Wednesday, November 10, 2010

Lafaz Ijazah Ratib al-Haddad Oleh Syeikhuna al-Habib 'Umar


Saya cuba menulis semula lafaz ijazah Ratib Imam al-Haddad dan karya-karyanya oleh Syeikhuna al-Habib 'Umar (حفظه الله) ketika di Masjid Negeri, Shah Alam tempoh hari. Mohon daripada para ustaz, para mu'allim membetulkan kesalahannya jika ada, kerana al-faqir ini bukanlah seorang yang begitu mahir. JazakumuLlahu khayra...

Ijazah ini mungkin menghairankan sebahagian para hadirin yang barangkali baru pertama kali mendengarnya, kerana antara Syeikhuna al-Habib 'Umar (kini 1431H) dengan Imam al-Haddad (w. 1132H) hanya berselang dengan 3 orang sahaja. Sahabat kami, Ustaz Fauzi 'Abdul 'Aziz al-Yamani juga tidak pernah mendengarnya sedangkan beliau telah sekian lama mendampingi Syeikhuna. Tiga tokoh perantara tersebut yang dinyatakan oleh beliau ialah:

1- al-Habib 'Umar bin 'Alawi al-Kaf (Lihat biografi beliau).
2- al-Mu'allim 'Umar bin 'Abdullah Ba-Gharib.
3- al-Imam Hamid bin 'Umar Hamid.

Demikian lafaz ijazahnya:


* Lihat sebahagian petikan ceramah Syeikhuna al-Habib 'Umar di blog Bahrus Shofa, dan lafaz ijazah berkenaan.

* Terima kasih kepada Ustaz Abu Zahrah yang sudi berkongsi info dan memperbetulkan sedikit kesalahan di atas. جزاه الله خيرا

* Download Ratib al-Haddad (Full Arabic) dan Terjemahan.

6 comments:

al-fagir abu zahrah said...

Assalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh,

Ustaz, sedikit pembetulan. Menurut ijazah yang diberikan oleh Syeikhuna al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim kepada al-Fagir, al-Habib Umar bin 'Alwi al-Kaf menerima daripada asy-Syeikh al-Mu'allim 'Umar bin 'Abdullah BaGharib (با غريب) ..

Dan tarjamahan mereka bolehlah didapati secara ringkas di dalam kitab 'Iqdul Yawaaqiit al-Jauhariyyah oleh al-Musnid al-Habib 'Aidrus bin 'Umar al-Habsyi.

Walllahu a'lam

al-'Abd al-Da'if: said...

شكرا وألف شكر ، أستاذ أبا زهرة

وجزاكم الله خير الجزاء

Saya akan membetulkannya..

al-fagir abu zahrah said...

عمر بن علوي بن أبي بكر بن أحمد بن عبد الرحمن بن أحمد بن محمد ابن أحمد بن محمد بن أحمد بن محمد بن أحمد الكاف. مولده بتريم سنة 1325هـ .
شيوخه:منهم عبدالله بن عمر الشاطري و علوي بن عبدالرحمن المشهور والعلامة أحمد بن عمر الشاطري و والحبيب علوي بن عبدالله بن شهاب الدين و الفقيه أبي بكر بن أحمد السري و الحبيب سالم بن حفيظ والحبيب عبدالله بن عيدروس و العلامة عبدالباري بن شيخ العيدروس و الشيخ النحوي توفيق امآن و الشيخ أبو بكر الخطيب و العلامة عبدالرحمن بن عبيدالله السقاف ....
قد برع في العلوم المختلفة كالفقة والنحو والبلاغة والأنساب والتاريخ.
تلاميذه: منهم الحبيب سالم بن علوي الخرد و الحبيب محمد بن سالم بن حفيظ و الحبيب محمد بن علوي بن شهاب و الحبيب حسين بن أحمد الصليبية العيدروس و الحبيب عبدالله بن عثمان السقاف و الحبيب زين ين أبراهيم بن سميط
مؤلفاته: خلاصة الخبر، الفرائد الجوهرية، تحفة الأحباب، قواعد المعاني والبيان، مواهب القدوس، دروس في المنطق ....
انتقل إلى جوار ربه الكريم يوم الاثنين 26 جمادى الأولى سنه 1412هـ

al-'Abd al-Da'if: said...

زدنا يا سيدي
الله يبارك فيك...

Anonymous said...

شكراً وبارك الله فيكم لأنني بحثت كثيرا عن هذا السند

al-fagir abu zahrah said...

http://rubat-tareem.net/default.asp?ID=198