Pages

Friday, July 10, 2009

Sedekah Pahala Untuk si-Mati (Polemik Klasik)

[Fokus Kepada Mazhab al-Syafi'i]

Masalah ini merupakan salah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama telah membahaskannya dan selesai lama dahulu. Maksudnya, mereka yang tak bersetuju dengan sedekah pahala kepada si-mati tetap tidak bersetuju walau apa pun dalil yang diberi. Antara dalil kuatnya, ia tidak dilakukan oleh para sahabat dan tabiin (.. 'hipotesis' sebegini biasanya nampak kuat tapi adakalanya goyah kerana tidak detil). Begitu juga sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh tanpa halangan selagi masih di dalam ruang lingkup nas-nas syarak.

Masalah timbul biasanya dari 'budak-budak' yang baru mengaji ABC dalam disiplin pengajian Islam di bawah satu aliran sahaja. Maka muncullah tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya. Padahal perkara tersebut tidak perlu berlaku. Perselisihan dalam fiqh yang diiktiraf tidak termasuk dalam kemungkaran-kemungkaran yang wajib ditegah.

Dalam masalah ini, antara hujah mereka yang mengkritik pendapat ulama yang membenarkan sedekah pahala untuk si-mati, secara khususnya cemuhan yang dilontarkan ke atas ulama-ulama Syafi'i sepertimana di Nusantara ini, ialah mereka membelakangi Imam al-Syafi'i dan tidak bertaklid kepadanya dalam masalah ini kerana Imam al-Syafi'i mengatakan tidak sampai pahala kepada si-mati.

Adakah ini benar? Cuba perhatikan petikan-petikan ini yang saya kutip dari sini ;

قال النووي في المجموع: يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب ، قالوا : ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل. اهـ - كتاب الجنائز من المجموع باب حمل الجنازة والدفن، المستحب بعد الدفن أن يدعو للميت ويستغفر له: المسألة الثامنة. وهي عبارة محتملة.

وقال في رياض الصالحين آخر باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء له والاستغفار والقراءة: قال الشافعي رحمه اللَّه: ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كله كان حسناً.اهـ وفي العبارة تجوز كما سيتضح.

وقال في الأذكار: قال الشافعي والأصحاب: يستحب أن يقرؤوا عنده شيئا من القرآن، قالوا فإن ختموا القرآن كله كان حسنا.اهـ ولعل عبارته في الأذكار أدق من غيرها

وعبارة الشافعي في الأم كالتالي: وأحب لو قرئ عند القبر ، ودعي للميت. اهـ ذكر ذلك آخر باب عدد كفن الميت من كتاب الجنائز. وعزاه بعضهم للخلال في جزء القراءة عند القبور المطبوع (رقم 7) عن الشافعي

فظهر لنا أن أصل القراءة صحت عن الشافعي أما استحسان الختم فهي عن أصحابه رضي الله عنهم

قال الحسن الصباح الزعفراني: سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال: لا بأس بها . - الروح لابن القيم (ص13) طبعة حيدر آباد

Secara umumnya, meskipun Imam al-Syafi'i tidak secara jelas mengatakan bahawa sedekah pahala sampai kepada si-mati, namun beliau berpendapat secara jelas bahawa si-mati memperoleh manfaat daripada amalan orang yang masih hidup. Nampak macam sama, tapi ada beza sikit meskipun tidak begitu jauh . Jika ada kelapangan saya akan sambung.

No comments: