Pages

Thursday, July 16, 2009

Jubah Siti Fatimah (عليها السلام)

Ada orang yang bersikap biasa sahaja dan hatinya tidak begitu teruja apabila diperlihatkan kesan-kesan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Bagi mereka sama sahaja antara barang peninggalan orang paling fasiq sekalipun dalam dunia dan barang peninggalan orang yang paling soleh dalam dunia. Mungkin juga mereka berpendapat ianya tidak memberi apa-apa kesan langsung bagi kita di akhirat sama ada suka ataupun tidak.

Namun, sikap kebanyakan orang-orang yang alim dan soleh yang banyak ditulis tidak begitu. Mereka adalah orang-orang yang berhati lembut dan sentimental terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Maka timbullah apa yang diistilahkan sebagai 'tabarruk' (mengambil barakah). Perkara ini sudah banyak dibincangkan oleh para ulama. Mereka yang memandangnya sebagai satu perbuatan bidaah dan tidak harus dilakukan, tidaklah perlu menghentam pandangan mereka yang mengharuskannya. Dalil-dalil sangat banyak di dalam lembaran sejarah para sahabat, tabiin dan salafus soleh R.A.

Ini adalah jubah peninggalan Siti Fatimah AS binti Rasulillah SAW. yang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Pakaian yang asalnya tersimpan dalam kotak ini telah dipamer dan ditunjukkan kepada orang ramai yang menziarahi muzium berkenaan.

Mereka yang sudah membaca kisah Siti Fatimah AS sudah tentu bertambah tersentuh apabila melihat pakaian yang sudah lusuh tersebut. Ini kerana beliau tidak dimanjakan oleh bapanya (Penghulu Jin dan Manusia SAW) dengan harta mewah, intan berlian dan emas permata, tetapi dengan susah-payah, kelaparan dan pengorbanan. Kepada para muslimat yang belum membacanya, silalah cari dan baca kisahnya. Di kala hidup anda mewah dengan kesenangan dan emas berlian di badan, cubalah renung kehidupan Penghulu Seluruh Kaum Hawa ini. رضي الله تعالى عنها (Tetapi awas.. jangan baca yang versi Syiah punya, kerana riwayat mereka tidak diiktiraf oleh Ahlus Sunnah.. banyak tokok tambah)


p/s: Imam al-Bukhari apabila menulis nama Fatimah AS di dalam Sahihnya akan menyebut (عليها السلام). Maka tiada kaitan dengan pengaruh Syiah di sini.

2 comments:

ummu 'ammar said...

Mohon dicatatkan kisah tersebut diblog ini andai ada masa terluang. Ummu teruja nak baca.

miss f said...

I m very touched to see the robe of Saiyidatina Fatimah..Alhamdulillah..