Pertamanya, saya ucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Adha.
Keduanya, tentang kewafatan dua orang lagi ulama Islam yang kedua-duanya juga berusia panjang, dan kedua-duanya ini dari keturunan Ahlul Bait, iaitu Syeikh Muhammad Namr al-Khatib al-Sayyadi al-Rifa'i al-Husaini dan Syeikh Muhsin bin Ruwayfi' Bu-Khadhrah al-Masyisyi al-Idrisi al-Hasani al-Sanusi.
Syeikh Muhammad Namr meninggal dunia dalam usia kira-kira 100 tahun di Madinah al-Munawwarah pada hari 'Idul Adha (hari Selasa lepas). Beliau adalah seorang syeikh mujahid murabbi yang banyak menghabiskan hayatnya untuk ilmu, dakwah dan jihad. Dilahirkan di Hayfa, Palestin dari kalangan keluarga besar Al al-Khatib yang masyhur dari keturunan Ahlul Bait dan ramai ulama yang muncul darinya.
Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar, Mesir dari Fakulti Usuluddin, dan antara guru-gurunya ialah: Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti'i, Syeikh Yusuf al-Dijwi, Syeikh Ibrahim al-Samaluti dan lain-lain. Beliau pernah ditangkap serta dipenjara dan mengatur gerakan jihad terhadap penjajah sehingga tahun 1948 akibat terkena tembakan yang menyebabkannya terpaksa mendapat rawatan lama. Beliau banyak menziarahi negara-negara Islam sambil menerangkan tentang bahaya Zionisme dan propaganda penjajah.
Syeikh Muhammad Namr pernah mengajar di Fakulti Syariah dan Kesusasteraan di Baghdad, Iraq, Institut Pengajian dan Penyelidikan Tinggi di Tunisia dan Universiti Islam Libya serta Universiti Islam Madinah al-Munawwarah. Setelah bersara beliau membuka tempat tinggalnya kepada para penuntut ilmu dan para ilmuwan yang dahagakan ilmu pengetahuan yang datang dari pelbagai tempat di dunia Islam. Antara karya-karyanya ialah:
1- من هدي القرآن
2- أحداث النكبة
3- من أثر النكبة
4- الإيمان طريقنا إلى النصر
5- المدخل لدارسة النطق
6- حقيقة اليهود والمطامع الصهيونية
7- فلسفة الحج
8- مرشد الدعاة
9- الإسلام دين هداية
10- أبحاث تمهيدية في العقيدة الإسلامية
11- من نور الإسلام
12- موقف الدين من العلم.وتحت الطبع
13- فلسفة العبادة في الإسلام
14- شهور في المغرب الأقصى
15- قبس من نور الإسلام
16- محاضرات إسلامية
17- من علوم القرآن
18- أحسن الحديث
19- دراسات في الفلسفة الإسلامية
20- شخصيات عرفتها
21- الفلسفة الإسلامية من مصادرها الأصلية
22- فتاوي إسلامية
23- تاريخ الفقه الإسلامي
24- أسئلة وأجوبتها
25- مقدمات في الفلسفة
26- النصرانية في القرآن وكما فهمها المفسرون
27- أيام في الباكستان
28- ابن عرفه عالم المغرب
29- عام في تونس وليبيا.
Rujukan: Rabitah Ulama Syria dan Muntada al-Hiwar al-Islami.
-----------------------
Manakala Syeikh Muhsin pula, meninggal dunia dalam usia 120 tahun! pada hari Arafah lalu (hari Isnin). Beliau dilahirkan pada tahun 1308H, dan pernah bertemu dengan Imam al-Mahdi bin al-Sanusi (w. 1320H) ketika berumur 5 tahun. Bapanya, Sayyid Ruwayfi’ adalah salah seorang mujahidin bersama Imam Sayyid Ahmad al-Syarif al-Sanusi.
Beliau pernah belajar dan menerima ijazah daripada Imam Sayyid Ahmad bin ’Abdul Qadir al-Rifi (w. 1329H), murid Imam Mujahid Sayyid Muhammad bin ’Ali al-Sanusi (w. 1276H) ketika berusia 15 tahun lebih kurang, serta mengambil Tariqat Sanusiyyah dari Imam Sayyid Ahmad al-Syarif al-Sanusi (w. 1351H) (lihat biografinya).
رضي الله تعالى عنهم
Rujukan: Rawdh al-Rayyahin.
2 comments:
assalaluamaikum ustaz..
nak tanya, boleh jelas tak kenapa sebahagian ulama dipanjangkan usia oleh Allah dan sebahagian lain wafat di awal usia.... rasa2 apa hikmahnya?
وعليكم السلام ورحمة الله
Saya belum tahu apa hikmahnya..
Sebelum Syeikh Hujayni, ramai juga ulama yang wafat usia muda sekitar 40-an seperti al-Nawawi, al-Laknawi, dll. Dan sebelum Syeikh Bu-Khadrah juga ramai ulama yang wafat usia panjang hingga 120 tahun. Malah di kalangan sahabat Nabi SAW juga ada yang begitu hingga dikumpul dalam sebuah kitab kecil.
Namun rata-rata ulama meninggal usia 60-an, 70-an... Malah Junjungan Nabi SAW dan Khulafa' al-Rasyidin pun demikian.
..wa Allahu a'lam..
Post a Comment