Saturday, July 4, 2009

Asas Tasawuf Dari al-Futuhat al-Ilahiyyah

Kitab al-Futuhat al-Ilahiyyah adalah susunan Syeikh Ahmad bin Muhammad bin 'Ajibah al-Hasani (m.1224H), seorang ulama tasawuf terkenal dari Maghribi. Kitab ini merupakan syarah kepada nazam al-Mabahith al-Asliyyah gubahan Syeikh Ibn al-Banna al-Sarqusti. Antara faedah yang saya kutipkan dari kitab tersebut ialah petikan-petikan berikut:

Halaman (56):

Terjemahan:
  • Fokus ilmu tasawuf: Zat yang Maha Tinggi, kerana ia membahaskan-Nya dari sudut mengenali-Nya, sama ada dari segi zat, sifat-sifat dan nama-nama-Nya, dan juga sama ada berbentuk pergantungan, penerapan sifat serta pentahkikan terhadap zat-Nya.
  • Pengasasnya : Rasulullah SAW melalui wahyu dan juga ilham.
  • Objektifnya: Tawajjuh yang benar kepada Allah Taala ke arah yang diredhai-Nya dengan apa yang diredhai-Nya.
  • Sumber asalnya : al-Quran, al-Sunnah, ilham orang-orang soleh dan juga futuhat orang-orang arif.
  • Namanya : Tasawuf.
  • Hasilnya: Menyucikan batin melalui cara pengosongan dan juga penerapan, yang bersedia bagi menerima limpahan cahaya-cahaya Ilahiyyah dan futuhat Rabbaniyyah.
Halaman (350):

Terjemahan:

Usul tasawuf itu lima:

  1. Taqwa kepada Allah dalam keadaan bersendiri dan juga bersama-sama orang lain.
  2. Mengikut sunnah pada pertuturan dan juga perbuatan.
  3. Berpaling daripada makhluk dalam keadaan dirai dan juga disisih.
  4. Redha terhadap Allah pada yang sedikit dan juga pada yang banyak.
  5. Kembali kepada Allah dalam keadaan senang dan juga susah.

1 comment:

huda said...

mohon ustaz banyakkan/panjangkan lagi entry seperti ini