Antara perkara pasti yang menjadi
keyakinan buat kita ialah umat manusia kini berada di bahagian akhir umur
dunia. Namun, tiada siapa yang mengetahui dengan tepat bilakah penghujung
akhirnya. Bagaimanapun, Nabi SAW tlh mengkhabarkan kpd kita bahawa ia akan didahului
dengan pelbagai tanda, sama ada besar atau kecil sebelum ketibaannya. Antaranya
ialah serangan satu kaum yg bermata
sepet, berwajah kemerahan, berhidung pesek dan wajah mereka itu seakan-akan
perisai yang bundar.
Ada yg mentafsirkan bhw mrk ialah
bangsa China, melihat kpd kuasa besar ekonomi dunia pada masa sekarang ini
dipelopori oleh mrk. Boleh jadi juga melihat kpd peranan mrk memonopoli ekonomi
atau politik dlm sesebuah negara yang perbagai bangsa. Justeru, ada yg
menyangka bangsa China adalah kaum yg dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam
hadis-hadisnya. Benarkah begitu? Jika kita kumpulkan kesemua jalan-jalan
riwayat hadis berkaitan dgn sifat-sifat dan tindakan kaum tersebut, maka kita
akan dapati ianya agak berbentuk spesifik dan klasik berbanding kehidupan moden
sekarang ini.
[i] Dalam riwayat Abu Hurairah RA
menyebut mrk itu adalah bangsa at-Turk:
عن أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ
حَتَّى تُقَاتِلُوا التُّرْكَ، صِغَارَ الأَعْيُنِ، حُمْرَ الوُجُوهِ، ذُلْفَ
الأُنُوفِ، كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ المَجَانُّ المُطْرَقَةُ، وَلاَ تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا نِعَالُهُمُ الشَّعَرُ." [أخرجه البخاري ومسلم في صحيحيهما]
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu sekalian memerangi bangsa
at-Turk, bermata kecil (sepet), berwajah kemerahan, berhidung pesek,
seakan-akan wajah mereka itu perisai yang bundar. Dan kiamat tidak akan terjadi
sehingga kamu sekalian memerangi suatu kaum yang sandal mrk berbulu”. (HR al-Bukhari
dan Muslim dalam Sahih mereka)
[ii] Dalam riwayat Abu Sa‘id al-Khudri RA terdapat tambahan ttg
sifat-sifat mereka iaitu:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وعلى آله وَسَلَّمَ: "لَا تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا قَوْمًا صِغَارَ الْأَعْيُنِ، عِرَاضَ الْوُجُوهِ،
كَأَنَّ أَعْيُنَهُمْ حَدَقُ الْجَرَادِ، كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الْمَجَانُّ
الْمُطْرَقَةُ، يَنْتَعِلُونَ الشَّعَرَ، وَيَتَّخِذُونَ الدَّرَقَ، حَتَّى
يَرْبُطُوا خُيُولَهُمْ بِالنَّخْلِ". [أخرجه أحمد (رقم 11279) ، وابن ماجه (رقم 4099)
، وابن حبان (رقم 6747)، حديث حسن]
“… seakan-akan mata mereka itu mata belalang, …
mereka memakai sandal berbulu, membawa perisai kulit, sehingga mrk mengikat
kuda-kuda mereka di pohon kurma”. (HR Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
[iii] Dalam riwayat
Buraidah RA trdapat perincian brbunyi:
عن بريدة قال: كنت جالسا عند النبي صلى الله عليه
وسلم، فسمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: «إن أمتي يسوقها قوم عراض الوجوه،
صغار الأعين كأن وجوههم الحجف، ثلاث مرار حتى يلحقوهم بجزيرة العرب، أما السائقة
الأولى فينجو من هرب منهم. وأما الثانية فيهلك بعض، وينجو بعض. وأما الثالثة
فيصطلمون كلهم من بقي منهم» . قالوا: يا نبي الله، من هم؟ قال: «هم الترك» . قال:
«أما والذي نفسي بيده ليربطن خيولهم إلى سواري مساجد المسلمين» [أخرجه أحمد (رقم
23001) والبزار والحاكم (رقم 8463) وقال: صحيح الإسناد. وأبو داود مختصرًا (رقم 4305).
وقال الهيثمي (7/311): رواه أبو داود باختصار رواه أحمد والبزار باختصار ورجاله
رجال الصحيح]
“Sesungguhnya umatku akan diasak
oleh suatu kaum yang bundar wajah mereka, kecil/sepet mata mereka, seakan-akan
wajah mrk itu perisai kulit – baginda ulangi sebanyak 3 kali – sehingga mrk
mengikuti mereka di semenanjung Arab. Adapun kumpulan pertama, maka
terselamatlah orang yang lari daripada mrk. Adapun kumpulan kedua, maka
sebahagiannya binasa dan sebahagian lagi terselamat. Adapun kumpulan ketiga,
maka kesemua mrk binasa sesiapapun yang masih tinggal drp mrk. Sahabat
bertanya: Ya Rasulallah, siapakah mrk itu? Jawab baginda: Bangsa at-Turk. Demi
jiwaku dlm kekuasaanNya, nescaya mrk akan mengikat kuda-kuda mrk itu di
tiang-tiang masjid kaum muslimin”. (HR Ahmad, al-Bazzar, al-Hakim dan Abu Dawud
secara ringkas)
Bangsa at-Turk terdiri drp pelbagai suku kaum. al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath
al-Bari (6/104) menyebut, ahli sejarah berbeza pendapat mengenai asal
bangsa at-Turk;
- i.
Kata al-Khattabi: Mrk adalah Bani Qantura’, seorang hamba perempuan Nabi
Ibrahim AS.
- ii.
Kata Abu ‘Amru: Mrk drp anak-anak Yafith bin Nuh AS.
- iii. Kata Wahb bin Munabbih: Mrk anak-anak bapa saudara Ya’juj dan Ma’juj, di
mana ketika Zul Qarnain membina benteng, sebahagian Ya’juj dan Ma’juj tidak ada
di situ, lalu mrk ditinggalkan dan tidak masuk bersama-sama kaum mrk, lantas
mrk dinamakan at-Turk.
- iv.
Dikatakan mrk adalah drp keturunan Tubba‘.
- v.
Dikatakan mrk drp anak Ifridun bin Sam bin Nuh AS.
[iv] Dalam riwayat Abu Bakrah
RA, disebut mrk itu sbg Bani Qantura’:
عن أبى بكرة أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه
وسلم- قَالَ: « يَنْزِلُ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى بِغَائِطٍ يُسَمُّونَهُ الْبَصْرَةَ
عِنْدَ نَهْرٍ يُقَالُ لَهُ دِجْلَةُ يَكُونُ عَلَيْهِ جِسْرٌ يَكْثُرُ أَهْلُهَا
وَتَكُونُ مِنْ أَمْصَارِ الْمُهَاجِرِينَ ». « وَتَكُونُ مِنْ أَمْصَارِ
الْمُسْلِمِينَ فَإِذَا كَانَ فِى آخِرِ الزَّمَانِ جَاءَ بَنُو قَنْطُورَاءَ
عِرَاضُ الْوُجُوهِ صِغَارُ الأَعْيُنِ حَتَّى يَنْزِلُوا عَلَى شَطِّ النَّهْرِ
فَيَتَفَرَّقُ أَهْلُهَا ثَلاَثَ فِرَقٍ فِرْقَةٌ يَأْخُذُونَ أَذْنَابَ الْبَقَرِ
وَالْبَرِّيَّةِ وَهَلَكُوا وَفِرْقَةٌ يَأْخُذُونَ لأَنْفُسِهِمْ وَكَفَرُوا
وَفِرْقَةٌ يَجْعَلُونَ ذَرَارِيَّهُمْ خَلْفَ ظُهُورِهِمْ وَيُقَاتِلُونَهُمْ
وَهُمُ الشُّهَدَاءُ ». [أخرجه أحمد (رقم 20469) وأبو داود (رقم 4306) والبزار
(رقم 3667) وابن حبان في
صحيحه (رقم 6748)]
“Sekumpulan umatku akan turun
di suatu tempat yang mrk beri nama Basrah, di tepi sebuah sungai yang dipanggil
Dajlah, di atasnya ada satu jambatan, para penduduknya bertambah ramai dan akan
menjadi satu wilayah kaum muhajirin atau kaum muslimin (iaitu Baghdad). Apabila
di akhir zaman, akan datanglah Bani Qantura’, yang bundar wajah mereka, kecil
mata mrk sehingga mrk sampai di tebing sungai itu. Maka, para penduduknya akan
terbahagi kpd tiga kumpulan. Satu kumpulan, mengambil ekor lembu dan tanah
lapang (ertinya sibuk berladang atau lari drp perang dgn membawa ternakan mrk),
lalu mrk binasa. Satu kumpulan lagi, mengambil peluang demi kepentingan diri
mrk, lalu mrk kufur. Satu kumpulan lagi, menjadikan zuriat mrk di belakang mrk,
lalu memerangi mereka, dan merekalah para syuhada’”. (HR Ahmad, Abu Dawud, al-Bazzar
dan Ibn Hibban dlm Sahihnya)
[v] Dalam riwayat lain Abu
Hurairah RA, disebut mrk itu bangsa Khuz dan Karman:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى
تُقَاتِلُوا خُوزًا، وَكَرْمَانَ مِنَ الأَعَاجِمِ حُمْرَ الوُجُوهِ، فُطْسَ
الأُنُوفِ، صِغَارَ الأَعْيُنِ وُجُوهُهُمُ المَجَانُّ المُطْرَقَةُ، نِعَالُهُمُ
الشَّعَرُ". [أخرجه البخارى (رقم 3395) وأحمد (رقم 8223) وابن حبان (رقم
6743) والحاكم (رقم 8470) وقال: صحيح على شرط الشيخين]
“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu sekalian memerangi
bangsa Khuz dan Karman drp bangsa Ajam, berwajah kemerahan, berhidung pesek, bermata kecil (sepet),
seakan-akan wajah mereka itu perisai yang bundar, sandal mrk pula berbulu”. (HR
al-Bukhari, Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim)
Menurut Imam
al-Kirmani, ‘Khuz’ meliputi Ahwaz dan Tustar, manakala ‘Karman’ trletak antara
Khurasan dan Lautan Hindi, antara ‘Iraq Ajam dan Sijistan. Disebut dlm al-Qamus,
‘Khuz’ ialah satu bangsa manusia dan juga satu nama bagi seluruh wilayah
Khuzastan (Kazakhstan?), manakala ‘Karman/Kirman’ pula ialah sebuah iklim di
antara Parsi dan Sijistan.
Kata Imam al-Tibi
(w. 743H) dlm al-Kasyif ‘an Haqa’iq as-Sunan: “Kemungkinan maksudnya
ialah dua golongan daripada bangsa at-Turk, di mana asal keturunan salah
satunya drp Khuz dan asal keturunan yg satu lagi pula drp Karman, lalu Rasul
SAW menamakan mrk dgn namanya, walaupun hal demikian tidak masyhur di sisi
kami, sptmn baginda menisbahkan mrk kpd Qantura’, iaitu seorg hamba perempuan Nabi
Ibrahim AS…”, “Kemungkinan maksud yg dijanjikan dalam hadis itu ialah apa yang
tlh berlaku di zaman ini, antara kaum muslimin dan bangsa at-Turk itu”.
Kata Mulla ‘Ali al-Qari (w. 1014H) dlm Mirqat al-Mafatih: “Menurut seorg pensyarah hadis, maksudnya
ialah dua golongan daripada bangsa at-Turk, baginda menamakan mrk dgn
nama bapa-bapa mrk. Dan kita tidak dapat mengenakan tafsiran hadis ini kpd para
penduduk Khuzastan dan Karman (pd masa sekarang) krn tidak didapati pd mrk sepertimana
sifat yang disebutkan dalam hadis tersebut. Bahkan, ia ada didapati pada bangsa
at-Turk…”.
Tentera Tatar
Hadis-hadis di atas
sesuai utk menggambarkan sifat tentera Tatar yang pernah menghancurkan kota
Baghdad pd tahun 656H sehingga mereka tlh mengikat kuda-kuda mereka di
pokok-pokok kurma di Iraq pada masa itu, sebagaimana disebutkan dalam hadis. al-‘Allamah
as-Sayyid Muhammad bin Rasul al-Barzanji di dalam kitabnya al-Isya‘ah li
Asyrat as-Sa‘ah (1997: 85) mengatakan, at-Turk ialah bangsa Tatar. Beliau
memasukkan hadis-hadis ini di dalam bab awal kitabnya mengenai tanda-tanda
Kiamat yg telah pun zahir dan berakhir. Kata Mulla ‘Ali al-Qari dlm Mirqat al-Mafatih: “Pendpt yg paling
hampir ialah ianya isyarat kpd serangan Genghis Khan dan kerosakan yg
dilakukannya, khususnya di Baghdad…”.
Kata Imam an-Nawawi
(w. 676H) dalam Syarah Sahih Muslim: “Semuanya ini adalah mukjizat bagi
Rasulullah SAW kerana tlh didapati peperangan dengan bangsa at-Turk ini dengan
kesemua sifat-sifat mrk yang tlh disebutkan oleh baginda SAW…”, “Mrk tlh
didapati dengan kesemua sifat-sifat ini pada zaman kita kini. Kaum muslimin
telah memerangi mrk beberapa kali dan juga sedang memerangi mrk sekarang
ini”.
Terdapat riwayat di atas yg menyatakan, termasuk ciri-ciri bangsa
at-Turk itu ialah memakai sandal berbulu. Namun brdasarkan lafaz hadis al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar berpendapat
bahawa bangsa yang memakai sandal berbulu itu adalah bangsa lain, selain at-Turk.
al-Isma‘ili meriwayatkan drp jalan riwayat Muhammad bin ‘Abbad katanya:
“Disampaikan kpdku bahawa pengikut-pengikut Babak, sandal mrk adalah berbulu”.
Babak al-Khurrami adalah drp satu kumpulan kaum zindik yang menghalalkan perkara-pekara
haram. Mrk pernah mempunyai pengaruh kuat semasa pemerintahan al-Ma’mun
sehingga mrk berjaya menawan banyak negeri Ajam spt Tabaristan dan Ray. Babak
dibunuh semasa pemerintahan al-Mu‘tasim. Mula kemunculannya adalah pada tahun
201H atau sebelumnya, sehingga al-Mu‘tasim berjaya membunuhnya pada tahun 222H.
Mengenai peperangan dgn bangsa yang memakai sandal berbulu ini, Imam as-Suyuti (w. 911H) di dalam al-Khasa’is
al-Kubra menukilkan drpd Imam al-Baihaqi katanya: “Ia telah berlaku, di
mana satu golongan Khawarij pernah mara di pinggir kota Ray dan sandal mrk itu
berbulu sehinggalah mrk semua terbunuh.”
Bagaimanapun, Imam al-‘Aini dlm ‘Umdat al-Qari menyatakan, tidak
semestinya mrk itu drpd bangsa lain krn harus mrk itu drp bangsa at-Turk juga, krn
bangsa at-Turk ini terdiri drp banyak suku.
Muhammad Waliyullah an-Nadwi di
dalam bukunya Nubu’at al-Rasul SAW (1990: 69-71) menjelaskan bahawa
hadis-hadis ini termasuk 160 buah hadis yang sudahpun terjadi dan berlalu
daripada tanda-tanda hari Kiamat kecil. Menurut beliau, umat Islam pernah
memerangi bangsa Turk di awal pemerintahan Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA,
iaitu pd tahun 22H di bawah pimpinan ‘Abdur Rahman bin Rabi‘ah RA. Seterusnya,
memerangi bangsa Karman pula pd tahun 23H sehingga mrk berjaya membukanya di
tangan Mujasyi‘ bin Mas‘ud RA. Buku Syeikh Muhammad Waliyullah an-Nadwi
merupakan hasil kajian peringkat master yg tlh diiktiraf oleh ulama al-Azhar.
Jelasnya, ramai ulama
berpandangan hadis-hadis ini adalah termasuk hadis-hadis yang telah pun berlaku
dan berlalu drp tanda-tanda akhir zaman yg dikhabarkan oleh Nabi SAW. Justeru, berhati-hatilah
drp memadankan sesuatu hadis dengan realiti semasa yg berlaku brdasarkan buah fikiran
semata-mata, lantas boleh menyebabkan timbul prasangka buruk terhadap kaum
tertentu dan tentunya boleh merugikan usaha dakwah Islam.
Ini tidak menafikan situasi hadis lain berkaitan Dajjal yg disebut oleh Imam
al-‘Aini dlm ‘Umdat al-Qari: “at-Tirmizi tlh meriwayatkan drp
hadis Abu Bakr as-Siddiq RA bhw Dajjal akan keluar drp suatu tempat di Timur yg
dipanggil Khurasan. Dia akan diikuti oleh beberapa kaum yang seakan-akan wajah mereka itu perisai yang
bundar. Kata al-Tirmizi: Hasan gharib. Ini menunjukkan bhw keluarnya bangsa
at-Turk ke atas kaum muslimin itu akan berulang. Demikianlah ia telah berlaku,
sptmn yg kami sebutkan dan ia akan berlaku lagi ketika munculnya Dajjal”.
Wallahu a‘lam.