Pages

Sunday, November 1, 2009

Dr. Mustafa Mahmud: Pemikir Mesir Prolifik


Dalam keadaan senyap dan tenang tanpa sebarang mengadu, Dr. Mustafa Mahmud menghembuskan nafas terakhirnya pagi semalam dalam usia sekitar 88 tahun. Beliau adalah antara angkatan pemikir Mesir yang sezaman dengan tokoh-tokoh pemikir masyhur seperti Khalid Muhammad Khalid, Anwar al-Jindi, 'Abdul 'Azim al-Mut'ini, 'Abdul Wahhab al-Masiri dan lain-lain. Jenazahnya telah disembahyangkan di masjid beliau, Jami' Mustafa Mahmud di el-Mohandeseen, Kaherah.

Nasab keturunan beliau sampai sehingga kepada Imam 'Ali Zainul 'Abidin RA. Beliau berkelulusan doktor perubatan, namun kemudian menumpukan minatnya kepada bidang penulisan, dan telah meninggalkan kira-kira 89 buah karya dalam bidang ilmiah, agama, falsafah, sains-sosial, politik, novel dan juga drama. Antaranya (yang dipetik dari sini):

(Enstien dan Teori Relativiti) أينشتين و النسبية
(
Drama Jahannam Kecil) مسرحية جهنم الصغرى
(
Kembara di Padang Pasir)مغامرة فى الصحراء
(
Teka-teki Maut) لغز الموت
(
Dari Amerika Hingga ke Pantai Terakhir) من أمريكا إلى الشاطئ الآخر
(
Artikel-artikel Pilihan Mustafa Mahmud) مقالات مختارة لمصطفى محمود
(
Pilihan Dari Nasyid-Nasyid Dosa dan Suci) مقتطفات من أناشيد الإثم و البراءة
(
Petikan dari Kitab Roh dan Jasad) مقتطفات من كتاب الروح والجسد
(
Keluar Dari Kotak) الخروج من التابوت
(
Syaitan Memerintah) الشيطان يحكم
(
Rahsia Terbesar) السر الأعظم
(
Labah-labah) العنكبوت
(
Islam Itu Apa Dia?) الإسلام ماهو
(
Islam Politik dan Pertempuran yang Mendatang) الإسلام السياسي والمعركة القادمة
(al-Quran: Menangani Kefahaman Semasa) القرآن محاولة لفهم عصري
(
al-Quran yang Wujud dan Hidup) القرآن كائن حي
(
Dialog Dengan Teman Athiesku) حوار مع صديقى الملحد
(
Aku Melihat Allah) رأيت الله
(
Hijrahku dari Syak Kepada Iman) رحلتي من الشك إلى الإيمان
(
Pengembara-pengembara di Dunia Allah) سواح في دنيا الله
(
Zaman Kera) عصر القرود
(al-Masih al-Dajjal) المسيخ الدجال
(Ada dan Tiada) الوجود والعدم
(Alam Rahsia) عالم الأسرار
(Tokoh-tokoh Besar Dunia dan Akhirat) عظماء الدنيا وعظماء الآخرة
(Nafas al-Quran Baru) نفس قرآني جديد
(Apa di Balik Gerbang Maut?) ماذا وراء بوابة الموت
(Soalan Pelik) السؤال الحائر
(Marxisme dan Islam) الماركسية والإسلام
(Syafaat: Memahami Perselisihan Klasik Antara Pro dan Kontra) الشفاعه محاوله لفهم الخلاف القديم بين المؤيدين و المعارضين
( Di Atas Garisan Neraka) على خط النار
(Muhammad SAW) محمد
رحمه الله وغفر لنا وله، انا لله وانا اليه راجعون

Pautan-pautan lain:

No comments: