Friday, May 22, 2009

'Batu' Apa Di Kepala Blog Ini?


Saya ingat semua orang tahu apa dia gambar yang saya letakkan di kepala blog ini. Rupanya ada juga yang tak tahu. Baik, saya terangkan. Ini adalah pemandangan Jabal Nur yang terletak tiga batu daripada Masjidil Haram. Di atas puncaknyalah terletak Gua Hira' di mana tempat Nabi (sallallahu 'alaihi wasallam) berkhalwah, bermunajat dan bertafakkur sebelum diangkat menjadi rasul. Di situ juga tempat baginda s.a.w. menerima wahyu yang pertama daripada Jibril ('alaihissalam). Justeru, di situlah tempat bermula segala-galanya bagi keagungan empayar Islam ini.

Maka, saya berpendapat ada signifikannya apabila gambar tersebut diletak bersama dengan nama blog 'Sawanih wa Khawatir' yang telah saya terangkan maksudnya dalam catatan sulung blog ini.

3 comments:

BabaKaisah said...

salam..apa beza basar dengan basirah?

er..document dah lengkap btau yer...heheheh

AL-'ABD AL-DA'IF said...

Bezanya: Basar - pandangan mata kasar, dan basirah: pandangan mata hati.

Anonymous said...

saya juga sebenarnya tidak tahu batu itu batu apa