Laporan Malaysiakini Mei 13, 10 - 5:16pm Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan. Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut. Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad. -------------------------------- Ulasan: Ashaari di kaca mata pengikutnya memang hebat hingga isterinya, Khadijah Aam telah menulis buku berjudul: ABUYA ASHAARI MUHAMMAD Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya (THE MOST MIRACULOUS LEADER OF HIS TIME). Namun, kesemua buku-buku al-Arqam @ Rufaqa @ Ikhwan yang diterbitkan telah diharamkan oleh JAKIM. Setelah beliau pergi meninggalkan pengikut-pengikutnya, apa pula agaknya agenda mereka bagi meneruskan perjuangan 'Putera Bani Tamim' ini?? (Lihat sini) Harap jangan pula ada pengikut Ashaari yang mendakwa dia hanya pergi sementara dan akan kembali semula sebagai Pemuda Bani Tamim atau Imam Mahdi. Atau ada yang mendakwa tugas dan pangkat tersebut telah berpindah milik untuk dipikul olehnya pula... |
4 comments:
Sebagai seorg muslim yg berpegang kpd Ahli Sunnah Waljamaah, kita wajib meyakini bahawasany Allah adalh Tuhan kita yg Maha Bekuasa. Allah boleh menghidupkan dan juga boleh mematikan, Allah boleh mematikan dan boleh juga menghidupkan. Kalau yg mati pun Tuhan boleh hidupkan, yg ghaib lagilah senang.. Tuhan bagi pengikut2 Abuya Ashaari ialah Allah SWT yg Maha Berkuasa utk membuat apa saja tanpa perlu nak berunding dengan kita. Tapi rata2 umat islam di M'sia ni telah menghadkan kuasa yg ada pada Allah..cth: "zaman skrg ni mana ada org boleh ghaib2.." - seolah olah Tuhan dulu lain, Tuhan skrg lain, ataupun dulu Tuhan boleh buat skrg tak boleh.. "Nabi Isa atau Nabi Khidir boleh le Tuhan ghaibkan..manusia biasa mcm kita man boleh.." - Eh! Kuasa Tuhan hanya tertakluk pada para Nabi je ke? Ashabul Khafi tu mcmmna pulak? Mrk bukan nabi atau rasul tapi Tuhan boleh ghaibkan termasuklah anjung mrk skali. Abuya bukan Imam Mahdi, yg diyakini Abuya adalah Putera Bani Tamim, yg melahirkan Ikhwan (baca hadis tentang Ikhwan) yg bertaqwa kpd Allah dan Rasul, yg akan diserahkan kpd Imam Mahdi nanti. Abuya berjuang menyusuri hadis, spt sahabt Nabi SAW, Abu Ayob Al Ansari yg yg mendgr Rasulullah bersabda "Kota Konstatinopal akan jatuh ketang Islam yg dipimpin oleh sebaik2 pemimpin dan sebaik2 pengikut" Abu Ayub nak merialisasikan hadis tersebut moga2 dialah orgnya yg Rasulullah sebut pergi ke turki berjuang tetapi ternyata bukan dia tapi Sultan Muhammad Al Fateh. Tapi Abu Ayub tidak lah berdosa kerana gagal mahal dpt pahala yg besar disisi Allah. Begitulah juga Abuya, mahu merialisasikan kata2 Rasulullah, moga2 dialah Putera Bani Tamim yg disebut hadis memandangkan ciri2, keturunan, jemaah yg di bangunkan atas dasar taqwa, menyintai Allah dan Rasul, sgt2 menunjukan tanda2 sbg Putera Bani Tamim (selain dr yaqazah/khatif2 yg haq) Kalau bukan Abuya pun, tidaklah berdosa..malah dpt pahala krn berusaha menjadikan dirinya, keluarga serta jemaahnya menjadi org bertaqwa. FaceBook Kawan Kita.
"Tuhan bagi pengikut2 Abuya Ashaari ialah Allah SWT yg Maha Berkuasa utk membuat apa saja tanpa perlu nak berunding dengan kita. Tapi rata2 umat islam di M'sia ni telah menghadkan kuasa yg ada pada Allah..cth: "zaman skrg ni mana ada org boleh ghaib2.." - seolah olah Tuhan dulu lain, Tuhan skrg lain, ataupun dulu Tuhan boleh buat skrg tak boleh.. "Nabi Isa atau Nabi Khidir boleh le Tuhan ghaibkan..manusia biasa mcm kita man boleh.." - Eh! Kuasa Tuhan hanya tertakluk pada para Nabi je ke? Ashabul Khafi tu mcmmna pulak? Mrk bukan nabi atau rasul tapi Tuhan boleh ghaibkan termasuklah anjung mrk skali".
* Ulasan al-Faqir:
Apa maksud saudara dengan statement di atas?? Abuya akan bangkit hidup balik ke jadi Putera Bani Tamim?? Kalau begitu Syiah pun kira betul juga sebab diaorang percaya Hasan 'Askari akan bangkit muncul semula sebagai al-Mahdi. Ada ratusan tokoh hebat yang jauh lebih dahsyat ilmu, amalan dan akidahnya daripada Abuya, apasal takda pengikut mereka yang taksub kata guru mereka akan kembali sebab Allah berkuasa?? Ini disebabkan mereka mempelajari usul fiqh, usul akidah dan usul tasawuf dengan betul. Maka syaitan tidak mampu memperdayakan kerana dibenteng oleh ilmu dan amal. Ayuh minda kalian sudah tersedia untuk perjuangan ini maka tinggalkan sahaja pemikiran yang itu. Pasti Allah akan menunjukkan kepada kita jalanNya..
---------------------
" Abuya bukan Imam Mahdi, yg diyakini Abuya adalah Putera Bani Tamim, yg melahirkan Ikhwan (baca hadis tentang Ikhwan) yg bertaqwa kpd Allah dan Rasul, yg akan diserahkan kpd Imam Mahdi nanti. Abuya berjuang menyusuri hadis, spt sahabt Nabi SAW, Abu Ayob Al Ansari.."
Ulasan al-faqir:
Nampaknya hadis Putera Bani Tamim tersebut begitu sahih sekali di sisi Abuya mcm setaraf dengan Sahih al-Bukhari.. Boleh saya tahu pakar hadith mana yang menghukumkan hadith tersebut sebagai sahih??
Jika perkara ini boleh dijadikan sebagai cuba-cuba dan dpt diusahakan, bagaimana pula dengan ramai orang yang pernah mendakwa sebagai al-Mahdi atau Putera Bani Tamim yang dihukum sesat oleh para ulama, adakah usaha mereka juga dianggap tidak berdosa??
Subhanallah.. jauhkanlah kami dari tipu daya syaitan!!
* Banyak sangat statement saudara yang dapat dipersoalkan, cuma saya dah malas dah nak tulis pepanjang, .. terasa buang masa. Apa kata kalau saya pun nak jadi Pemuda Bani Tamim jugak?? ..
Salam utk muntazir dan daif. Di Johor telah lahir seorang anak tanpa bapa. Pompuan tu tak pernah disentuh mana-mana lelaki macam kejadian nabi Isa zaman dulu tu. Logik ke wahai saudara berdua? Saya fikir tentu saudara kata tak logik. Hai kenapa tak logik.Kalau abuya semua logik kalau orang lain tak logik pula. Ummu Jah dah tipu semua pengikut abuya termasuk abuya sendiri. Nak cari makan mesti pandai tipu guna nama nabi pun tak pe. Kalau orang lain apa. Kalau aku tak pe. Orang rufaqa kejam benar. Abuya belum mati dah ditanam dalam tanah. Tanam hidup-hidup. Perdana Menteri Israel yang masih pengsan 5 tahun lepas pun belum diistihar mati. Belum lagi ditanam sampai sekarang tapi abuya korang ditanam hidup-hidup. Baik korang cepat korek balik mana tahu dia masih hidup. 100% abuya bukan orang yang dimaksudkan hadis. 5 tahun akan datang abuya ni orang akan lupakan. Korang sama macam cucu-cicit Hang Tuah. Konon Hang Tuah akan hidup balik akhir zaman berjuang dengan imam mahdi. hang Tuah belum mati cuma dighaibkan Tuhan saja. Ini bukan masalah Tuhan berkuasa tetapi masalah pemikiran yang telah diracuni oleh jin berusia 1500 tahun lebih yang menjadi penasihat kepada Asaari tu. Jin ni jin munafik tetapi dia alim. He-he-he. Korang sudah kena tipu oleh abuya dan kuncunya. Makan yang baik kalau jatuh setitik kencing cicak atasnya korang mau makan ke. Abuya ada buat kebaikan tapi bila sudah senang-senang jual nama nabi untuk membenarkan dan menguatkan ramalannya yang tak jadi itu apa agaknya hukumnya. BERDUSTA ATAS NAMA NABI. walau amalan setinggi langit korang tau sendiri hukumnya kan.
klau Abuya yg diyakini ghaib pon...ap masalahnya..bagus la klau dia kembali memimpin umat islam brsama imam mahdi,ini satu berita gembira utk umat islam,..ramai manusia tahu,tetapi tdk tahu rahsia di sebaliknya...jgn disamakn dgn syiah,syiah menanti imam ke 12 mereka tu sbnrnya bkn menunggu imam mahdi..ttpi menunggu dajjal yg akan keluar brsama tentera syiah di isfahan,iran....saudara Abd Daif,
jika anda nk mencuba jd putera bani tamim,silakan la...buat sprtimana lebih hebat dari yg Abuya buat,dgn sistem pendidikn,kebudayaan,ekonomi,dn berbagai jenis sajak2 ketuhanan..
dan sanggup hadapi ujian2 berat dari pemerintah...anda blh jd putera bani tamim.
Post a Comment