Pages

Tuesday, April 22, 2014

2) KAJIAN SANAD KISAH TELAGA BARAHUT II


Sebelum ini telah disebut bahawa Syeikh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membawa kisah yang hampir sama yang telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya:

“Telah mati seorang lelaki di kalangan Yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahui di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu dia bertanya kepada Syu’aib al-Jubba’i, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke Barahut, dan sebelumnya ada mata air yang tenang. Apabila ia kering pada hari Sabtu, lintasilah ia sehingga kamu sampai ke satu mata air telaga di sana. Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu”. Lantas lelaki tersebut pun melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air tersebut, seterusnya menyeru nama ayahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu ayahnya menjawab dan dia bertanya: “Di manakah barang simpanan si fulan itu?” Jawab ayahnya: “Di bawah bendul pintu, maka serahkanlah barang tersebut kepadanya dan kekallah kamu di atas keadaan kamu sekarang ini (iaitu kekal di dalam Islam).” 

Cerita ini dirujukkan kepada buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri. Ia sebenarnya dinukilkan daripada Imam Ibn Abi al-Dunya (w. 281H) dalam Kitab al-Qubur yang mencatatkan dengan sanadnya sepertimana berikut:
حدثنا الحسن بن عبد العزيز ثنا عمرو بن أبي سلمة عن عمر بن سليمان قال: "مات رجل من اليهود وعنده وديعة لمسلم، وكان لليهودي ابن مسلم فلم يعرف موضع الوديعة، فأخبر شعيباً الجبائي فقال: "ائت برهوت، فإن دونه عين تسبت، فإذا جفت في يوم السبت فامش عليها حتى تأتي عينا هناك فادع أباك، فإنه سيجيبك فاسأله عما تريد". ففعل ذلك الرجل، ومضى حتى أتى العين، فدعا أباه مرتين، أو ثلاثاً، فأجابه فقال: "أين وديعة فلان؟"، قال: تحت أسكفة الباب، فادفعها إليه، والزم ما أنت عليه".
 
Analisa sanad:

  • (الحسن بن عبد العزيز) – al-Hasan bin ‘Abdul ‘Aziz adalah seorang yang thiqah. Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut beliau adalah thiqah, thabat, abid lagi fadhil (w. 257H). (al-Jarh wa at-Ta‘dil oleh Ibn Abi Hatim no. 102, Taqrib at-Tahzib no. 1253)

  • (عمرو بن أبي سلمة) – Menurut Yahya bin Ma‘in: ‘Amru bin Abi Salamah adalah daif. Menurut Abu Hatim: Boleh ditulis hadisnya, namun tidak boleh berhujah dengannya (يكتب حديثه ولا يحتج به). (al-Jarh wa at-Ta‘dil oleh Ibn Abi Hatim no. 1304). Kata as-Saji: Daif. Kata al-‘Uqaili: Pada hadisnya terdapat waham. Bagaimanapun, beliau adalah termasuk rijal al-Bukhari dan Muslim, bahkan rijal al-Kutub as-Sittah. Ibn Hibban menyebutnya dalam kalangan at-Thiqat. Ibn Yunus dan al-Walid bin Muslim mengatakannya thiqah (w. 213 @ 214H) (Tahzib at-Tahzib no. 70). Al-Hafiz Ibn Hajar merumuskan kedudukannya seperti berikut: Benar, namun mempunyai kesilapan-kesilapan (صدوق له أوهام). (Taqrib at-Tahzib no. 5043)

§         (عمر بن سليمان) – ‘Umar bin Sulaiman, bin ‘Asim bin ‘Umar bin al-Khattab RA  adalah seorang yang thiqah (Taqrib at-Tahzib no. 4912). Juga dikatakan dipanggil: ‘Amru bin Sulaiman. Ibn Hibban menyebutnya dalam kalangan at-Thiqat. Beliau adalah termasuk golongan atba‘ tabi‘in, yang sezaman dan satu tabaqat dengan Ibn Juraij yang wafat tahun 150H. an-Nasa’i mengatakannya thiqah. Kata Yahya bin Ma‘in: Thiqah, dan menurut Abu Hatim: Soleh. (al-Jarh wa at-Ta‘dil oleh Ibn Abi Hatim no. 598)

Jelas dalam sanad ini juga tiada perawi yang dapat kita katakan sebagai pendusta atau pemalsu berita. Pentahkik Kitab al-Qubur, Tariq Muhammad al-‘Amudi mengatakan sanad kisah ini daif kerana kelemahan pada ‘Amru bin Abi Salamah. al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Ahwal al-Qubur dan Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur mencatatkannya tanpa sebarang ulasan tentang darjatnya.

Jika kita katakan kedaifan yang dilontar kepada ‘Amru bin Abi Salamah itu hanya bersangkut dengan periwayatan hadis-hadis sahaja kerana ketelitian imam-imam dalam soal hadis, maka tidak bermakna semua cerita-cerita selain hadis yang disampaikannya juga begitu. Tidak mungkin kita katakan seumur hidupnya dipenuhi dengan kesilapan-kesilapan dalam berbicara. Apatah lagi kisah luar biasa yang seperti itu, tidak mungkin dapat dilupakan dengan mudah. Justeru, ulama hadis yang mengatakan beliau itu thiqah dapat diambil kira dalam hal ini, bukannya tidak ada nilai langsung sepertimana yang disangka oleh sesetengah orang.

Sebab itu, Imam al-Bukhari sendiri ada mengambil kira riwayatnya sebagai mutaba‘ah (sokongan). Malah, banyak hadis-hadis yang diriwayatkan melalui beliau oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dipersetujui sebagai sahih oleh az-Zahabi juga. Kerana tiada kefahaman jelas dalam masalah ilmu al-Jarh wa at-Ta‘dil, sebahagian orang menyangka bahawa kedaifan pada sesetengah perawi itu adalah secara zat, yakni tabiat peribadi semulajadi yang melazimi dirinya sepanjang hayat, sedangkan ia sebenarnya hanya dalam soal periwayatan hadis-hadis yang merupakan kalam suci Nabi SAW yang mesti dipelihara dengan teliti. Berapa ramai perawi yang dihukum daif, padahal mereka adalah tokoh-tokoh hebat di tempatnya dan hamba-hamba Allah yang soleh, zuhud dan warak yang tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT.

Apa yang utama, kisah ini sedikit sebanyak dapat mengukuhkan bahawa kejadian seperti kisah yang pertama itu bukanlah satu cerita yang diada-adakan atau direka-reka sebagaimana dakwaan sesetengah orang.


Wallahu alam.

Saturday, April 19, 2014

KAJIAN SANAD KISAH TELAGA BARAHUT



Teks kisah (daripada fb Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri):

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 10,000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: “Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu”.

Akhirnya, orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah (dalam riwayat Abu al-Laith: para fuqaha’ Mekah) dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: “Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu”.

Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu; innalillahi wainna ilaihi raji'un. “Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barahut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?”

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barahut itu. Akhirnya, dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: “Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu?”

Orang itu menjawab: “Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu”.

Kemudian orang kaya itu bertanya: “Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu?” Maka orang itu menjawab: “Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam”.

Ulasan:

1. Alhamdulillah, isu kisah telaga Barahut yang tiba-tiba melonjak ini telah dijelaskan dengan baik oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan juga sahabat saya, al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis. Namun, di sini saya ingin mengupas dari sudut kajian sanad kerana sudut ini tidak dibincangkan, sehingga ada yang mendakwa ia serupa kisah ‘kartun’ yang direka-reka.

2. Menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sumber kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi. Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir.

3. Ustaz Raja Ahmad Mukhlis menambah, ia juga dicatat oleh al-Imam Muhammad al-Safarini dalam kitab Ghiza' al-Albab fi Syarh Manzumah Al-Adab. Beliau menukilkannya daripada pengarang az-Zawajir dan lain-lain daripada para imam yang muktabar. Ini menunjukkan kisah ini memang masyhur, malah ia sebenarnya berlaku lama dahulu dalam kurun kedua hijrah.

4. Asal kisah ini sebenarnya telah diriwayatkan secara bersanad oleh Imam Abu al-Laith Nasr bin Muhammad as-Samarqandi (w. 373H) di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin (hlm. 137) daripada Yahya bin Sulaim, iaitu pencerita asal kisah berkenaan sepertimana berikut;
حَدَّثَنِي أَبِي, قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ بْنُ حَمْزَةَ أَبُو الْحُسَيْنِ الْفَرَّاءُ الْفَقِيهُ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الطُّوسِيُّ، حَدَّثَنَا حَامِدٌ بْنُ يَحْيَى الْبَلْخِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ, قَالَ: "كَانَ عِنْدَنَا بِمَكَّةَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ، وَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَكَانَ النَّاسُ يُودِعُونَهُ وَدَائِعَهُمْ، فَجَاءَ رَجُلٌ فَأَوْدَعَهُ عَشْرَةَ آلَافِ دِينَارٍ، وَخَرَجَ الرَّجُلُ فِي حَاجَتِهِ فَقَدِمَ الرَّجُلُ مَكَّةَ....إلخ

5. Analisa sanad Imam Abu al-Laith:
  • (أَبِي) – bapa beliau, iaitu Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim as-Samarqandi. Secara zahir, Imam Abu al-Laith menerima dan mempercayai riwayat bapanya.
  • (مُحَمَّدٌ بْنُ حَمْزَةَ أَبُو الْحُسَيْنِ الْفَرَّاءُ الْفَقِيهُ) - Imam Abu al-Laith atau bapanya menggelar Muhammad bin Hamzah sebagai al-faqih yang menunjukan tahap keilmuannya yang tinggi. Bahkan, beliau tidak berseorangan menyampaikannya kerana riwayat beliau telah disokong oleh Ahmad bin Muhammad an-Naisaburi pengarang kitab al-Hikayat, sepertimana yang dinukilkan daripadanya oleh al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam Ahwal al-Qubur (hlm 187) dan Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur (hlm 247). Berikut teks sanad dalam kedua-duanya:
-         قال ابن رجب: وفي كتاب حكايات لأبي عمرو أحمد بن محمد النيسابوري حدثنا بكر بن محمد بن عيسى الطرطوسي حدثنا حامد بن يحيى بن سليم قال:...إلخ
-         قال السيوطي: وفي كتاب الحكايات لأبي عمر أحمد بن محمد النيسابوري حدثنا أبو بكر بن محمد بن عيسى الطرسوسي حدثنا حامد بن يحيى بن سليم قال:...إلخ
Barangkali secara teknikal penyalin tersilap dalam menyalin sanad ini, terutama pada nama pencerita asal. Ia bukan Hamid bin Yahya bin Sulaim kerana Imam Abu al-Laith jelas menyebut: Hamid bin Yahya al-Balkhi yang mengambil daripada Yahya bin Sulaim.
  • (أَبُو بَكْرٍ الطُّوسِيُّ) – berdasarkan nukilan al-Hafiz Ibn Rajab dan as-Suyuti di atas beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi, bukan at-Tusi (w. 276H). Kredibiliti beliau diperselisihkan oleh ahli hadis, namun yang pasti beliau bukanlah seorang pendusta atau dituduh berdusta. al-Hafiz az-Zahabi mengkategorikannya dalam kalangan al-Huffaz dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz (no. 625). Antara katanya:
-         الحافظ البارع أبو بكر محمد بن عيسى بن يزيد التميمي الطرسوسي رحال جوال.
-         قال الحاكم: هو من المشهورين بالرحلة والفهم والتثبت.
Antara yang disebut pula dalam Lisan al-Mizan oleh al-Hafiz Ibn Hajar (no. 7290):
-         قال ابن عَدِي: هو في عداد من يسرق الحديث وعامة ما يرويه لا يتابعونه عليه.
-         وذكره ابنُ حِبَّان في الثقات فقال: يروي، عَن أبي نعيم، وَأبي اليمان دخل ما وراء النهر فحدثهم بها, يخطىء كثيرا.
-         وقد روى عن الطرسوسي أبو عوانة في صحيحه وأبو مسعود الرازي مع تقدمه.
  • (حَامِدٌ بْنُ يَحْيَى الْبَلْخِيُّ) – beliau  disebut dalam Taqrib at-Tahzib (no. 1068) sebagai thiqah, hafiz (w. 242H). Kata al-Hafiz az-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz (no. 492):
-         حامد بن يحيى بن هانئ الحافظ المكثر الثقة أبو عبد الله البلخي نزيل طرسوس.
  • (يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ) – nisbah beliau at-Ta’ifi, termasuk dalam kalangan rijal al-Bukhari dan Muslim (w. 195H). Ramai yang mengatakannya thiqah, namun beliau disebut dalam Taqrib at-Tahzib (no. 7563) sebagai benar, namun buruk hafazan (صدوق سيء الحفظ). Antara kata al-Hafiz az-Zahabi dalam Tazkirah al-Huffaz (no. 309):
-         يحيى بن سليم الحافظ الإمام أبو زكريا القرشي الطائفي الحذاء الخراز نزيل مكة.
-         قال ابن سعد: ثقة كثير الحديث. وعن الشافعي قال: كان يحيى بن سليم فاضلا كنا نعده من الأبدال.

6. Walaupun ada sedikit kelemahan pada sanad tersebut, seperti pada Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi. Namun, jelas bahawa tiada periwayat yang dapat kita kecam dan tuduh sebagai pereka-reka cerita. Perlu juga diingat, penilaian terhadap sesuatu hikayat biasa tidak semestinya seketat penilaian terhadap hadis Nabi SAW, apatah lagi ia hanya sekadar berbentuk peringatan. Kerana itu imam-imam memandangnya elok untuk direkodkan dalam kitab-kita mereka. Malah, jika kita andaikan Ibn ‘Adi agak berlebihan dalam mengkritik Abu Bakar Muhammad bin ‘Isa at-Tarasusi yang sebenarnya hanya disebabkan kesilapan sebagai manusia biasa, sanad tersebut mungkin mempunyai sedikit kekuatan berdasarkan penilaian al-Hakim, Ibn Hibban dan Abu ‘Awanah terhadap beliau.

7. Justeru, bagaimana ada yang mendakwa cerita ini langsung tidak berasas dan 'kartun'. Andaian kita boleh pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang, bukan hujah untuk menolak asal cerita. Bahkan boleh saja kita berbuat demikian dan tiada siapa pun yang menghalang. Namun, perlu ingat jika ia tidak dizinkan oleh Allah SWT, maka ia tidak akan berlaku. Manakala, cerita berkenaan bolehjadi ketika itu memang atas izin Allah Taala jua. Maka, untuk mengatakan cerita di atas itu palsu dan direka perlulah diteliti semula. Lebih-lebih lagi ianya hanya berbentuk peringatan dan motivasi.

8. Kemungkinan kejadian serupa pernah berlaku beberapa kali. Menurut Syeikh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati seorang lelaki di kalangan Yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahui di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari Sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana. Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu. Dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Di manakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Di bawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

9. Sesuatu cerita memang perlu dinilai keselarasannya dengan Al-Quran dan as-Sunnah, namun tidak semestinya ia wajib meraikan logik akal manusia yang dangkal. Kerana sesuatu yang dirasakan tidak logik oleh sesuatu pihak (misalnya para pengingkar karamah wali), boleh jadi ianya logik dan dapat diterima oleh pihak yang satu lagi (para pemercaya karamah wali). Justeru, pendapat yang mengatakan bahawa perkara yang tidak logik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam adalah satu pendapat yang relatif yang perlu dirujuk kepada para ulama jua. Begitu juga pendapat bahawa Islam agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara bukanlah terbuka dalam bentuk umum begitu sehingga sesiapa sahaja dengan sesuka hati boleh menolak apa sahaja yang dirasakannya tidak rasional menurut akalnya sendiri.

Wallahu a'lam.



Wednesday, April 9, 2014

Tuan Guru Baba Abdul Aziz رحمه الله


Daripada catatn murid Babo Aziz ..

-Belasungkawa

Kewafatan al-Marhum TG Babo Abdul Aziz (Ketua Ulama Pattani) Kg. Kok Kapok, Tak Bai, Thailand:

Pengkebumian al-Marhum Tuan Guru Baba Abdul Aziz As Syafie, 76 tahun. Alhamdulillah sempat memberi penghormatan terakhir. Sebaik sahaja mendengar berita kewafatan TG pada pukul 1.00 pagi, terus kami dr Lembah Klang bergegas ke Tak Bai melalui Pengkalan Kubur? Kelantan. Bagaikan baru semalam bersama al-Marhum Baba, sempat khidmat dgn Babo tatkala bermusafir dgn beliau hampir 1 minggu di Pontianak, Kalimantan 3 mggu lepas.

Nasihatnya (mafhum kalam): Dalami tauhid makrifat sehingga mencapai syuhudiah. Tauhid itu bukan akalan, tapi perasaan. Kata al-Marhum TG lagi, "Zaman Imam Mahdi sudah tidak lama dah", berulang2 kali. Allahu..

Sebelum wafat, TG berpesan kpd keluarga dan anak2 buahnya, "Jangan gila dunia, skrg ramai orang gila dunia".

Detik2 kewafatan...

1- Di hospital Kubang Kerian, Kelantan. Masuk waktu maghrib semalam, al-Marhum TG yang pernah bermukim di Makkah hampir 25 tahun, lazimi membasahkan lidahnya dgn zikir la ilaha ilallah....Allah. Sambil berpesan, banyak gangguan Iblis skrg.

2- Sesudah selsai zikir, (wafat pukul 11.00mlm). Seakan2 sudah tahu beliau akan wafat, TG mengumpulkan ahli keluarganya dan ank buah terdekat utk memohon maaf, menoktahkan wasiat sambil bercakap, "'Jemputan' sudah dtg ni, hidup Baba mcm tunggu bas je". senyum sahaja Baba.

3- Saat2 terakhir, TG berdiam tenang... lalu mengucapkan kalimah syahadah. maka terhenti la ia nafas. kembali TG ke rahmatullah.

Nasihat TG yang paling saya terkesan: "Bila lagi kamu nak banyakkan selawat? Bila lagi kamu nak banyakkn bangun malam"... Nak tunggu bila lagi..."?

Setakat ini catatan ambe...
Machang, Kelantan.

*Lihat juga: http://allangkati.blogspot.com

Muhammad Qutb رحمه الله


Muhammad Qutb meninggal dunia pada hari Jumaat, 04 April 2014 di Jeddah, Arab Saudi.
http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=home.regcon&contentid=20140405200933

Muhammad Quthb merupakan anak kedua dari lima bersaudara yang lahir pada tahun 1919 di Musha, salah satu Provinsi Asyut, di dataran tinggi Mesir. Untuk tanggal dan bulan lahirnya tidak ada sumber yang menyebutkan secara jelas dan lengkap. 

Beliau terlahir dari keluargayang amat shaleh dan taat beribadah. Muhammad Quthb mempunyai lima saudara kandung. Saudara pertamanya adalah Sayyid Quthb yang mempunyai nama lengkap Sayyid Quthb Ibrahim Husain, lahir pada tanggal 9 Oktober 1906. Sayyid Quthb merupakan salah seorang pemikir besar Islam kontemporer. Dipergerakan Ikhwanul Muslimin, ia disebut-sebut sebagai tokoh kedua setelah Hasan al-Banna. Ia juga sering disejajarkan dengan Abul A’la al-Maududi (tokoh gerakan Islam Jamaat Pakistan) dan Ali Syariati (seorangideolog revolusi Iran). Dia juga seorang penulis, karya-karyanya yang terkenal antara lain: al-Salaamu al-Alamy wa al Islam, Ma’alim Fith-Thariq, dan Tafsir Fi Zhilalil Qur’an.

Kedua, Nafisah. Berbeda dengan saudara-saudaranya yang lain (sebagai penulis), Nafisah tidak. Tapi, ia menjadi aktifis Islam dan menjadi Syahidah.

Ketiga, Aminah, ia juga aktifis Islam dan aktif menulis buku-buku sastra. Ada dua buku yang diterbitkannya, yaitu: Fi Tayyar al-Hayah(Dalam Arus Kehidupan) dan Fith-Thariq (Di Jalan). Aminah menikah dengan Sayyid Muhammad Kamaluddin as-Sanuari pada tahun 1973. Suaminya meninggal sebagai Syahid di penjara pada 8 November 1981.

Keempat, Hamidah, ia juga seorang penulis buku. Hamidah menulis buku bersama-sama saudara-saudaranya dengan judul al- Athyafal-Arba’ah. Keaktifannya dalam pergerakan Islam membuat dirinya divonis penjara 10 tahun dan dijalaninya selama 6 tahun 4 bulan. Setelah keluar dari penjara, ia menikah dengan Dr. Hamdi Mas’ud.

Ayah Muhammad Quthb bernama al-Haj Quthb bin Ibrahim, seorang petani terhormat yang relatif berada, dan menjadi anggota Komisaris Partai Nasionalis di desanya. Rumahnya dijadikan markas bagi kegiatan politik partainya. Di situlah rapat-rapat penting diselenggarakan, baik yang dihadiri oleh semua orang maupun yang sifatnya rahasia dan hanya dihadiri oleh orang-orang tertentu saja. Lebih dari itu, rumah ayah Muhammad Quthb juga menjadi pusat informasi yang selalu didatangi oleh orang-orang yang ingin mengikuti berita-berita Nasional dan Internasional dengan diskusi-diskusi para aktifis yang sering berkumpul di situ, atau untuk tempat membaca koran.

Muhammad Quthb merupakan salah seorang pemikir muslim atau intelektual muslim tingkat dunia yang cukup kesohor. Selain dikenal sebagai pakar teologi, pakar pemikir Islam, beliau juga dikenal sebagai pemikir pendidikan Islam. Sebagai seorang pemikir muslim modern saat ini, beliau juga terlibat dalam berbagai kancah keilmuan, seperti pernah menjabat sebagai direktur Biro Proyek Terjemahan Seribu Buku di Mesir, dan juga beliau terlibat dalam Konferensi Dunia Pertama tentang Pendidikan Islam di Mekkah pada tanggal 31 Maret-8 April tahun 1977, di mana beliau ikut menyampaikan makalah yang berjudul, “The Role Of Religion In Education”.

3 Pemikiran-pemikiran Muhammad Quthb banyak terinspirasi dari kakak kandungnya sendiri, yaitu Sayyid Quthb. Beliau sendiri mengakui bahwa Sayyid Quthb bukan saja merupakan kakak kandung saja, tetapi juga merupakan ayah, guru, dan sahabat sekaligus. Namun demikian, Muhammad Quthb tetap memiliki integritasnya sendiri sebagai pemikir.Sayyid Quthb telah membangun landasan pemikiran Islam modern, dan di atas landasan itu Muhammad Quthb mendirikan kerangka pemikiran modern Sedikit yang dapat diketahui tentang latar belakang dan pendidikannya Muhammad Quthb, namun diketahui bahwa ia hidup bersama kakaknya yang terkenal yaitu Sayyid Quthb, kedua saudara perempuannya, dan ibunya di Helwan, dekat Kairo untuk beberapa tahun dimulai pada tahun 1926.

Muhammad Quthb pernah ditahan oleh presiden Jamal AbdulNasser selang beberapa hari sebelum kakaknya ditangkap, yaitu pada tanggal 29 Juli 1965 karena diduga keras sebagai komplotan yang akan menggulingkan pemerintahan pada saat itu. Ia dipenjara selama tujuh tahun, dan bebas pada tahun 1972.

4 Setelah keluar dari penjara, ia mencari perlindungan dengan menjadi anggota persaudaraan muslim di Saudi Arabia, yang dikenal dengan sebutan Ikhwanul Muslimin (sebuah organisasi keagamaan yang didirikan di Mesir pada tahun 1929 oleh Hasan al-Banna, yang mana organisasi ini berusaha menentang rezim negeri Muslim yang cenderung sekuler). Kemudian ia mengedit dan mempublikasikan buku-buku karangan kakaknya Sayyid Quthb dan mengajar sebagai profesor di Kajian Islam. Menurut sumber yang berbeda, salah satunya Mecca’s Umm al-Qura University, atau King Abdul Aziz University di Jeddah,dan salah satunya Osama bin Laden atau Ayman al-Zawahiri sebagai muridnya.

Sumber: http://id.shvoong.com/social-sciences/education/2197024-biografi-singkat-muhammad-quthb/#ixzz2yLQJFNrh


Karya-karya beliau:
                  – ملف وورد
                  – ملف وورد
                  – وورد: الجزئين في ملف واحد
4)                منهج الفن الإسلامي (مصوّر)
5)                جاهلية القرن العشرين (وورد)
7)                دراسات قرآنية (مصوّر)
8)                هل نحن مسلمون؟ (مصوّر)
                  – ملف وورد
9)                 شبهات حول الإسلام (وورد)
10)               في النفس والمجتمع (وورد)
12)               قبسات من الرسول (وورد)
13)               معركة التقاليد (مصوّر)
14)               مذاهب فكرية معاصرة (وورد)
15)               مغالطات (مصوّر)
16)               مفاهيم ينبغي أن تصحح (مصوّر)
20)               العلمانيون والإسلام (مصوّر)
22)               واقعنا المعاصر (مصوّر)
                   – ملف وورد
                   – ملف وورد
24)               كيف ندعو الناس؟ (مصوّر)
                   – ملف وورد
25)               المسلمون والعولمة (وورد)
26)               ركائز الإيمان (مصوّر)
                   – ملف وورد
27)               لا يأتون بمثله! (مصوّر)
28)               من قضايا الفكر الإسلامي المعاصر (غير متوفر حتى الآن).
30)               الجهاد الأفغاني ودلالاته (غير متوفر حتى الآن).
31)               دروس تربوية من القرآن الكريم (غير متوفر حتى الآن).
32)               حول تطبيق الشريعة (وورد)
33)               المستشرقون والإسلام (غير متوفر حتى الآن).
35)               هذا هو الإسلام! (غير متوفر حتى الآن).
39)               مكانة التربية في العمل الإسلامي (غير متوفر حتى الآن).
http://mqutb.wordpress.com/%D9%83%D8%AA%D8%A8-%D9%88%D9%85%D8%A4%D9%84%D9%81%D8%A7%D8%AA/