tokoh-tokoh
sufi yang bertemu dengan Nabi SAW secara jaga itu. Dalam tulisan sebelum ini,
saya telah pun menjawab sebahagian khayalan dan kekeliruan yang didakwakan di
atas.
-
Mendakwa ia bertentangan dengan hadits berikut ini :
ألا وإن أول الخلائق يكسى يوم
القيامة إبراهيم ألا وإنه يجاء برجال من أمتي فيؤخذ بهم ذات الشمال فأقول يا رب
أصيحابي فيقال إنك لا تدري ما أحدثوا بعدك فأقول كما قال العبد الصالح { وكنت
عليهم شهيدا ما دمت فيهم فلما توفيتني كنت أنت الرقيب عليهم وأنت على كل شيء شهيد
} فيقال إن هؤلاء لم يزالوا مرتدين على أعقابهم منذ فارقتهم.
"Ketahuilah
bahwasanya yang pertama kali dipakaikan pakaian pada hari kiamat adalah Ibrahim
'alaihis salam. Ketahuilah akan didatangkan beberapa orang dari umatku lalu di
bawa ke arah kiri (ke neraka-pen). Maka aku berkata, "Wahai Robbi, mereka
adalah para sahabatku yang sangat sedikit". Maka dikatakan kepadaku,
"Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan
setelahmu". Maka akupun berkata sebagaimana perkataan seorang hamba yang
sholeh (Nabi Isa-pen) : "dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka,
selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan Aku,
Engkau-lah yang mengawasi mereka. dan Engkau adalah Maha menyaksikan atas
segala sesuatu" (QS Al-Maaidah : 117). Maka dikatakan : Sesungguhnya
mereka selalu kembali ke belakang mereka (murtad) semenjak engkau berpisah dari
mereka" (HR Al-Bukhari no 4652 dan Muslim no 2860)
Tentunya jika
Nabi masih bisa berjalan-jalan setelah wafat beliau maka beliau akan mengetahui
apa yang terjadi dengan sebagian sedikit orang-orang pernah bertemu dengannya
lalu murtad setelah wafat beliau.
Jawapan:
Menurut saya, tidak ada sebarang pertentangan dengan
hadis di atas. Secara akal waras dan sihat sebagai muslim kita sudah sedia
maklum, Nabi SAW bukan tuhan sehingga perlu masuk campur dalam semua urusan
Allah SWT. Baginda SAW hanyalah hamba dan utusan-Nya. Kesemua yang berlaku
adalah atas izin Allah SWT belaka. Termasuk juga isu bertemu dengan Nabi SAW
secara jaga ini.
-
Bantahan terhadap pendalilan dengan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
:
مَنْ رآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقْظَةِ.
"Barang
siapa yang melihatku dalam mimpi maka ia akan melihatku dalam keadaan
terjaga" (HR Al-Bukhari no 6993 dan Muslim no 2266)
Beliau mendakwa para
ulama telah menjelaskan maksud dan makna sebenar hadits ini, diantaranya
Al-Imam An-Nawawi dlm syarahnya dan menyebut “karena kenyataannya, banyak orang
yang bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi akan tetapi
mereka tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga”.
Jawapan:
Sekali
lagi penulis tidak amanah dalam menyebut ‘para ulama’ sehingga pembaca akan
membayangkan pendirian kesemua para ulama, padahal hakikat sebenarnya para
ulama berselisih pendapat tentang makna hadis ini. Lihatlah sendiri dalam
kitab-kitab syarah hadis seperti Bahjah an-Nufus, al-Minhaj, Fath
al-Bari dan lain-lain. Dan telah saya sebut sebelum ini, Imam an-Nawawi
sebenarnya termasuk dalam kalangan ulama yang mengiktiraf kemungkinan boleh
bertemu dengan Rasulullah s.a.w. secara jaga, bukan sepertimana dakwaan penulis
itu.
Penulis menukilkan daripada Al-Imam
An-Nawawi rahimahullah, beliau berkata :
"...سيراني في
اليقظة ففيه أقوال أحدها المراد به أهل عصره ومعناه أن من رآه في النوم ولم يكن
هاجر يوفقه الله تعالى للهجرة ورؤيته صلى الله عليه وسلم في اليقظة عيانا والثاني
معناه أنه يرى تصديق تلك الرؤيا في اليقظة في الدار الآخرة لأنه يراه في الآخرة
جميع أمته من رآه في الدنيا ومن لم يره والثالث يراه في الآخرة رؤية خاصته في
القرب منه وحصول شفاعته".
"…(Dia
akan melihatku dalam keadaan terjaga), maka ada beberapa pendapat.
Pertama :
Maksudnya adalah orang-orang yang tinggal semasa dengan Nabi shallallahu
'alaihi wa sallam. Dan maknanya adalah : Barang siapa yang melihatnya di dalam
tidur dan belum berhijroh, maka Allah akan memberikan taufiq kepadanya untuk
berhijroh dan melihat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam kondisi terjaga
.
Kedua :
Maknanya adalah ia melihat kebenaran mimpi tersebut dalam kondisi terjaga di
akhirat, karena semua umat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan melihat Nabi
di akhirat, baik yang pernah melihatnya di dunia ataupaun yang tidak melihatnya
di dunia
Ketiga :
Ia akan melihat Nabi di akhirat dengan penglihatan yang khusus yaitu dekat
dengan Nabi dan akan memperoleh syafa'atnya" (Al-Minhaaj syarh Shahih
Muslim 15/26)
Demikian menurut Firanda. Sebenarnya terdapat ungkapan
ayat yang hilang dalam nuskhah yang beliau gunakan tersebut. Al-Hafiz as-Suyuti
menggunakan nuskhah manuskrip yang lebih tepat di mana beliau menukilkan
daripada Imam an-Nawawi:
قال النووي
(15 / 26): فيه أقوال، أحدها: المراد به أهل عصره ومعناه أن من رآه في النوم ولم
يكن هاجر يوفقه الله سبحانه تعالى للهجرة ورؤيته صلى الله عليه وسلم في اليقظة
عيانا، والثاني: معناه أن يرى تصديق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وأبعد أن يكون
معناه سيراني في الدار الآخرة لأنه يراه في الآخرة جميع أمته من رآه في الدنيا
ومن لم يره، والثالث: يراه في الآخرة رؤية خاصة من القرب منه وحصول شفاعته ونحو
ذلك، انتهى (الديباج على صحيح مسلم للسيوطي، 5/ 285)
Terjemahan:
“…Kedua : Maknanya adalah ia melihat kebenaran mimpi tersebut dalam kondisi
terjaga serta kesahihannya, dan amat jauh jika maknanya ia akan dapat melihatku
di akhirat karena semua umat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan melihat
Nabi di akhirat, baik yang pernah melihatnya di dunia ataupun yang tidak melihatnya
di dunia…”.
Perhatikan
ayat yang bergaris.. barulah nampak perbezaan antara pendapat kedua dan ketiga.
Jika tidak, pendapat kedua itu akan kelihatan canggung kerana semua orang yang
tidak bermimpi melihat Nabi SAW pun kemungkinan akan dapat melihat Nabi SAW di
akhirat kelak. Justeru, apa istimewanya hadis tersebut?
Akhir
sekali beliau mendakwa “banyak orang yang
bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi akan tetapi
mereka tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga”. Padahal dakwaan seperti ini, realitinya
amat sukar untuk dibuktikan dengan fakta jelas, siapakah dia orang yang
bermimpi ketemu Nabi shallallahu 'alahi wa sallam dalam mimpi kemudian mereka
tidak melihat Nabi dalam kondisi terjaga??? Bagaimana ini hendak dibuktikan?
Bagaimana kalau ia memang benar-benar dapat bertemu Nabi SAW secara jaga, namun
ia enggan memberitahunya kepada sesiapa pun? Atau benar-benar dapat bertemu
Nabi SAW walaupun pada saat ia sedang nazak hampir mati? Apakah ia punya
kesempatan memberitahu orang lain saat sakaratul maut bahawa ia dapat bertemu
Nabi SAW secara jaga?? Kalau sekadar ia pernah melihat Nabi SAW di dalam mimpi,
kemudian setelah berlalu 30-40 tahun dia masih belum bertemu Nabi SAW secara
jaga belum lagi dapat menjadi bukti yang benar-benar kukuh dan ampuh.
Dakwaan
penulis ‘banyak orang’ itu sebenarnya tidak disandarkan kepada fakta jelas. Beliau
sebenarnya hanya memetik andaian musykil al-Hafiz Ibn Hajar, sedangkan al-Hafiz
Ibn Hajar sendiri menutup andaian tersebut dengan kata-kata Imam Ibn Abi Jamrah
yang tegas menyatakan harus bertemu Nabi SAW secara jaga. Kita tetap tidak
menafikan bahawa ulama berselisih tentang makna hadis di atas. Maka, janganlah
mendakwa seolah-olah tafsiran hadis ini hanya satu sahaja. Manakala di sini saya
memilih tafsiran ulama yang menyatakan harus bertemu Nabi SAW secara jaga,
malah sudah terbukti benar daripada pengalaman para wali dan para solihin.
Terpulang jika anda menolaknya..
Wallahu
a‘lam..