Telah kembali ke rahmatullah pd pagi Rabu 5 Safar 1442H (23 September 2020) muhaddith Syria, al-‘Allamah al-Muhaddith al-Mufassir al-Faqih Syeikh Dr. Nuruddin bin Muhammad bin Hasan ‘Itr al-Halabi al-Hanafi al-Hasani di Dimasyq, Syria dalam usia 86 tahun.
Beliau merupakan seorang alim dan tokoh besar
dalam bidang hadis, selain mahir dalam bidang-bidang ilmu yang lain. Gelaran yg
sering beliau gunakan di awal namanya ialah ‘Khadim al-Quran wa al-hadith’ sbg
isyarat kpd bidang pengkhususannya.
Syeikh Nuruddin ‘Itr dilahirkan di
Halab, Syria pada tahun 1937 (1356H) dalam keluarga yang terkenal kuat dengan
pegangan agama. Keturunan keluarga ‘Itr juga dikenali sebagai keturunan Ahlul
Bait, iaitu daripada Saidina al-Hasan bin ‘Ali RA.
Bapanya, Syeikh Muhammad ‘Itr
merupakan antara murid khas al-‘Allamah al-Jalil al-‘Arif billah Sayyidi Syeikh
Muhammad Najib Sirajuddin al-Husaini, yang pernah disanjung oleh tokoh besar
hadis di zaman itu, Muhaddith as-Syam Syeikh Badruddin al-Hasani katanya;
“Sesungguhnya Syeikh Najib adalah ahli bumi yang paling alim di zamannya”.
Pendidikan
Syeikh Nuruddin ‘Itr menerima
pendidikan menengah agamanya di Madrasah al-Khusruwiyyah sehinga tamat pada
tahun 1954. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat belajar kepada Muhaddith Halab
Syeikh Muhammad Raghib al-Thabbakh dan datuknya sbelah ibu, Sayyidi Syeikh Muhammad
Najib Sirajuddin al-Husaini.
Setelah itu, beliau terus
melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir sehingga tamat pengajian
degreenya pada tahun 1958. Beliau
kemudian melanjutkan lagi pengajiannya di Jabatan Tafsir dan Hadith, al-Azhar
sehingga berjaya meraih ijazah ‘alimiyyah (setaraf dengan Ph.D) dengan darjat
cemerlang pada tahun 1964, dengan tajuk tesisnya (طريقة الترمذي
في جامعه، والموازنة بينه وبين الصَّحيحين).
Di al-Azhar, beliau telah belajar
dengan tokoh-tokoh ulamanya seperti Syeikh Mustafa Mujahid, Syeikh Muhammad
Muhammad as-Samahi, Syeikh ‘Abdul Wahhab Abdul Latif al-Buhairi, Syeikh
Muhammad Abu Syahbah dan Syeikh Muhammad Muhyiddin ‘Abdul Hamid رحمهم الله تعالى.
Beliau juga menerima ijazah sanad
daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki,
Syeikh Habiburrahman al-A‘zami, Syeikh Muhammad al-Makki al-Kattani dan Syeikh
Muhammad Ibrahim al-Khutani, رحمهم
الله تعالى.
Antara gurunya yang banyak memberikan pengaruh
besar terhadap pembentukan ilmu dan rohani diri Syeikh Nuruddin ‘Itr ialah bapa
saudaranya, al-‘Allamah al-Kabir Sayyidi Syeikh ‘Abdullah Sirajuddin al-Halabi
al-Husaini. Malah, beliau kemudian telah menjadi menantu kepadanya.
Tugas dan Jawatan
Setelah pulang ke Syria, beliau mengajar
sementara di Madrasah Thanawiyyah. Kemudian beliau telah dilantik sebagai
tenaga pengajar subjek hadis di Universiti Islam Madinah bermula dari tahun 1965
sehingga tahun 1967. Seterusnya beliau kembali ke Dimasyq, menjadi tenaga pengajar
di Fakulti Syariah, Universiti Dimasyq. Beliau turut mengajar di beberapa
universiti lain, selain di masjid-masjid.
Beliau pernah bertugas sebagai Ketua
Jabatan ‘Ulum al-Quran dan as-Sunnah di Fakulti Syariah, Universiti Dimasyq dan
sebagai Professor Hadith dan ‘Ulum al-Hadith di beberapa buah universiti yang
lain.
Karya Ilmiah
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 karya, termasuk mentahkik
berbagai kitab turath penting. Antaranya:
1 - Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadith.
2 - I'lam al-Anam Syarah Bulugh al-Maram Min Ahadith
al-Ahkam.
3 - Lamahat Mujazah fi Usul 'Ilal al-Hadith.
4 - Usul al-Jarh wa al-Ta'dil wa 'Ilm al-Rijal.
5 - Manahij al-Muhaddithin al-'Ammah.
6 - al-Imam al-Tirmizi wa al-Muwazanah Baina Jami'ihi wa
Baina al-Sahihain (Tesis PhD).
7 – Tahqiq Muqaddimah Ibn al-Solah.
8 – Tahqiq Nuzhah al-Nazar fi Taudih Nukhbah al-Fikr.
9 – Tahqiq al-Rihlah fi Talab al-Hadith karangan al-Khatib
al-Baghdadi.
10 – Tahqiq Syarh 'Ilal al-Tirmizi karangan Ibnu Rajab al-Hanbali.
11 – Tahqiq al-Mughni fi al-Dhu’afa’ karangan al-Hafiz
al-Zahabi.
12 – Tahqiq Irsyad Tullab al-Haqa’iq fi Ma'rifah Sunan Khair
al-Khala’iq karangan Imam al-Nawawi.
Sebahagian karya beliau di internet yg boleh dimuat turun:
الحج والعمرة فى
الفقه الإسلامي
http://www.mediafire.com/download/d7ggpzp7d36zkv6
إرشاد طلاب الحقائق
إلى معرفة سنن خير الخلائق
تأليف الإمام محيي
السنة/ أبى زكريا يحيى بن شرف النووي رضى الله عنه
http://www.mediafire.com/download/9bnu697q8hlughh
منهج النقد في علوم
الحديث
http://ia802704.us.archive.org/5/items/waq17637/17637.pdf
علوم القرآن الكريم
http://www.mediafire.com/download/bdy2992213qb1xa
ماذا عن المرأة ؟
http://www.mediafire.com/download/9tb22me0x4xrtqz
الاتجاهات العامة
للاجتهاد ومكانة الحديث الآحادى الصحيح فيها
http://www.mediafire.com/download/befxjn7eihfftma
السنة المطهرة
والتحديات
http://www.mediafire.com/download/efyda2gf2ai4y7x
أهم الملامح الفنية
فى الحديث النبوي
http://www.mediafire.com/download/743b791k25npgz3
توثيق وجمع القرآن
الكريم في عهد النبي ﷺ فى ضوء السنة النبوية
http://www.mediafire.com/download/e4sj3y5ccoatthi
كيف نتوجه إلى القرآن
الكريم
http://www.mediafire.com/download/rzm5zp3mtxuuiaa
Kebanyakan karya beliau menjadi sillibus di
berbagai institusi pengajian, baik di Dimasyq mahupun di luar Dimasyq.
Akhlak
Meskipun sejak sekian lama, Syria dipimpin oleh
kerajaan diktator, namun beliau tidak pernah mengeluarkan sepatah perkataan pun
utk menyokong mereka, tidak pernah menghadiri satu pun perhimpunan mereka
mahupun memberi isyarat sokongan buat mereka.
Beliau sentiasa menjaga diri dan maruah
agamanya sehinggalah bertemu dengan Allah SWT. Selain terkenal sbg seorg yg
tawaduk serta zuhud terhadap pangkat dan dunia.
Semoga Allah SWT merahmati beliau dengan rahmat
yang luas dan membalas jasa bakti beliau dengan balasan yang setimpalnya di
Akhirat kelak. Amin.
Sumber:
·
Nasim as-Syam: https://naseemalsham.com/persons/sh_nour_ater
·
Fb Ustaz Zulhusni Mat Resat
· Fb Syeikh Dr.
Majd Makki
No comments:
Post a Comment