Beliau ialah al-‘Allamah Syeikh ‘Abdul Hamid Mahmud Tahmaz al-Hamawi, al-Makki, meninggal dunia pada hari Jumaat malam Sabtu 15 Safar 1431H / 30 Januari 2010 di Riyadh (demikian maklumat yang disalin dari keterangan Syeikhuna Muhammad Al Rasyid di sini, demikian juga dalam banyak laman sesawang, kerana dalam kalendar kita hari tersebut adalah 14 Safar/29 Januari) dalam usia kira-kira 75 tahun.
Beliau dilahirkan pada tahun 1356H di Syria. Kemudian berhijrah ke Makkah pada tahun 1400H. Beliau adalah murid Syeikh al-Mujahid Muhammad al-Hamid yang masyhur, bermazhab Hanafi dan bertariqat Naqsyabandi.
Karya
Beliau telah mewariskan sebuah pustaka dalam berbagai bidang ilmu. Antara karya-karyanya:
1. (التفسير الموضوعي لسور القرآن الكريم).
2. (الفقه الحنفي في ثوبه الجديد). Kitab ini telah diradd oleh seorang wahhabi, Sulaiman bin Salih al-Khurasyi dengan judul (الرد على عبد الحميد طهماز). Kononnya, syeikh banyak memuatkan hadith-hadith da’if dan hanya bertaklid kepada pendapat-pendapat mazhab Hanafi yang tiada dalil. Bidaah paling besar katanya ialah pendapat syeikh bahawa ziarah kubur Nabi SAW adalah perkara mandub yang paling afdhal, yang hampir kepada wajib. Beliau membawakan dalam buku itu 20 kaedah menurut dakwaannya dalam menolak ahli bidaaah. (!!!?)
3. (النور والسراج المنير). Contoh 'cover'nya di atas.
4. (السيدة خديجة)
5. (السيدة عائشة)
6. (أنس بن مالك)
7. (معاذ بن جبل)
8. (عبد الله بن عباس)
9. (الأربعون العلمية)
10. (السنن الإلهية في الخلق)
11. (يا بني إسرائيل!)
12. (العلامة المجاهد الشيخ محمد الحامد)
13. Dan lain-lain.
Pautan lain:
- Sedikit biografi dan hiwar (Arab).
رحمه الله رحمة الأبرار وإنا لله وإنا إليه راجعون . نسأل الله سبحانه أن يجزيه خير الجزاء على ما قدم وعمل وجاهد، اللهم لا تحرمنا فضله ولا تفتنا بعده واغفر لنا وله ...آمين
9 comments:
syeikh tahmaz seperti syeikh abu qhuddah .. terpinggir dari negara asal .. ternaung di bwh ihsan najdiyyin .. menerima layanan baik di riyadh alnajd
Sangat ramai ulama di Saudi yang tinggal dalam keadaan berhati-hati terhadap tutur kata mereka kerana tidak mahu membangkitkan kemarahan golongan wahabi.
Ada yang menzahirkan mazhab mereka dengan menulis buku2 yang bertentangan dengan mazhab wahabi dan bermakna mereka sanggup menerima kritikan ekstrem wahabi.
Dan ada yang tidak mahu langsung berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana sudah maklum dengan sikap ekstrem wahabi.
Syeikh Abu Ghuddah sendiri menerima kritikan teruk daripada wahabi dan pernah ditegur beberapa kali kerana wala'nya terhadap Imam al-Kawthari. Namun beliau tidak berganjak sedikit pun.
Apa yang bagusnya, walaupun golongan wahabi ini ekstrem terhadap pandangan yang bertentangan dgn mereka, mereka masih lagi seperti orang Arab lain - semenjak zaman Jahiliah sekalipun - iaitu memuliakan tetamu.
Justeru, kata-kata saudara "di bawah ihsan najdiyyin" agak samar kerana dapat memberi maksud seolah-olah Syeikh Tahmaz dan Syeikh Abu Ghuddah (رحمهما الله) ini tidak berani menzahirkan pandangan mereka dan terpaksa menjadi wahabi???
Jangan buang masa...
Mari jumpa saya...
يا أخي لا تكن نواة أخرى في زيادة البغضاء بيننا وبينكم
فبمثل أسلوبك هذا - وأنت تدخل في مدونتي بدون السلام - تنصر الشيطان
في استمرار الشحناء بين المسلمين
awat syeh khafidz delete comment dorang..??biar je..enta jawab je..biar terlentang geng wahabi ni dengar..dorang tu setakat baca blog je..pastu jadi alim "jadian"..
الرد على عبد الحميد طهماز
حياك الله يا صاحب المدونة
أخوك لا يقرأ اللغة الأندونوسية
هلا تفضلت على بذكر اسم صاحب هذا الكتاب ؟
هل هو من الوهابية أعداء السادة الحنفية أم من السادة الصوفية ؟
جزيتك خيراً
حياك الله يا صاحل المدونة
هل صاحب كتاب الرد على الشيخ طهماز وهابى ؟
Post a Comment