Pages

Saturday, June 6, 2009

Albani-Albani yang Bukan 'Salafi'


Albani adalah nisbah bagi seseorang yang dibangsakan kepada negara Albania. Selain nisbah 'Albani' ada juga yang menggunakan nisbah 'Arna'ut', iaitu orang Albania dalam bahasa Turki. Sewaktu kebangkitan golongan sekular Albania, ramai agamawan Albania yang berhijrah ke Turki dan negara-negara Arab kerana penindasan dan penafian hak.

Di tempat-tempat hijrah yang baru, mereka dapat membesarkan anak-anak mereka dengan pengaruh Islam yang lebih baik hinggakan tidak sedikit di antara mereka yang menjadi alim ulama. Alim ulama Albania yang berhijrah kebanyakannya bermazhab Hanafi, beraliran Maturidiyyah dan mengamalkan tasawwuf.

Di antara alim ulama Albania berfahaman demikian yang dapat disebutkan sama ada yang telah meninggal dunia ataupun masih hidup ialah;
1. Syeikh Nuh al-Albani, bapa kepada Syeikh Nasiruddin al-Albani, yang merupakan antara pakar rujuk agama di Albania, sebelum berhijrah ke Dimasyq, Syria.
2. Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani, pengarang banyak kitab-kitab akidah dan fiqh Hanafi.

No comments: