Dr. Faisal bin Ahmad Shah
Mohd. Khafidz bin Soroni
Rosni binti Wazir
Harga: RM25
240 Halaman
Buku 'Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith' membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh sarjana hadith. Buku yang membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif pernah dihasilkan dalam bahasa melayu. Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith dalam Islam. Termasuk di bawah perbahasan bab ini juga ialah isu-isu berkaitan penolakan hadith pada masa kini.
Dalam bab kedua penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama dan kedua hijrah. Antara subtopik yang dibincangkan ialah keharusan penulisan hadith pada zaman Rasulullah dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab pertama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta Malik dan Musnad al-Shafie. Kupasan mengenai Kutub al-Sittah pula dibincangkan melalui bab ketiga.
Manakala dalam bab keempat dan kelima pula sebanyak 20 jenis karya hadith dibincangkan antaranya al-Mustadrak, al-Mustakharjat, Gharib al-Hadith, Mustalah al-Hadith, al-Ma'ajim, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, Sharah al-Hadith, al-'Ilal, al-Mawdu'at dan sebagainya. Setiap karya yang dikenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab.
Petikan dari: Imtiyaz Group.
Petikan dari: Imtiyaz Group.
3 comments:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ustaz, di mana buku tersebut bisa diperolehi? Apa ada dijual di kedai-kedai buku?
Khabarnya, KUIS juga ada menerbitkan buku terjemahan Tajridus Shorih. Di mana boleh dapatkannya?
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Setakat ini buku tersebut belum diedarkan di toko-toko buku secara meluas. Namun boleh mendapatkannya melalui Imtiyaz Group seperti yang saya sertakan laman webnya.
Adapun ttg. terjemahan Tajrid al-Sarih setakat ini hanya boleh mendapatkannya melalui Bendahari KUIS sahaja.. Oleh kerana kerenah-kerenah orang yang bertanggungjawab buku ini barangkali tinggi sedikit harganya..
والله المستعان
Mabruk, kepada guru-guru ku atas penghasilan buku ini..
ummurifqah UUM.
Post a Comment