Pages

Monday, August 3, 2009

Syeikh Ahmad al-Hadi al-Tijani Kembali ke Rahmatullah

Pada hari Sabtu, 1hb. Ogos lepas, telah kembali ke rahmatullah Syeikh Ahmad bin al-Hadi al-'Alawi al-Tijani, al-Madani dalam usia 63 tahun. Beliau adalah pengarang kitab (منتهى السيل الجارف من تناقضات مشتهى الخارف) sebuah kitab yang menolak tohmahan Syeikh Muhammad al-Khidr al-Mayabi al-Syanqiti terhadap Tariqat Tijaniyyah , (كتاب في الرد على الدخيل الله والقنديل) dan lain-lain.

Beliau banyak beribadah di Masjid Nabawi dan tidak pernah terlepas solat di situ semenjak beliau duduk bermastautin di Madinah. Beliau juga banyak mengajar orang-orang yang datang kepadanya, sama ada di masjid ataupun di rumahnya sendiri.
رحمه الله رحمة واسعة ووسع له في مدخله ونقاه من خطاياه كما ينقى الثوب الابيض من الدنس وغسله بالماء والثلج والبرد وحشره في زمرة النبيين والصديقين والشهداء والصالحين

Friday, July 31, 2009

Dari Mukjizat al-Quran

Ayat al-Quran yang dibaca dari kanan ke kiri, dan juga dapat dibaca dari kiri ke kanan jika kita terbalikkan, iaitu ayat 3 surah al-Muddaththir ;

وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ - ٣

"And thy Lord do thou magnify! (3)"

"Dan Tuhanmu, maka besarkanlah (ingatlah kebesaranNya) (3)"

Jika kita amati, dengan mengabaikan huruf waw و (dan), kita akan dapati ayat tersebut dapat diterbalikkan dan memberi kalimah-kalimah yang juga sama. Lihat sepertimana berikut;

ر - ب - ك - ف - ك - ب - ر

Cuba baca terbalik. Subhanallah.. Allahu Akbar!!

Thursday, July 30, 2009

Tembok Zul Qarnain & Ya'juj dan Ma'juj

Matan Hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَتَحَ اللَّهُ مِنْ رَدْمِ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مِثْلَ هَذَا وَعَقَدَ بِيَدِهِ تِسْعِينَ. البخاري: 3098

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya: "Allah telah membuka daripada tembok Ya'juj dan Ma'juj sebesar ini", sambil baginda menunjukkan dengan tangannya kiraan 90 (cara hitungan orang Arab dahulu, iaitu isyarat lubang bulat dengan jari telunjuk dan ibu jari).

Syarah Hadith:

Menurut Ibn Hajar, Ya'juj dan Ma'juj adalah dua kabilah dari keturunan Yafith bin Nuh AS, yakni mereka adalah keturunan manusia. Pada zaman Zul Qarnain, mereka amat banyak membuat kerosakan dan pembunuhan sehingga Zul Qarnain terpaksa membina tembok bersaiz mega bagi menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat onar dan kebinasaan.

Tembok ini sangat besar dan kukuh serta dapat tahan sehinggalah ke hari ini, cuma tempatnya tidaklah dapat diketahui secara pasti. Imam al-Bukhari ada menyebut hadith secara mu'allaq (tanpa sanad) di dalam Sahihnya bahawa seorang sahabat Nabi SAW telah berkata kepada baginda: "Aku telah melihat tembok tersebut yang rupanya umpama sebidang kain yang diukir/bercorak (tentunya bersaiz giga)". Balas baginda SAW: "Kamu telah melihatnya". Dalam keterangan Ibn Hajar, riwayat hadith tersebut juga ada menyebut ; umpama sebidang kain yang diukir/bercorak dengan jalur merah dan jalur hitam, yang menunjukkan ianya campuran dari tembaga dan besi.


Di akhir zaman nanti, tembok yang teguh tersebut akan runtuh dan akan keluarlah Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan sekali lagi sebagai tanda hampirnya hari kiamat. Namun usaha-usaha tetap dilakukan oleh mereka untuk keluar sehinggalah pada masa sekarang. Buktinya pada masa Nabi SAW, ia telah terbuka sebesar lubang kecil sehingga baginda SAW merasa agak terkejut dan mengucap; (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيْلٌ لِلْعَرَبِ مِنْ شَرٍّ قَدْ اقْتَرَبَ), "Tiada tuhan melainkan Allah. Binasalah bagi bangsa Arab dari keburukan yang semakin hampir!" (al-Bukhari dan Muslim)

Kedudukan Tembok Zul Qarnain menurut Prof. Abul Kalam Azad.

------------------------------------------------------------

Di bawah menunjukkan kawasan pergunungan di sempadan tiga buah negara; Armenia, Azerbaijan dan Georgia yang didakwa kawasan tembok berkenaan.



Wednesday, July 29, 2009

Pesta Buku.. Beli Buku.. Baca Buku..

Pesta buku memang sering diadakan, sama ada peringkat IPT, negeri mahupun antarabangsa. Namun, ironinya untuk mencari buku-buku ilmiah khususnya dalam bahasa Malaysia (bukan Indon) agak susah dan tidak begitu banyak ditemui. Inilah pengalaman saya apabila nak mencari buku-buku agama yang berbentuk ilmiah (bukan buku agama biasa yang kadang-kadang penyusunnya pun menggunakan nama samaran). Jika adapun, harganya terlalu mahal kerana ianya dicetak dalam kuantiti yang sedikit. Ini mungkin disebabkan permintaan yang memang kurang kerana budaya membaca di kalangan masyarakat yang begitu rendah.

Banyak dah saya mendengar khabar tentang budaya membaca di kalangan masyarakat Barat dan Jepun. Tidak kurang juga budaya membaca di kalangan masyarakat Arab. Namun, budaya membaca di kalangan masyarakat Melayu, khususnya Malaysia, masih sangat mengecewakan. Kelas budaya membacanya masih di peringkat rendah. Bahan-bahan bacaan yang banyak dibaca hanya terbatas kepada surat khabar, majalah, novel satira dan hiburan. Masyarakat Malaysia secara umumnya masih tidak berani meneroka bacaan-bacaan yang lebih ilmiah, kritikal dan mencabar minda. Antara kesannya, ramai penulis-penulis ilmiah yang tidak berani menerbitkan tulisan mereka kerana tiada siapa yang ingin membeli dan membacanya. Sesetengah tulisan ilmiah pula terpaksa diolah menjadi kurang ilmiah bagi mengikut selera masyarakat. Begitu juga laman-laman sesawang dan blog-blog ilmiah tidak selaris laman-laman sesawang dan blog-blog satira, politik dan hiburan. Jika keadaan ini berterusan, masyarakat Malaysia mungkin lambat lagi nak menjadi masyarakat yang setaraf dengan masyarakat maju.

Raja Abdullah Menziarah Maqam Nabi SAW

Dalam youtube yang saya sertakan ini merakam al-Malik Abdullah, raja Arab Saudi, berdoa menghadap kubur Nabi SAW. Sedangkan orang-orang 'Wahabi' ni, bila lihat orang berdoa menghadap kubur Nabi SAW diherdiknya dan disuruh menghadap ke kiblat supaya membelakangi kubur baginda. Katanya: "Is'alillah!" (Minta pada Allah), "Syirk..syirk" dan sebagainya. Apakah orang-orang ini menjunjung konsep sad al-zara'i' (menutup punca rosak) dengan begitu tinggi sekali sehingga mengharuskan mereka meneka-neka hati orang? Tentunya akal seperti ini bukannya akal fiqh yang dipuji oleh syarak. Apa pula kata mereka apabila melihat raja mereka ini membuat perkara yang mereka tegah..?


Tuesday, July 28, 2009

Mempertahan Tasawuf yang Dizalimi (2)

Tasawuf adalah suatu ilmu yang suci bersih. Diambil daripada Kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Orang yang mengingkari tasawuf sebenarnya orang yang menghukum berdasarkan zahir sahaja. Apabila dia melihat beberapa orang yang tersesat kerana bertasawuf, lalu terus dibuat rumusan bahawa tasawuf adalah suatu benda yang tidak elok dan merosakkan. Maka orang seperti ini ibarat seorang yang mendapati beberapa biji epal yang busuk dalam sebakul epal yang elok, cantik lagi manis, lalu dibuang kesemua epal dalam bakul tersebut kerana menyangka kesemuanya busuk belaka. Tentunya tindakan sedemikian bukanlah suatu tindakan yang bijak dan betul.

Orang yang cerdik tidak membuat keputusan berdasarkan zahir semata-mata tanpa membuat penelitian yang mendalam. Orang yang hendak membuat penelitian mendalam pula perlulah mempelajarinya daripada orang yang arif tentangnya. Ini kerana setiap ilmu itu perlu dirujukkan kepada ahlinya. Maka tidak memadai jika penelitian dibuat berdasarkan kajian dan akal sendiri, kerana orang yang mencari ilmu dengan akalnya sendiri semata-mata seolah-olah membiarkan syaitan menjadi guru dan pemimpinnya. Lantas disangka dia telah membuat suatu kebaikan, padahal dia telah membantu syaitan dalam mencetuskan perpecahan dan perbalahan.

Orang yang mengingkari tasawuf ini kerana jahilnya, kadangkala mencampur adukkan perkara-perkara yang sepatutnya diasing-asingkan. Lalu diborong kesemuanya masuk dalam perbahasan akidah, sedangkan ia hanya berupa masalah khilafiyyah. Disangka ianya perbincangan usul, sedangkan ianya persoalan furu'. Dicanang bahawa ianya adalah pokok agama, sedangkan ianya adalah isu fiqh (kefahaman).

من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan dirinya kebaikan, Dia akan memberi kefahaman (fiqh) kepadanya dalam agama".

Pedang-pedang Rasulullah SAW







Monday, July 27, 2009

Khurasan.. Daerah yang Dilupakan

Nama Khurasan, sepertimana nama Hijjaz dan Syam, adalah antara nama daerah-daerah kuno yang disebut dalam sejarah silam yang sudah tidak dipakai lagi dalam sempadan politik moden hari ini. Dalam hadith Nabi SAW, ada dinyatakan beberapa kali nama daerah Khurasan ini. Antaranya ialah dua hadith da'if dan sebuah hadith hasan di bawah ;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَخْرُجُ مِنْ خُرَاسَانَ رَايَاتٌ سُودٌ لَا يَرُدُّهَا شَيْءٌ حَتَّى تُنْصَبَ بِإِيلِيَاءَ . هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ
Daripada Abu Hurairah RA: Sabda Rasulullah SAW: "Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam, tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangnya sehinggalah ia dipacakkan di Iliya' (Baitul Maqdis)".
عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّايَاتِ السُّودَ خَرَجَتْ مِنْ قِبَلِ خُرَاسَانَ فَأْتُوهَا وَلَوْ حَبْوًا ، فَإِنَّ فِيهَا خَلِيفَةَ اللَّهِ الْمَهْدِيَّ . هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ ، وهو أيضا في مُسْنَدُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ ، مُسْنَدُ الْأَنْصَارِ ، وَمِنْ حَدِيثِ ثَوْبَانَ ، رقم الحديث: 21890
Daripada Thawban RA ; sabda Rasulullah SAW: "Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar daripada arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun secara merangkak. Sesungguhnya di sana ada khalifah Allah al-Mahdi".

Kedudukan Khurasan dalam peta dunia antara Iran dan Afghanistan.
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا : خُرَاسَانُ ، يَتْبَعُهُ أَقْوَامٌ كَأَنَّ وُجُوهَهُمُ المَجَانُّ المُطْرَقَةُ . وَفِي البَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَائِشَةَ، وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، وهو أيضا في سُنَنُ ابْنِ مَاجَهْ ، كِتَابُ الْفِتَنِ ، بَابُ فِتْنَةِ الدَّجَالِ ، وَخُرُوجِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، وَخُرُوجِ يَأْجُوجَ ، رقم الحديث : 4104
Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA: Sabda Rasulullah SAW: "Dajjal akan keluar dari sebuah negeri di Timur, yang dipanggil Khurasan. Ia akan diikuti oleh sekumpulan kaum yang wajah mereka seakan-akan perisai besi yang dibalut kulit".

Nampaknya, daerah Khurasan dalam hadith-hadith tersebut lebih dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.

Saturday, July 25, 2009

Islam di Amerika Sebelum Columbus

[Artikel ini dipetik dari laman sesawang Nahdhatul Ulama dan telah diolah semula dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia]

Menemukan Jejak Islam di Amerika (22/07/2009)

Judul buku : Colombus Menemukan Jejak Islam
Penulis : Wisnu Arya Wardhana
Penerbit : Pustaka Pelajar
Cetakan : I, tahun 2009
Tebal : xxvii+276 Halaman
Pengulas : Fuad Hasan*

Percayakah anda bahawa orang yang pertama kali menemukan Benua Amerika bukanlah Christopher Columbus (1451 – 1506)? Dikesan di benua itu, sekitar abad ke–5 M, tepatnya semenjak 700 tahun sebelum Columbus datang, ia telah dihuni oleh orang-orang Indian dari suku Cherokee yang menganut sistem pemerintahan Islam.

Bermula dari negara Sepanyol, atas perintah Raja Ferdennand, Columbus mengadakan perjalanan mengharungi luasnya lautan dengan bertujuan mencari daerah baru. Mereka berangkat terus menuju ke barat dan terlantar ke berbagai pulau hingga mendarat di ‘Pulau Baru’, yang kini disebut Amerika. Sekitar abad ke–5, jauh sebelum Columbus mendarat di benua baru tersebut, orang-orang Islam telah menginjakkan kaki di benua itu, mereka disambut dengan hangat oleh penduduk setempat yang merupakan keturunan dari benua Afrika. Orang Islam yang datang dengan kedamaian, membuatnya mudah diterima, bahkan senang diterap kepada penduduk secara cepat. Mereka juga berjaya menyebarkan agama Islam bersama ilmu pengetahuannya. Di benua ini, Islam telah lama diamal hingga mencipta peradaban penduduk yang tinggi. Itulah mengapa sebabnya di Amerika ketika Columbus datang, sudah banyak berdiri bangunan dan masjid-masjid yang berciri Arab.

Beberapa fakta yang membuktikan bahwa Columbus bukan orang pertama menemukan benua Amerika adalah kajian ahli sejarah, Abu Bakar Ibnu Umar Al-Guttuya. Beliau telah menemukan fakta sejarah bahawa pada masa Khilafah Islam di Sepanyol yang dipimpin oleh Khalifah Hisyam II, berkuasa pada tahun 976-1009 M, seorang pelayar muslim bernama Ibnu Farrukh telah belayar ke arah barat Sepanyol. Ibnu Farrukh berangkat dari pelabuhan Chadiz pada bulan Februari 999 M, dan belayar ke arah barat menuju lautan Atlantik. Dalam perjalanannya beliau singgah di pulau Canary dan sempat bertemu dengan Raja Guanariga. Ia juga menemukan dua pulau yang belum bernama dan berpenghuni, kemudian ia memberikannya nama Pulau Capraria dan Pulau Pluitana. Juga tercatat, bahawa Ibnu Farrukh pernah singgah di pulau Indian (Amerika). Pada waktu itu, armada Islam dan armada China adalah yang paling maju daripada mana-mana armada laut lain, terutama dalam bidang pelayaran. Dalam ‘Dokumen Sung’, memuat informasi tentang pelayaran orang-orang muslim. Menurut catatan 'Dokumen Sung', pelaut muslim diakui sebagai pelaut yang sangat hebat, kerana telah berhasil mengharungi berbagai macam samudera. Dalam dokumen ini juga, dikatakan bahawa pelaut muslim telah berlayar hingga ke 'Pulau Baru' atau Amerika, yang oleh orang China dinamakan 'Mu Lan Pi'.

Menurut catatan sejarah, China telah mengenal agama Islam pada abad ke-14 M. Pada masa itu, laksamana laut yang sangat terkenal dari China yang bernama Cheng Ho sudah memeluk agama Islam memimpin armada China hingga sampai ke Asia Selatan dan Barat, antara lain sampai ke Annam, Kemboja, Thailand, India, Ceylon, dan Indonesia (Nusantara). Cheng Ho telah datang ke Indonesia dan mendarat di Semarang serta mendirikan rumah peribadatan Cheng Ho sebagai kenang-kenangan yang sekarang bangunan tersebut dijadikan Cagar Budaya Nasional.

Jejak Islam di Amerika

Pada tahun 1492, setelah Chistopher Columbus menginjakkan kakinya di ‘pulau baru’ tersebut, ia menyangka bahawa pulau tersebut masih baru ditemui dan belum berpenghuni sama sekali. Mereka bercadang menjadikan pulau tersebut sebagai jajahan wilayah Sepanyol. Tetapi setelah meneroka masuk, Columbus terkejut menemukan bangunan yang sama pernah ia lihat sebelumnya ketika mendarat di Afrika. Bangunan megah itu adalah masjid yang dipakai oleh orang-orang Islam untuk beribadah. Columbus disambut dengan ramah oleh suku Indian. Tetapi setelah diketahui niat buruknya datang ke pulau itu, Colombus banyak mendapat tentangan dari penduduk setempat. Beberapa armada kapal milik rombongan Colombus ditenggelamkan oleh suku Indian disebabkan mereka merasa terganggu dan terancam oleh kedatangannya.

Buku karya Wisnu Arya Wardhana ini, merupakan salah satu kejutan untuk para sejarahwan yang percaya bahwa Christopher Columbus adalah orang yang pertama kali menemukan Benua Amerika. Penulis menghuraikan bagaimana sejarah yang selama ini berlaku adalah keliru. Beliau membetulkannya semula dengan bukti dan fakta dari berbagai sumber yang sangat konkrit dan jelas serta dapat dipertanggungjawabkan.

Buku ‘Columbus Menemukan Jejak Islam’ ini, akan mampu mengubah persepsi orang yang selalu membuat tohmahan bahawa Islam sinonim dengan kejumudan, kemunduran, kekumuhan, arogan dan lainnya. Dengan wawasan yang luas, buku ini patut dibaca oleh semua untuk dijadikan renungan dan kajian, baik oleh umat Islam sendiri, atau mereka yang berminat dengan pemurnian sejarah.

* Pengulas adalah pustakawan Pesantren Al-Mukarromah, PATI.

p/s: Isu ini juga pernah dibentangkan oleh Dr. 'Ali al-Muntasir al-Kattani (rahimahullah), seorang pakar sejarah, dalam salah satu kuliahnya pada tahun 2000. (Lihat sini)

Friday, July 24, 2009

Selawat Sayidina 'Ali RA

Selawat ini diriwayatkan daripada Sayidina 'Ali RA oleh Ibn Abi Syaibah. Bagaimanapun terdapat dalam sanadnya perawi yang tidak disebutkan nama. Maka secara asasnya athar ini adalah daif. Jika ia thabit ia termasuk bukti keharusan menggubah selawat yang memuji dan menyanjung junjungan baginda Nabi SAW.

روى ابن أبي شيبة في مصنفه - ج 6 / ص 66
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْأَسَدِيِّ ، عَنْ رَجُلٍ ، عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : كَانَ يَقُولُ :

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا ،
شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا ، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ