Dalam pada masih sibuk orang membincangkan pemakaian lafaz Allah bagi orang kafir.
Imam Al-Khattabi dalam kitabnya Sya’nu al-Du‘a’ (h. 25) menyebut bahawa kenyataan tersebut bersandarkan pada sebuah riwayat, namun tidak dapat dipastikan apa riwayat hadith ataupun riwayat athar. Tokoh paling awal dikesan yang berpendapat bahawa al-Ismu al-A‘zam itu ialah 'Allah', adalah seorang tabi‘i bernama Jabir bin Zaid al-Azdi (m. 93 @ 103H). Imam Abu Hanifah (m. 150H) juga diberitakan berpendapat dengan pendapat yang sama, seperti yang diriwayatkan oleh al-Tahawi dalam Musykil al-Athar (1/161).
Imam Waki‘ bin al-Jarrah (m. 197H) menceritakan: Aku melihat seorang lelaki di dalam mimpi memiliki dua sayap, lalu aku bertanya: Siapa kamu? Jawabnya: Malaikat. Aku bertanya lagi: Apakah nama Allah yang teragung (al-Ismu al-A‘zam) itu? Jawabnya: Allah. Aku bertanya lagi: Apakah penjelasan yang demikian? Jawabnya: Firman Allah kepada Musa: Sesungguhnya aku adalah Allah (إنني أنا الله), dan kalaulah ada satu nama yang terlebih agung daripada itu nescaya Dia akan menyebutkannya kepada Musa. (Ibn Nasiriddin, 'Awwamah, h. 191-192)
Pendapat ini juga dipilih oleh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari dalam (الله القصد المجرد), al-‘Allamah ‘Abdullah bin As‘ad al-Yafi‘i dalam kitab (الدر النظيم في خواص القرآن الكريم), Syeikh Ahmad ‘Ali al-Najjar al-Dumyati dalam (فتح الكنز الأسنى شرح منظومة أسماء الله الحسنى), Syeikh Ma’ul ‘Ainain al-Syanqiti dalam (نور الغسق في بيان: هل اسم الجلالة مرتجل أو مشتق؟), Dr. Muhammad Ratib al-Nabulusi dalam sebuah ceramahnya (klik sini) dan lain-lain.
Bagaimanapun, menyebutnya tanpa hati yang penuh khusyuk, tanpa rasa tangis, fana dan tenggelam diri, ianya kurang memberi kesan kerana itu adalah antara syarat mustajab. Namun menurut kajian Prof. Vander Hoven, pakar psikologi dari Netherlands, menyebut nama Allah berulang-ulang, selain memberi ketenangan pada hati, mampu menyembuhkan penyakit jiwa, melalui getaran suara dan kuantiti udara dalam menyebut kalimah Allah tersebut. Penyembuhan ini juga berlaku walaupun pada orang bukan Islam!.. (Rujukan: klik sini)
4 comments:
lam..ustaz, rujukan kitab yg ustaz senaraikan tu, ada dlm btuk PDF tak..syukran
>>>>>>>>>>>>...............???????
Salam..ust minta saya senaraikan kitab yg saya maksudkan tu ka? (^^
الدر المنظم في اسم الله الأعظم
Sya’nu al-Du‘a’
Musykil al-Athar
Ibn Nasiriddin, 'Awwamah,
الدر النظيم في خواص القرآن الكريم
فتح الكنز الأسنى شرح منظومة أسماء الله الحسنى
نور الغسق في بيان: هل اسم الجلالة مرتجل أو مشتق؟
ini senarai kitab yg dimaksudkan..saya hargai kalau ustaz boleh tunjukkan jika ada rujukan dlm bentuk PDF
syukran.
WAssalam
Tak pasti.
Namun anda boleh cari sendiri di laman-laman maktabah seperti di 'kategori ilmiah' blog ini.
Post a Comment