Hikam Ibn ‘Arabi
Kitab Hikam al-Syaikh al-Akbar adalah antara kitab-kitab Hikam yang masyhur dalam ilmu tasawuf selain Hikam Abi Madyan, Hikam Ibn ‘Ata’illah, Hikam al-Haddad dan lain-lain. Ia mengandungi berbagai hikmah dan kaedah sufiyyah, dan telah disyarah oleh beberapa ulama antaranya oleh; Syeikh Muhammad bin Mahmud bin ‘Ali al-Damauni dan Syeikh Mulla Hasan bin Musa al-Kurdi al-Bani. Sebahagiannya telah diterjemahkan ke bahasa Melayu seperti yang dapat dilihat dalam lawan sesawang Syeikh Yusuf Muhyiddin al-Bakhur al-Hasani (klik sini). Di bawah ini saya pilih 21 buah hikam daripadanya untuk kita renungi dan ambil iktibar, iaitu:
كل منحة وافقت هواك، فهي محنة، وكل محنة خالفت هواك فهي منحة
4. Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah ujian, dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah anugerah.
ليس الزاهد من زهد في الدرهم والدينار، إنما الزاهد من زهد فيما سوى الجبار
11. Seorang zahid bukanlah orang yang zuhud dari dirham dan dinar (harta), akan tetapi seorang zahid adalah yang zuhud dari yang selain daripada Yang Maha Perkasa (Allah).
لا ينال غاية رضاه من في قلبه شيء سواه
12. Tidak akan memperoleh puncak keredhaanNYA seorang yang di dalam hatinya ada sesuatu yang selain NYA.
لا يرتجى الوصول ممن لم يتابع الرسول r
14. Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah dari orang yang tidak mengikuti Rasululllah SAW.
لا يعرف ما نقول إلا من اقتفى أثر الرسول r
17. Tidak akan faham apa yang kami katakan, kecuali orang yang telah mengikuti jejak Rasulullah SAW.
لا تأخذ العلم إلا عمن يعمل به
18. Janganlah engkau mengambil ilmu kecuali dari orang yang mengamalkannya.
ما دمت في طلب الحق، فلا تقف مع الخلق
20. Selama engkau dalam pencarian al-Haq (Allah), maka janganlah berdiri bersama makhluk.
من أخلص لله نيته، تولاه الله وملائكته
23. Barangsiapa yang ikhlas niatnya karena Allah semata-mata, maka Allah dan para malaikatNYA akan melindunginya.
من لم يأخذ الطريق من الرجال، فهو ينتقل من محال إلى محال
27. Barangsiapa yang tidak mengambil jalan ini (jalan menuju kepada Allah) daripada para rijal (ahli ma’rifah), maka ia terus berpindah dari mustahil kepada mustahil.
لا تكون عبدا لله، وأنت تميل إلى شيء سواه
32. Engkau tidak akan menjadi hamba bagi Allah sedang engkau cenderung (hati) kepada sesuatu yang selainNYA.
لا تصحب من الرجال إلا من كان حاله يترجم دون المقال
39. Janganlah engkau bersahabat kepada para rijal melainkan orang yang halnya (perilaku zahir dan batinnya) menterjemahkan dirinya, bukan perkataannya.
الحقيقة لا ينطق بها لسان، بل هي ذوق ووجدان
40. Hakikat itu tidak dapat diucapkan oleh lisan, bahkan ia adalah perasaan batin (zauq) dan emosi yang halus (wujdan).
من عرف الحق، استغنى به عن الخلق
48. Barangsiapa telah mengenal al-Haq (Allah), maka ia tidak lagi memerlukan makhluk.
من توكل على الله في جميع أموره ووالاه، أتاه برزق من حيث لا يحتسب وتولاه
50. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah dalam semua urusan dan taat setia kepadaNYA, maka Allah akan mendatangkan rezekinya dari sumber yang ia tidak sangka-sangka dan Allah akan melindunginya.
لا تصحب من الإخوان إلا صادق اللسان
69. Janganlah engkau bersahabat kepada teman-teman melainkan yang jujur perkataannya.
أكل الشبهات يورث في القلب القساوات
76. Memakan yang subhat itu dapat mewariskan hati yang keras.
من قنع من الدنيا باليسير، هان عليه كل عسير
80. Barangsiapa yang menerima hatinya (qana’ah) dengan dunia (harta) yang sedikit, maka akan mudah baginya segala kesulitan.
من لازم ذكر الله، قطعه عن كل شيء سواه
89. Barangsiapa yang melazimkan zikir Allah, maka Allah akan memutuskan dia dari segala sesuatu selainNYA.
التوبة هي ترك الإصرار وملازمة الاستغفار
108. Taubat itu ialah meninggalkan kebiasaan membuat dosa serta melazimi istighfar.
من أصدق توجهه إلى الله، أعطاه الله كل ما يتمناه
112. Sesiapa yang jujur penumpuan hatinya menghadap kepada Allah (sidq tawajjuh) maka Allah akan memberikannya segala yang ia harapkan.
من خاف الله مولاه، خاف منه كل ما سواه
113. Barangsiapa yang takut kepada Allah sebagai Tuhannya, maka akan takut kepadanya segala yang selainNYA.
1 comment:
Salam...Ustaz, minta izin copy utk dikongsi bsama shbt...syukran ya...
Post a Comment