Pages

Friday, December 11, 2009

Ibnu 'Arabi al-Hatimi: Memurni Pendirian Keliru (2)

Kata Syeikh 'Abdullah al-Talidi (حفظه الله) di dalam al-Mutrib bi Masyahir Awliya' al-Maghrib :


"Maka, lelaki ini (Ibn 'Arabi) sebenarnya adalah daripada lambang kebanggaan dan tokoh besar umat ini. Khususiyyah dan ma'rifah beliau dengan Allah Taala serta keteguhan pendiriannya di dalam tauhid dan berpegang dengan syarak telah disaksikan oleh ramai tokoh-tokoh besar seperti Abu Madyan al-Ghawth, al-'Izz bin 'Abdil Salam, Fakhruddin al-Razi, katanya: Beliau adalah wali yang agung. al-Syihab al-Suhrawardi, al-'Arif Sayyidi Mustafa al-Bakri, al-'Arif Sayyidi 'Abdul Qadir al-'Idrus, Syeikh Zakariyya al-Ansari, Ibn Hajar al-Haytami, al-'Arif al-Yafi'i, al-Fairuzabadi pengarang al-Qamus, al-'Arif Ibn 'Ata'illah,... "
"... penyusun al-Hikam, al-Qutb al-Sya'rani, al-Hafiz al-Suyuti, al-'Arif al-Nabulusi, al-'Arif Ibn 'Ajibah, Abu 'Abdillah ibn Ja'far al-Kattani, Khatimah al-'Arifin Sayyidi Muhammad bin al-Siddiq, dan lain-lain lagi dari kalangan tokoh-tokoh sepanjang zaman. Ia adalah penyaksian adil daripada para imam besar berkenaan yang dapat menyabitkan ketokohan lelaki ini (Ibn 'Arabi), sifat istiqamah dan khususiyyah beliau, serta kebebasan beliau daripada kecaman-kecaman yang ditujukan kepadanya. Sesungguhnya mereka itu adalah imam-imam hidayah, serta pemimpin-pemimpin tarbiah dan islah. Maka penyaksian mereka adalah didahulukan ke atas sesiapa yang mengecam dan mengkritiknya, kerana mereka mengkritiknya dengan perkara yang mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan lengkap tentangnya, dan tidak sampai kepada mereka takwilnya. Maka mereka tidak mengetahui maksud beliau berbanding tokoh-tokoh tersebut."

- Masih ada banyak lagi tokoh besar yang tidak disebutkan oleh Syeikh al-Talidi seperti Ibn Kamal Basya, Ibn al-'Imad al-Hanbali, al-'Allamah al-Munawi, Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syeikh Hayat al-Sindi, Syeikh Abu al-Mahasin al-Qawuqji, Imam 'Abdullah al-Haddad, al-Amir 'Abdul Qadir al-Jaza'iri dan sebagainya.

Kaedah Penting:
"Kata al-Qutb al-Sya'rani dalam al-Tabaqat sesudah beliau memberikan Ibn 'Arabi gelaran-gelaran tinggi: Para muhaqqiqun dari kalangan ahlullah 'azza wajalla telah berijmak terhadap kehebatan beliau dalam segala ilmu, sebagaimana yang dapat disaksikan untuk itu akan kitab-kitabnya. Tidaklah orang yang ingkar itu mengingkari beliau melainkan kerana kehalusan kata-katanya, bukan sebab yang lain. Justeru, mereka (para muhaqqiqun) mengingkari sesiapa yang menelaah kata-katanya tanpa melalui jalan riyadhah (tarbiah sufiyyah) kerana ditakuti akan terjadi kekeliruan pada akidahnya....".

- Ya, ulama tasawuf mengharamkan orang membaca kitab-kitab Ibn 'Arabi tanpa melalui jalan rohani ahli sufi kerana dikhuatiri mereka akan tersalah faham dan tersesat, atau menyebabkan dia mengkafirkannya kerana menyangka beliau telah murtad!!

Illustrasi pelukis potrait Ibn 'Arabi.

Pautan-pautan lain:


1. Pandangan Dr. 'Umar Mas'ud.
2. Pandangan Syeikh 'Abdul Salam Yasin.
3. Karya 'Ali al-Khatib.
4. Pandangan Syeikh Hayat al-Sindi.
5. Pandangan Ibn al-'Imad al-Hanbali.
6. Karya al-Suyuti.
7. Pandangan Syeikh Muhammad Salamah Jabr.
8. Karya Syeikh 'Abdul Hadi al-Kharsah.
9. Karya-karya Syeikh Mahmud Ghurab.
10. Komplot ke atas Fusus al-Hikam.

No comments: