Pages

Monday, June 22, 2009

Saman-Menyaman Melampau Budaya Barat?


Firman Allah SWT dalam Surah Fatir ayat 28:

Terjemahan: "Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya ialah ulama".

Undang-undang, sama ada samawi ataupun duniawi secara umum adalah bertujuan antara lain bagi menjaga dan melindungi hak manusia. Penghakiman dilakukan bagi mengembalikan sesuatu hak kepada yang berhak. Ini dapat difahami jika ia berkaitan dengan tubuh badan, maruah diri, harta, tanah, aset, kewangan dan seumpamanya. Maka yang berhak akan memperolehi haknya mengikut keterangan zahir.

Namun, dalam kes konflik kefahaman antara mazhab atau aliran pemikiran agama, mungkin ia sukar 'difahami'. Lebih-lebih lagi berlaku di kalangan golongan ahli ilmu (atau ulama?). Keegoan adakalanya memainkan peranan di sini. Bagaimana agaknya penghakiman kes tersebut? Apakah ada peruntukkan rang undang-undang berkaitan kepelbagaian mazhab atau aliran pemikiran ini? Apakah pernah berlaku atau dilakukan oleh para ulama dahulu? Maka siapa yang kalah akan membayar saman kepada yang menang? Maka menangnya itu menunjukkan mazhab atau aliran pemikirannya adalah yang paling betul dan rajih? Atau kemenangannya itu dengan dipalit didahinya rasa bongkak dan sombong? Apatah lagi bila melibatkan sejumlah tuntutan yang tidak dimiliki oleh pihak yang disaman.. atau sejumlah tuntutan yang ibarat 'menyembelih' saudara sendiri..

Saya berpendapat ini bukanlah daripada akhlak dan jalan para ulama kita dahulu. Contoh tauladan yang sangat membanggakan dan mengkagumkan kita. Kebanyakan mereka bersifat sabar dengan sebarang dugaan getir dan pahit, cekal hati, sentiasa redha dengan qadha' dan qadar Allah SWT, bersifat pemaaf, tidak takabbur dan angkuh, serta suka bertolak-ansur. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang saya bawakan di atas tadi.

Justeru, jalan apa yang kita lalui jika bukan jalan para ulama kita? Budaya siapa yang sebenarnya kita ikut jika bukan budaya al-Quran dan al-sunnah? Apakah saman-menyaman melampau itu bertepatan dengan petunjuk al-Quran dan al-sunnah yang kita dakwa mendokong kedua-duanya? Apakah kita berpendapat Nabi s.a.w. patut 'menyaman' orang-orang yang menuduhnya sebagai ahli sihir, pendusta, tukang syair, orang gila dan sebagainya? Inilah tipu daya syaitan. Adakalanya tanpa kita sedari kita sedang mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani.. Tundukkanlah rasa keegoan. Perbanyakkanlah sifat tawadhu'/rendah diri yang semakin pupus di zaman mutakhir ini. لا حولا ولا قوة إلا بالله

Jika tidak dapat dielakkan, gunakanlah gelanggang perdebatan ilmiah, bukannya gelanggang mahkamah. Dalam isu ini, penulis mengambil sabdaan Nabi SAW : (انصر أخاك ظالما أو مظلوما) "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi". Namun, setakat ini sahaja yang mampu penulis buat .. اللهم وحد كلمة المسلمين

4 comments:

BabaKaisah said...

wahabi wahabi jugak...

Anonymous said...

Azwira saman RM1 juta sebab Zamihan fitnah dia dalam blognya. Tapi pakcik tengok followersnya cuma 55 orang. Hit counternya pulak baru 186,447 kali. Itupun banyak orang yang sama.

Bila dia saman dan keluar surat khabar SATU MALAYSIA tahu!! Termasuklah apek-apek cina yang tak tahu apa-apa, geng-geng sekular dan liberal yang sentiasa cari peluang.

Pakcik nak kata 'bodoh' ke tak, ya?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Bantai sapa ni? Tuan blog ke Zamihan? Tuan blog takda kaitan dengan 'kebiadapan' Ustaz Zamihan. Kaji biar teliti!!