1. Konflik hubungan antara Islam dan Kristian di Tanah Melayu bukanlah satu perkara yang baru. Pada suatu masa dahulu berlaku tragedi yang menggemparkan seluruh Malaya, iaitu kes pemurtadan Natrah atau nama asalnya Bertha Hertogh, 72 tahun (m. 2009). Natrah ketika itu berumur 13 tahun menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau Kristian yang berketurunan Belanda. Namun, undang-undang British/ Belanda memihak kepada ibu bapa kandungnya yang beragama Kristian. Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan berdarah yang mengorbankan seramai 18 orang dan kira-kira 200 orang cedera ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British. Hari ini, isu kalimah ‘Allah’ nampaknya mampu menghangatkan semula konflik hubungan antara Islam dan Kristian di Malaysia. Puluhan ribu orang Islam berdemonstrasi di beberapa masjid pada Jumaat lepas dan beberapa gereja telah dibakar.
2. Tidak dinafikan, semua agama samawi mengiktiraf Tuhan yang agung. Namun, perbezaaan di antaranya ialah dalam soal keesaan dan ketunggalan-Nya. Isu ini bukan sekadar soal fatwa boleh atau tidak boleh orang Kristian menggunakan kalimah ’Allah’. Ia adalah soal sentimen agama. Setelah sekian lama orang Kristian Katholik tidak mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan mereka kerana ia adalah berasal dari bahasa Arab, secara tiba-tiba mereka ingin memakainya. Dari satu segi, ia menunjukkan keinginan mereka terhadap nama dalam bahasa Arab (merujuk kepada Kristian Ortodoks Arab). Namun, apakah sebenarnya motif mereka? Kenapa tidak digunakan nama Alah (satu 'l'), Eloh dan seumpamanya yang mirip, dan ingin pula menggunakan lafaz Allah (dua 'l')? Atau mereka ingin menangguk pada masa kelemahan akidah ramai umat Islam ketika ini?
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
3. Keputusan muzakarah kali ke-82 (5-7hb. Mei 2008) Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai isu tuntutan penganut kristian terhadap penggunaan kalimah Allah bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara ulasan/hujahnya:
- Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
- Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
- Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
- Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
- Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah,
Munshi Abdullah Seorang Paderi?
4. Dalam isu ini juga muncul nama Munshi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir (1797 – 1854) "Bapa Pesuratan Melayu Moden" pertama yang meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi. Beliau dikatakan orang yang bertanggungjawab menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu-Jawi dengan judul “Kitab Injil al-Kudus Daripada Tuhan Isa al-Masih” dengan kerjasama Benjamin Peach Keasberry. Manuskrip asal dilaporkan berada di British Public Library,
Jasa Munshi Abdullah?
5. Berikut halaman Bible yang menyelitkan satu ayat Bible dengan berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu-Jawi yang menggunakan kalimah 'Allah', yang dipetik dari blog ini, tuantanah.wordpress.com :
Komentar Dr. Siddiq Fadzil
6. Antara komentar menarik tentang isu ini ialah komentar Datuk Dr. Siddiq Fadzil, presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Antara katanya: Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama "...cultivating the waste and barren soil of the native mind". Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan "Abdullah Paderi".
Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apapun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambil kira 'uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari. (Rujukan)
3 comments:
Guna nama ALLAH,strategi dakyah Kristian: http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html
pusingan pertama perundangan gereja dah menang.
Belum sempat keputusan rayuan mereka sukarela menawarkan untuk menggugurkan nama Allah.
Apakah strategi ini untuk menunjukkan bahawa mereka lebih toleransi??
Dari satu sudut, ada sikap setengah orang Kristian ini lebih baik dan toleran daripada sikap setengah orang Islam. Dalam misi dakyah mereka juga, mengutama dan menekankan sifat toleransi, lemah-lembut dan kasih sayang.
Di Mesir, sikap setengah orang Kristiannya lebih baik, bertoleransi dan ramah mesra berbanding sikap setengah orang Arabnya yang kasar.
Boleh katakan, mereka telah mempraktikkan tuntutan Islam dalam diri mereka meskipun tidak pada akidahnya.
Ketika Almarhum Dr. Abdul Halim Mahmud menjejakkan kakinya di Perancis pada tahun 1932 (lama dah tu), beliau amat kagum dengan sifat proaktif dan persekitaran bersih yang tidak dilihatnya di Mesir. Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika melawat UK pernah menyatakan, orang Islam ada di Tanah Arab, tetapi Islam sebenar dipraktiskan di Eropah. Merujuk kepada sifat proaktif, kebersihan dan sistem kehidupan mereka yang teratur.
Krisis sikap pada orang Islam ini barangkali menyebabkan Kristian sekarang ini adalah agama terbesar dunia...
Justeru kita perlu membuat revisi. Kerja para du'at dan sufi perlu diberi galakan dan sokongan dari segi material dan spiritual.
الله أعلم
Post a Comment